AKTA FITNAH 1957
Membezakan
libel dan slander. Menjelaskan takrifan fitnah Mengenalpasti unsur-unsur fitnah Menjelaskan kesan-kesan fitnah dari sudut perundangan Menerangkan kajian-kajian kes berkaitan
Di Malaysia, undang-undang fitnah diliputi oleh Akta Fitnah 1957 dan Common Law. Oleh sebab Akta ini hanya menyentuh prinsip-prinsip am sahaja, mahkamah di Malaysia mengambil prinsipprinsip Common Law untuk menjelaskan konsep fitnah. Fitnah boleh tergolong sebagai fitnah jenayah yang diambil tindakan dibawah Kanun Kesiksaan(Akta 574) atau fitnah sivil yang diambil tindakan dibawah Akta Fitnah 1957(Akta 286) Banyak keputusan merujuk kes-kes di England, India dan Australia
Fitnah ialah penerbitan sesuatu kenyataan yang mencerminkan reputasi seseorang dan berkecenderungan untuk merendahkan seseorang pada pandangan anggota masyarakat yang berfikiran waras pada amnya atau membuat mereka mengasingkan atau mengelakan diri daripada orang itu.
1.
2 bentuk fitnah Libel : fitnah berbentuk kekal. Tetapi penyiaran ( melalui media elektronik) hendaklan dianggap sebagai libel dan bukan slander (s3). Ia merupakan satu tort dan juga jenayah dalam keadaan-keadaan tertentu. Ia boleh diambil tindakan per se.
2. Slander : fitnah berbentuk percakapan. Untuk berjaya di dalam sesuatu tindakan, kerosakan khas perlu dibuktikan melainkan yang berhubung dengan slander terhadap wanita (s4), slander yang menjejaskan reputasi rasmi, profesional dan perniagaan (s5) dan slander terhadap gelaran (s6).
Bagi
tujuan undang-undang libel dan slander, penyiaran perkataan dengan menggunakan komunikasi radio dianggap sebagai penerbitan dalam bentuk kekal.
Perkataan
yang diucapkan dan diterbitkan yang menyebut bahawa seseorang wanita atau gadis itu tidak suci atau melakukan zina tidak memerlukan kerosakan khas untuk membolehkan diambil tindakan.
Dalam sesuatu tindakan slander berkaitan dengan perkataan memburukkan plaintif dalam sebarang jawatan, profesion, calling , perniagaan @ perdagangan yang dijalankan olehnya pada waktu penerbitan itu dibuat , adalah tidak perlu untuk mendakwa @ membuktikan sebarang kerosakan khas samada ada @ tidak perkataan yang diucapkan tentang plaintif berkaitan dengan jawatan, profesion, calling, perniagaan @ perdagangan
a)
Dalam sebarang slander pangkat, slander barangan @ kepalsuan lain yang berniat jahat, adalah tidak perlu untuk mendakwa @ membuktikan kerosakan khas [s6(1)] jika : Perkataan yang dikatakan diucapkan bertujuan untuk menyebabkan kerosakan kewangan kepada plaintif dan diterbitkan dalam bentuk tulisan atau bentuk kekal lain.
b). Perkataan diucapkan bertujuan untuk merosakkan plaintif, calling, perniagaan @ perdagangan yang dijalankan olehnya pada waktu penerbitan itu.
Seksyen 6(2) menjelaskan bahawa seksyen 3 Akta ini terpakai untuk seksyen 6 untuk tujuan undang-undang libel dan slander Seksyen 13(2) menyebut pembelaan di bawah rayuan mengurangkan kerosakkan (mitigation of damages) [10(2)] & keistimewaan bersyarat untuk akhbar [12(2)] juga terpakai untuk penyiaran melalui komunikasi radio.
1. Perkataan hendaklah berbentuk fitnah dari segi makna semulajadi dan biasa @ dengan sebab innuendo, iaitu suatu makna yang difahami oleh orang yang mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu fakta intrinsik. Penggunaan perkataan yang vulgar (lucah) sahaja tidaklah merupakan fitnah.
2. Seseorang yang waras (iaitu seseorang anggota masyarakat yang berfikiran waras) patut menganggap perkataan sebagai fitnah. 3. Ia mesti ada niat menerbitkannya. Jika penerbitan tanpa autoriti pihak pembela, ia bukanlah penerbitan
4. Perkataan mestilah merujuk kepada plaintif secara terus dan tidak terus melalui innuendo. 5.Mesti ada penerbitan kepada orang ketiga. 6. Kurangnya pengetahuan pihak pembela mengenai ciri kefitnahan perkataan tidak menjadi hal. Ia bukan suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa pihak pembela hanya mengulangi apa yang dikatakan oleh orang lain.
Ada 4 pembelaan dibawah undang-undang kefitnahan 1.Kefitnahan tidak disengajakan Seksyen 7(1) menyatakan perkataan-perkatan yang dikatakan menfitnah orang lain, jika penerbitannya menyatakan ia diterbitkan secara ikhlas (innocent) memohon maaf di bawah seksyen ini :
a)
b)
Jika tawaran maaf itu diterima oleh pihak yang terjejas dan permohonan maaf itu dilaksanakan, tindakan libel @ slander tidak diambil @ diteruskan terhadap orang yang memohon maaf Jika tawaran maaf itu tidak diterima oleh pihak terlibat, ia menjadi satu pembelaan terhadap tindakan libel dan slander. Pihak defendan mestilah membuktikan bahawa apa yang diterbitkan itu adalah dilakukan secar ikhlas (innocent) & tawaran memohon maaf dibuat secepat mungkin selepas menerima notis mengenai kemungkinan kefitnahan oleh plaintif, dan tawaran itu tidak ditarik balik.
Sesuatu tawaran kemaafan dibawah seksyen ini bermaksud : a. Untuk menerbit @ menyertai dalam penerbitan suatu pembetulan yang sesuai terhadap perkataan yang diadukan, dan suatu kemaafan yang mencukupi kepada pihak yang terjejas oleh perkataan itu.
b. Apabila salinan sesuatu dokumen atau rekod mengandungi perkataan yang dinyatakan telah diedarkan oleh @ dalam pengetahuan orang yang membuat tawaran maaf itu, tindakan yang berpatutan patutlah diambil olehnya untuk memaklumkan kepada semua orang yang salinannya telah diedarkann bahawa perkataan-perkataan itu didakwa berunsur fitnah oleh pihak yang terjejas.
2 .Justifikasi atau kebenaran (s8) Justifikasi mesti berlandaskan fakta & fakta ini mestilah benar.
3.Komen berpatutan (s9) Pembelaan dari segi komen/ ulasan adil tidak boleh gagal hanya kerana kebenaran setiap tuduhan mengenai fakta tidak dibuktikan jika pernyataan pendapat itu suatu komen yang adil Komen bermaksud memberi pendapat/ pandangan. Bagaimanapun, pandangan /pendapat ini harus berasaskan kebenaran.
4. Keistimewaan Terdapat 2 keadaan istimewa : a) Keadaan yang betul-betul istimewa (s11) b) Keistimewaan bersyarat
Keadaan yang betul-betul istimewa (s11) i. Kenyataan yang dibuat di dalam parlimen ii. Perbicaraan kehakiman iii. Komen adil dan bona fide mengenai sesuatu perbincangan kehakinman iv. Komunikasi antara peguam dan anak guamnya Seksyen ini tidak membenarkan penerbitan sebarang bahan yang memfitnah agama (blasphemy), hasutan @lucah @ sebarang penerbitan yang dilarang oleh undang-undang (s11.2) a)
b) Keistimewaan bersyarat Bermakna pembelaannya adalah bersyarat setakat kenyataan yang dipersoalkan dibuat tanpa niat jahat & dengan penuh kejujuran tentang kebenaran perkataan itu. Jika kenyataan itu dibuat dengan niat jahat undang-undang menarik balik perlindungan itu & pembela boleh didakwa kerana memfitnah.
1.
2.
3. 4.
Perlindungan bersyarat terdiri daripada : Tanggungjawab undang-undang dan moral Kepentingan peribadi. Kenyataan untuk melindungi kepentingan seseorang Kenyataan kepada pihak berkuasa Laporan perbincangan di parlimen.
Seksyen
ini tidak melindungi sebarang penerbitan fitnah keagamaan (blasphemy), hasutan @ lucah @ sebarang bahan yang penerbitannya dilarang oleh undang-undang, @ sebarang bahan yang bukan menjadi prihatin awam dan penerbitannya bukanlah untuk faedah awam (s12.3)
Kenyataan fitnah yang diterbitkan oleh @ bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya pihak berkuasa tempatan @ Dewan Rakyat @ sebarang Dewan Undangan Negeri @ sebarang badan terpilih sepenuhnya @ sebahagiannya tidaklah boleh dianggap sebagai diterbitkan dalam keadaan istimewa atas alasan ia merupakan satu persoalan isu dalam pilihanraya.
1.
2.
Pembela boleh merayu mitigasi jika beliau membuat tawaran apologi sebelum permulaan tindakan atau pada peluang paling awal (s10.1) Akhbar boleh merayu mitigasi jika libel dimasukkan tanpa niat jahat, cuai @ ada apologi yang penuh (s10.2)
Apakah takrifan fitnah? Huraikan perbezaan fitnah dari sudut libel dan slander? Nyatakan perkara-perkara penting yang perlu diketahui mengenai kefitnahan
Apakah yang dikatakan sebagai keadaan yang betul-betul istimewa dan keistimewaan bersyarat? Terangkan satu persatu mengenai jenisjenis pembelaan dalam kes fitnah