Latar Belakang
Dasar Penswastaan Negara telah dilancarkan dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dr.Mahathir di Malaysia pada pertengahan tahun tahun 1983 yang menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.
Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
Definisi Dasar Penswastaan Dasar Penswastaan adalah fenomena politik dan ekonomi ekonomi yang dilaksanakan pada hari ini di Barat dan juga Timur, oleh negara maju dan negara sedang membangun, oleh negara berideologi demokrasi dan diktator serta negara-negara kapitalis, sosialis dan komunis. Dasar ini bermaksud pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Definisi lain adalah kepentingan bersama iaitu kerajaan dan rakyat yang menjadi asas kepada organisasi awam akan bertukar bentuk kepada kepentingan persendirian yang berasaskan keuntungan. Dengan itu, kuasa membuat keputusan kini beralih dari daripa pada da tang tangan an oran orang g rama ramaii kepa kepada da piha pihak k swas swasta ta atau atau pemi pemili lik k baru baru orga organi nisa sasi si awam. Pengertian lain yang diberikan kepada dasar ini adalah pengurangan campur tangan keraja kerajaan an dalam dalam kegiat kegiatan an ekonom ekonomi. i. Pendap Pendapat at lain adalah adalah mengen mengenai ai maksud maksud pensw penswast astaan aan adalah lebih kepada fenomena politik berbanding ekonomi, fiskal atau pentadbiran. Daripada perspekti perspektiff ini, penswastaan penswastaan menjadi menjadi strategi strategi polisi polisi yang digunakan digunakan untuk untuk mengalih mengalih kuasa di kalangan kalangan pelbagai pelbagai institusi, institusi, mengubah kapasiti struktur struktur kerajaan kerajaan dan tanggung tanggung jawabnya, jawabnya, penyusun penyusunan an semula semula institusi institusi pembuat pembuat keputusan keputusan dan membentuk membentuk kumpulan seminat serta
kelas masyarakat yang baru (Feigenbaum dan Henig 1994), (Gormley 1994), (Chamberlin dan Jackson 1987). Rakyat juga akan lebih bergantung kepada institusi-institusi swasta berbanding
kerajaan
bagi
memenuhi
keperluan-keperluan
mereka
(Savas
1992).
Rasional
Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities Industri in Malaysia pada 28hb April, 1984 menyatakan.... Goverment the world over are notorious for inefficiency when running enterprises, even aided by monopoly and the authority of Government. On the other hand, the private sector is better motivated and generally more efficient. It is hoped that privatisation will improve the economic and general performance of the services, resulting in a more rapid growth of the nation as a whole'.
Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan.
Objektif
Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut: (i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya,
dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah.
Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang telah menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus. Berikutan organisasi yang besar dengan pekerja yang ramai tetapi ia tidak mampu menjana keuntungan kerana prinsip organisasi awam adalah pemberi perkhidmatan kepada rakyat. Berikutan itu, proses pertama yang dilakukan apabila dasar ini dilaksanakan adalah pengecilan saiz organisasi dan mengurangkan jumlah pekerja. Dengan itu, kerajaan tidak lagi perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar gaji dan menguruskan organisasi yang tidak memberi pendapatan.
(ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi.
(iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya. Lebih banyak syarikat
swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.
(iv) Pembahagian Sumber Serta Kecekapan Lebih banyak penglibatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.
(v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu.
(vi) Meningkatkan kualiti dan maklum balas terhadap aduan orang ramai – Pendekatan yang digunakan oleh sektor swasta adalah berbeza dan dianggap lebih berkualiti daripada sektor awam. Kebanyakan kerajaan memberi alasan ini untuk melaksanakan dasar penswastaan kerana ia boleh meningkatkan kualiti menerusi pelaburan terhadap teknologi terkini misalnya dan kelengkapan lain yang membolehkan sesebuah organisasi bertindak balas dengan cepat kepada aduan orang ramai.
(vii) Meluaskan pemilikan aset-aset ekonomi – Dasar ini membenarkan beberapa konsep pemilikan bersama dilakukan berasaskan kepentingan sesebuah negara. Konsep asas yang biasa diamalkan menerusi dasar ini adalah pengapungan awam, penjualan swasta, pelan pemilikan saham perkongsian antara pekerja dan majikan serta lain-lain lagi.
(viii) Disentralisasi ekonomi – Dasar Penswastaan dengan jelas mengurangkan peranan kerajaan di dalam pasaran menerusi proses disentralisasi. Dengan itu, diharapkan melalui dasar ini, akan berlaku persaingan lebih kompetitif di dalam pasaran dan pengguna akan mempunyai pilihan yang lebih banyak dalam mencapai kepuasan. Bagaimanapun, di dalam pasaran sebenar, monopoli tetap berlaku terutama kepada perkhidmatan dan produk-produk keperluan asas pengguna seperti tenaga elektrik, air, telekomunikasi dan sebagainya. Penswastaan hanya berlaku pada peringkat pengurusan dan pengguna perlu membayar lebih untuk menikmati perkhidmatan monopoli yang diberikan.
Seperti ulasan V.I. Lenin:
“Monopoly is exactly the opposite of free competition, but we have seen the latter being transformed into monopoly before our very eyes, creating large-scale industry and eliminating small industry, replacing large-scale industry by still larger-scale industry, finally leading to such a concentration of production and capital that monopoly has been and is the result”.
(ix)
Menarik pelaburan baru – Menerusi dasar ini, jelas memberi kelonggaran kepada
pelabur-pelabur asing terutamanya untuk datang dan menanam modal di dalam syarikatsyarikat swasta dan organisasi awam yang ingin diswastakan dengan tujuan memudahkan peralihan teknologi luar ke dalam sesebuah negara. Bagaimanapun, kebanyakan negara mengenakan syarat-syarat lebih ketat dan menggalakkan perkongsian antara pelabur tempatan
dan luar terhadap sesuatu organisasi terutama jika syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepentingan seperti bagi menembusi pasaran antarabangsa dan mendapatkan teknologi.
(x) Mendapatkan sokongan popular – Dengan meluasnya pelaksanaan dasar ini akan turut melahirkan masyarakat sivil dan kelas-kelas pertengahan yang menikmati hasil lumayan daripada dasar ini. Seperti di Malaysia misalnya, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, DEB yang mempunyai kaitan dengan dasar ini bertujuan meluaskan pemilikan saham oleh kelompok etnik tertentu untuk terus bersaing di dalam pasaran.
Jadi, kerajaan sebagai pelaksana dasar ini memperolehi sokongan popular daripada mereka yang menikmati hasil dasar ini. Berdasarkan pandangan Antonio Gramsci (1891-1937) yang mengemukakan teori hegemoni, sesiapa yang dapat menguasai masyarakat sivil akan menguasai politik. Masyarakat sivil dalam konteks ini termasuklah media cetak, elektronik, badan-badan, organisasi-organisasi, pertubuhan-pertubuhan, sekolah-sekolah dan sebagainya. Dengan demikian, menerusi dasar penswastaan ini, kebanyakan mereka memperolehi dan menikmati imbuhan yang besar seperti kontrak-kontrak, tender-tender dan sebagainya daripada kerajaan. Selain itu, masyarakat sivil ini kebanyakannya menguasai dewan-dewan perniagaan dan persatuan-persatuan yang memudahkan mereka mendapat kelebihan berbanding masyarakat lain.
(xi) Memuaskan pihak pemberi pinjaman luar – Seperti telah diketahui, agensi luar yang aktif menyokong dasar ini adalah Bank Dunia, IMF dan Bank Pembangunan Asia yang juga pemberi pinjaman kewangan terbesar dunia. Dengan menuruti agenda mereka, akan membolehkan pinjaman luar lebih senang diperolehi oleh sesebuah kerajaan.
(xii) Memperbanyakkan peluang pekerjaan – Objektif dasar ini secara umumnya adalah jelas iaitu usaha memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi pelbagai projek kerajaan yang diswastakan merangkumi pembinaan, telekomunikasi, perkhidmatan,
pengangkutan dan sebagainya. Pada masa yang sama, penindasan terhadap golongan pekerja juga berleluasa dan dapat dijelaskan menerusi pendekatan Marxisme.
Berikutan kesan hebat dasar ini yang telah terbukti di semua negara yang mengamalkannya, pelbagai negara termasuk negara-negara komunis seperti China dan Russia serta negaranegara Eropah Timur turut melaksanakan dasar ini untuk tujuan pengukuhan ekonomi serta perkembangan pesat yang meluas sistem ekonomi kapitalisme di seluruh dunia dan tidak dapat dihalang lagi oleh sistem sosialis serta komunis.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan pengswastaan sesuatu perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan satu garis panduan yang lengkap untuk memudahkan Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah: (a) Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation); (b) Soal keselamatan; (c) Perundingan; (d) Implikasi kewangan; (e) Penentuan harga; (f) Implikasi kepada kakitangan; (g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;
Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambilalih hartaharta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang diswastakan.
Pelaksanaan Dasar Penswastaan DiMalaysia
Dasar ini diperkenalkan di Malaysia pada 1983 berikutan kelembapan prestasi sektor awam yang memerlukan perubahan polisi. Kritikan ketika itu begitu ketara sehingga kakitangan sektor awam dilabel sebagai lembab, tidak produktif serta kurang kreatif dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Pendekatan untuk beralih kepada penswastaan ini dipersoalkan kerana tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengubah mentaliti dan prestasi kakitangan sektor awam selain pendekatan penswastaan (Jomo 1992). Penswastaan sebenarnya tidak mengatasi masalah pada peringkat akar umbi seperti melatih kakitangan sektor awam ke arah lebih cekap dan berkesan dalam memberi perkhidmatan kepada pengguna. Di Malaysia, penswastaan dilihat sebagai peralihan kuasa monopoli kepada pihak swasta untuk memaksimumkan keuntungan. Malaysia menjadi antara negara terawal melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohammad. Dari sudut ekonomi politik, jelas dasar ini digunakan bagi membolehkan kaum Bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru, DEB menikmati
pertumbuhan ekonomi yang setanding bangsa-bangsa lain. Bagi pemerhati luar, campur tangan kerajaan ini bersifat sosialisme dan sokongan kepada dasar penswastaan sebagai langkah ke arah pengukuhan hegemoni kapitalis. Berikutan itu, ia memberi kesan langsung dari segi kebajikan kepada rakyat terutama kakitangan awam, pengguna dan golongan miskin (Jomo 1992). Antara syarikat awam yang diswastakan sejak tahun 1980-an di Malaysia termasuk Syarikat Penerbangan Malaysia, Telekom Malaysia Berhad, Perbadanan Otomobil Nasional, PROTON dan lain-lain. Bidang lain yang diswastakan adalah tenaga elektrik, air, telekomunikasi dan keperluan penting pengguna yang lain.Pelan Induk Penswastaan, PIP diperkenalkan di negara ini bagi melaksanakan dasar ini dan membenarkan bentuk-bentuk pelaksanaan penswastaan seperti berikut:
Penswastaan keseluruhan
Penswastaan sebahagian
Penswastaan terpilih
Penswastaan kontrak
Penswastaan bina-kendali-pindah, BOT dan bina-kendali, BO
Penswastaan pajakan
Penswastaan pemilikan saham
Penswastaan bercorak pengurusan
Penswastaan melalui perubahan
Berdasarkan jenis-jenis penswastaan ini amat jelas bahawa kerajaan pada praktiknya mempunyai peranan yang luas dalam pasaran dengan menguasai syarikat-syarikat swasta menerusi pemilikan saham bersama atau pelantikan mereka yang mempunyai hubungan terus serta berkepentingan dengan institusi politik. Di Malaysia, pelaksanaan dasar penswastaan juga merujuk kepada aktiviti-aktiviti berikut berdasarkan keterangan K.S Jomo di dalam bukunya “ Privatizing Malaysia: Rents, Rhetoric, Realities ” (1995):
·
Penjualan atau pelucutan pemilikan awam yang bermaksud perkhidmatan awam terbabit
perlu dikorporatkan secara sah sebagai syarikat berhad bagi memudahkan penjualannya seperti penubuhan Syarikat Telekom Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain.
·
Penjualan saham minoriti atau majoriti syarikat yang dimiliki negara kepada orang
awam seperti Sistem Penerbangan Malaysia, MAS pada 1985 dan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia, MISC pada 1987.
·
Penjualan saham kepada pelabur institusi contohnya penjualan 5 peratus saham MAS
kepada kerajaan Brunei pada 1986.
·
Penjualan atau penyewaan asset fizikal seperti penjualan Hospital Lady Templer kepada
syarikat Rampai Muda dalam tahuan 1984.
·
Pelaburan bersama kerajaan dan sektor swasta. Ini jelas dilihat pada tahun 1983 dengan
penubuhan Perbadanan Otomobil Nasional, Proton dengan pegangan saham 70 peratus oleh Syarikat Industri Berat Malaysia, HICOM, 30 peratus saham dimiliki oleh Syarikat Mitsubishi dan Syarikat Motor Mitsubishi.
·
Pembiayaan projek-projek infratruktur oleh sektor swasta menerusi skim-skim yang
dirangka kerajaan misalnya pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan dan pembinaan skim rumah murah pada pertengahan 1980-an.
·
Pengeluaran kontrak kerja dan perkhidmatan kepada kontraktor luar yang sebelum
dilaksanakan oleh kerajaan seperti medan letak kereta, kutipan sampah, perkhidmatan terminal kontena Pelabuhan Klang dan pembangunan telekomunikasi.
·
Membenarkan persaingan swasta yang sebelum ini dimonopoli oleh pihak kerajaan.
Sebagai contohnya, pelancaran saluran TV3 pada 1984 yang dimiliki oleh Sistem Televisyen
Malaysia Berhad untuk memberi saingan kepada Radio Televisyen Malaysia, RTM.Selepas 20 tahun, Dasar Penswastaan Malaysia[1] ini terus diamalkan dengan meluas dan begitu banyak projek terus diberikan kepada syarikat-syarikat awam yang diswastakan yang kemudian menjana begitu banyak keuntungan.
Kesan negatif dasar penswastaan
Di Malaysia, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, DEB dengan Dasar Penswastaan adalah jelas dan menjadi sasaran kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera mencapai sasaran 30 peratus pemilikan saham atau ekuiti syarikat pada 1990. Pada 1970 pemilikan saham oleh Bumiputera hanya sekitar 2.4 peratus dan bagi tempoh 1981 hingga 1985, jumlah itu meningkat kepada 17 peratus dan pada 1990, jumlah keseluruhan saham Bumiputera termasuk saham persendirian dan amanah mencecah 31 peratus saham. Peratusan yang meningkat ini juga menunjukkan dasar ini telah berjaya membantu kerajaan mencapai aspirasi untuk menyaksikan kaum Bumiputera ini mencapai kejayaan ekonomi yang merapatkan jurang dengan kaum lain dan pada masa yang sama melahirkan golongan-golongan elit dan kelas-kelas yang berpihak kepada kerajaan.Dasar penswastaan berjaya menukar konsep masyarakat sivil sebelum ini yang dianggap sebagai kumpulan penyemak, pengkritik, pemantau dan penentang kepada kerajaan kepada kumpulan yang kuat menyokong sesebuah kerajaan berikutan keperluan hidup yang berjaya dipenuhi oleh kumpulan ini dan ganjaran yang dinikmati mereka.
Pihak Yang Terjejas Berikutan Dasar Penswastaan Menerusi pendekatan e konomi politik
juga, dua golongan yang terjejas dan menanggung kesan langsung ekoran dasar ini adalah rakyat yang tidak berkepentingan di dalam kerajaan atau parti-parti pemerintah. Mereka ini adalah rakyat biasa yang tidak mempunyai jawatan tinggi dan terpaksa menanggung kos yang
tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan daripada kerajaan. Sebelum penswastaan, rakyat hanya perlu membayar kos yang sedikit untuk perkhidmatan kerajaan seperti penggunaan lebuh raya, tarif tenaga elektrik dan air misalnya, perkhidmatan pembentungan dan sebagainya. Bagaimanapun, bayaran itu kemudian meningkat lebih tinggi apabila dasar ini dilaksanakan kerana sektor awam yang menjadi penaung rakyat mula beroperasi bagi mencari keuntungan dan menjana kekayaan kepada negara.
Dengan mudah, dasar ini mencipta keuntungan yang besar melalui tekanan kepada rakyat yang perlu membayar harga yang perlu memainkan peranan penting seperti menyediakan jaringan keselamatan sosial untuk tinggi untuk perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan. Sehingga di dalam masyarakat, perbezaan adalah amat jelas di antara kelas-kelas iaitu kelas atasan dan pertengahan lebih mudah dikenalpasti kerana kemampuan mereka untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan swasta yang lebih mahal, manakala golongan bawahan cenderung untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan yang masih ada bagi perkhidmatan kerana kos yang murah. Ini jelas sekali memberi implikasi buruk kepada sektor kebajikan kepada rakyat terutama yang miskin dan tidak mempunyai pendapatan tinggi.
Golongan lain yang menghadapi kesan langsung ekoran dasar ini adalah kumpulan pekerja. Syarikat awam yang diswastakan terlebih dahulu akan melaksanakan proses pengecilan organisasi bagi meningkatkan kecekapan syarikat dan memaksimumkan penggunaan tenaga kerja. Pelaksanaan dasar ini menyaksikan begitu ramai pekerja yang diberi pilihan untuk persaraan awal dengan jumlah pampasan yang tidak setimpal atau diberhentikan tanpa adanya sistem sokongan yang dapat membantu golongan pekerja selepas proses pengecilan organisasi.Kikeri (1998) di dalam kajiannya untuk Bank Dunia menyatakan bahawa para pekerja terbabit dan kesatuan sekerja perlu dimaklum mengenai proses reformasi apabila
sesebuah organisasi awam ingin diswastakan dan memastikan pekerja menerima manfaat menerusi dasar berkenaan seperti mekanisme pemilikan melalui saham pekerja.
Selain itu, pekerja yang diberhentikan perlu diberi pampasan setimpal dan sokongan pendapatan yang lain bagi menjamin kebajikan golongan pekerja dan membantu mereka menjalani proses intergrasi semula ke dalam pasaran buruh di samping menghapuskan halangan-halangan ke arah penciptaan peluang pekerjaan baru.Pembayaran pampasan menerusi skim pemberhentian sukarela merupakan amalan biasa bagi mengurangkan pekerja sesebuah organisasi apabila berlaku penswastaan dan kerajaan membantu pekerja. Penstrukturan semula pekerja adalah sesuatu yang perlu biarpun proses penswastaan tidak berlaku kerana ia adalah sebahagian proses dalam meningkatkan keupayaan syarikat terutama yang sentiasa mengalami kerugian. Maka dalam hal ini, jelas golongan pekerja sentiasa terdedah kepada risiko persaraan awal dan kehilangan punca pendapatan utama serta memerlukan latihan semula bagi memasuki pasaran buruh.
Penutup
Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Pengswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta. Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut.
Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada pengguna
penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
PENGHARGAA N
Saya Mary Rosaline A/P Anthonysamy mengucapkan terima kasih kepada penyelia kursus
SOALAN 1
Bincangkan objektif-objektif perlaksanaan Dasar Penswastaan Negara
SOALAN 2
Pendekatan-pendekatan berikut meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Huraikan tiga (3) daripada pendekatan di bawah. a) Latihan kempinan b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan c) Perubahan sikap dan nilai d) Pengalaman dan pusingan kerja
Tajuk Kursus :
Kursus Induksi Ambilan 1 untuk pakej 1(P1/43)
Nama Peserta :
Mary Rosaline A/P Anthonysamy
No.Kad Pengenalan :
640819-02-5018
Tarikh Lantikan
04/08/2008
:
Tajuk Kursus :
Kursus Induksi Ambilan 1 untuk pakej 1(P1/43)
Nama Peserta :
Mary Rosaline A/P Anthonysamy
No.Kad Pengenalan :
640819-02-5018
Tarikh Lantikan
04/08/2008
: