PEMBANGUNAN KANDIS RESOURCE CENTRE – PEMANGKIN PELANCONGAN PENDIDIKAN
AFANDI BIN FIKRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ˙ JUDUL : PEMBANGUNAN KANDIS RESOURCE CENTREPEMANGKIN PELANCONGAN PENDIDIKAN
SESI PENGAJIAN :
2006/2007
AFANDI B. FIKRI_________________________ FIKRI _________________________ (HURUF BESAR)
Saya :
mengaku membenarkan tesis tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2.
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan (! ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI (1972)
3. 4.
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ (TANDATANGAN
PENULIS)
____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : KAMPUNG PANGKAL MELERET 18500 MACHANG KELANTAN
Tarikh : 18 MEI 2007
CATATAN :
* ** •
PROF . DR. AMRAN HAMZAH Nama Penyelia
Tarikh : 18 MEI 2007________
Potong yang tidak berkenaan Jika tesis tesis ini SULIT atau TERHAD, TERHAD, sila sila lampirkan lampirkan surat surat daripada daripada pihak erkuasa/organisasi berkenaan dengan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ˙ JUDUL : PEMBANGUNAN KANDIS RESOURCE CENTREPEMANGKIN PELANCONGAN PENDIDIKAN
SESI PENGAJIAN :
2006/2007
AFANDI B. FIKRI_________________________ FIKRI _________________________ (HURUF BESAR)
Saya :
mengaku membenarkan tesis tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2.
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan (! ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI (1972)
3. 4.
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ (TANDATANGAN
PENULIS)
____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : KAMPUNG PANGKAL MELERET 18500 MACHANG KELANTAN
Tarikh : 18 MEI 2007
CATATAN :
* ** •
PROF . DR. AMRAN HAMZAH Nama Penyelia
Tarikh : 18 MEI 2007________
Potong yang tidak berkenaan Jika tesis tesis ini SULIT atau TERHAD, TERHAD, sila sila lampirkan lampirkan surat surat daripada daripada pihak erkuasa/organisasi berkenaan dengan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pelancongan)”
Tandatangan Tandatangan
: ..................................................
Nama
: Prof. Dr. Amran B. Hamzah
Tarikh
: 18 MEI 2007
PEMBANGUNAN KANDIS RESOURCE CENTRE – PEMANGKIN PELANCONGAN PENDIDIKAN
AFANDI BIN FIKRI
Laporan projek sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Pelancongan)
Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2007
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan
: ......................................... ....
Nama
: Afandi B. Fikri
Tarikh
: 18 Mei 2007
iii
DEDIKASI
Ayahanda, bonda isteri dan anak-anak serta sahabat-sahabat seperjuangan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keberkatanNya, akhirnya projek ini telah dapat disiapkan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Pelancongan).
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ucapan jutaan terima kasih kepada penyelia projek, Prof. Dr. Amran B. Hamzah atas bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan beliau sepanjang tempoh penyelidikan ini. Ribuan terima kasih juga kepada Prof. Dr Zainab Bt. Khalifah, Dr. Hairul Nizam B. Ismail, En.Ahmad Tajuddin B. Kechik dan Pn. Nor Azina Bt. Dahlan diatas segala tunjuk ajar dan dalam memberikan pandangan serta nasihat berguna sewaktu tempoh pembelajaran.
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Kandis Resouce Centre (KRC), Pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Pegawai Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan (JKKWK), Pegawai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan (PKKMK), Pegawai
Bahagian
Pembangunan Majlis Daerah Bachok (MDB), Peagwai Majlis Tindakan pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK), Pegawai Pusat Penerangan Pelancong Kelantan (TIC) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK), Badan Warisan Malaysia (BWM) dan resort-resort di sekitar Kampung Kandis serta penduduk di Kampung Kandis sekitar KRC di atas kerjasama dalam menyiapkan projek sarjana ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua yang terlibat dalam penyiapan laporan projek ini samada secara langsung atau tidak langsung, penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga semoga apa yang telah dicurahkan itu akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
v
ABSTRAK
Industri pelancongan kini merupakan industri yang kedua terpenting dalam memberikan sumbangan ekonomi kepada Malaysia. Dalam industri pelancongan terdapat pelbagai jenis pelancongan termasuklah pelancongan kebudayaan dan warisan. Melalui pelancongan jenis ini, ianya boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada pelancongan pendidikan. Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat kajian terhadap Pembangunan Kandis Resource Centre sebagai pemangkin kepada pelancongan pendidikan. Dalam kajian ini, penulis telah cuba untuk melihat potensi KRC dan apakah yang mendorong pelawat atau pelancong untuk melawat KRC ini. Jadi, beberapa ciri telah dikenal pasti melalui kajian-kajian kes yang diperolehi daripada jurnal tentang ciriciri tersebut juga daripada temubual dengan responden-responden. Kajian ini dibuat secara kualitatif
menggunakan open-ended question terhadap responden-responden
yang ada hubungan dengan KRC, yang berkaitan dengan industri pelancongan dan juga organisasi yang ada kaitan dengan pelancongan pendidikan. Penggunaan teknik analisis seperti IPA digunakan bagi menganalisis ciri-ciri tarikan yang terdapat di KRC yang mana interpretasinya adalah dalam bentuk matriks yang dibahagikan kepada empat kuardrat. Daripada rumusan hasil kajian, penulis membuat kesimpulan bahawa pembanguan KRC ini dapat dilihat daripada empat aspek iaitu kedudukan KRC dalam bentuk kuadrat, kejayaan pembangunan KRC ini bergantung kepada faktor dalam dan luaran, kedudukan KRC dilihat berdasarkan model destination of life cycle – Butler Sequence dan cadangan-cadangan am yang boleh diketengahkan
terhadap beberapa
aspek yang perlu diberi perhatian oleh pihak Pengurusan KRC untuk menarik lebih ramai lagi pelawat dan juga pelancong dalam pelancongan pendidikan di KRC.
usahanya untuk memangkin kepada
vi
ABSTRACT
Today, tourism industry in Malaysia gives a second importance economy contribution to Malaysia. In the tourism industry, there are many types of toursim including culture and heritage tourism. Thus, through this tourism, it also can catalyst the educational tourism. The researcher has made a research about the devekopment of Kandis Research Centre as a catalyst in the tourism educational by looking the potential of KRC and what are the factors that influence visitors or tourists to visit KRC. Some of attibutions have been found from the past case studiesand from the interviewing with the respondents. A qualitative method was used, with interviews using open-ended questions with those which have connetions with KRC, in the tourism industry and the the agency which involves with educational tourism. The technique such as ImportancePerformance Analysis (IPA) was used to analyze the attributions attraction at KRC, which the interpretations were made by using Matrix Importance – Performance that was divided into 4 quadrants. In conclusion, the researcher has concluded that the development of KRC can be seen in a quadrant form, the successful of development of KRC depends on internal and external factors, the condition of KRC can be seen based on destination of life cycle – Butler Sequence Model and general suggestions also been suggested in this report in order to attract more visitors and tourists to visit KRC.
vii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS PENGESAHAN PENYELIA
BAB 1
HALAMAN JUDUL
i
HALAMAN PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xiv
SENARAI RAJAH
xv
SENARAI SINGKATAN
xvii
PENDAHULAN
1.1 Pengenalan
1
1.2 Latarbelakang Kajian
4
1.3
5
Pernyataan Masalah
viii
1.4
Matlamat dan Objektif Kajian
5
1.5
Persoalan Kajian
6
1.6
Skop Kajian
8
1.7 Kawasan Kajian
8
1.8 Kepentingan Kajian
9
1.9 Rekabentuk Kajian
9
1.9.1
Penggunaan Teknik Analisis
1.10 Definisi Terma
BAB II
10 13
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
14
2.2
Pelancongan Pendidikan
14
2.3
Pelancongan Budaya dan Warisan
20
2.4
Muzium dan Galeri Seni Sebagai Tarikan Pelancongan Budaya Dan Warisan
21
Kajian Kes Berkenaan Dengan Permintaan Pelancongan Warisan Di Ireland Utara
23
Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Keutamaan Pengalaman dan Dari Perspektif Pelawat Muzium Terhadap Pelancongan Warisan
23
2.5
2.6
2.6.1
2.7
Penilaian Tentang Pengalaman Melawat Muzium Michigan
Kajian Kes Terpilih Berkenaan dengan Ciri-ciri ( Attributes) Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular di Hong Kong
24
25
ix
2.8
2.9
2.10
2.11
2.12
Kajian Kes Berkenaan Dengan Penilaian Sebuah Muzium Sebagai Produk Pelancongan Menggunakan Kaedah S ervqual
27
Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Perkhidmatan Muzium Warisan Di England
28
2.9.1
The Moyse’s Hall Museum
28
2.9.2
The Manor House Museum
29
2.9.3
The Haverhill Local History Centre
30
2.9.4
The West Stow Country Park and Anglo Saxon Village
30
Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Pengurusan Warisan Di Jepun
31
2.10.1 Kurashiki
31
2.10.2 Ise Shi
32
2.10.3 Shirakawa Go
32
Komponen-komponen Penawaran dalam Industri Pelancongan
33
Ciri-ciri ( Attributes) Yang Penting Dalam Menjayakan Pelancongan Budaya dan Warisan
38
2.12.1 Produk Yang Ditawarkan
38
2.12.2 Pengalaman Pelancong
38
2.12.3 Promosi dan Pemasaran Dalam Pelancongan
39
2.12.4 Keselamatan Pelancong
41
2.12.5 Infrastruktur Di Sesebuah Destinasi
41
2.12.6 Pengurusan Dalam Pelancongan
42
x
2.13
BAB III
Ciri-ciri ( Attributes) Yang Menjadi Daya Penarik Ke KRC
44
KAWASAN KAJIAN
3.1
Pengenalan
45
3.2
Pelan Induk Seni Budaya Kelantan Tahun Depan
47
3.3
Lokasi Kawasan Kajian
49
3.4
Latar Belakang Kawasan Kajian
50
3.4.1
51
3.5
3.6
Objektif Penubuhan KRC
Aktiviti-aktiviti Kandis Resource Centre Yang Telah Lepas
52
Cadangan Program-program Yang Ditawarkan di KRC
53
3.6.1
Pelancongan Pendidikan
54
3.6.2
Pakej Senibina
58
3.6.3
Pakej Lanskap
61
3.6.4
Pakej Persekitaran
63
xi
BAB IV
ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1
Pengenalan
65
4.2
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Produk Yang Ditawarkan
67
4.2.1
Konsep dan Imej KRC
67
4.2.2
Program Atau Pakej Pelancongan Yang Ditawarkan
70
4.2.3
Jenis Pameran Yang Dipamerkan
72
4.2.4
Konsep Penerapan Pelancongan Pendidikan
74
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pengalaman Pelancong
75
4.3.1
Pertunjukan Demonstrasi
75
4.3.2
Keaslian Artifak dan bahan Pameran
77
4.4
Analisis Temubual Berkenaan dengan Value For Money
79
4.5
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Kepimpinan
80
4.5.1
Hubungan Dengan Agensi Atau Badan Kerajaan
80
4.5.2
Hubungan Dengan NGO
85
4.5.3
Hubungan Dengan Pihak Swasta dan Orang Perseorangan
85
4.3
4.6
Analisis TemubuaI Berkenaan Dengan Infrastruktur dan Ameniti
86
4.6.1
Kemudahan Pelawat
86
4.6.2
Keselamatan
87
4.6.3
Pengangkutan
88
xii
4.6.4
4.7
4.8
4.9
89
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pengurusan Tarikan
89
4.7.1
Pengurusan Di Lokasi
89
4.7.2
Latihan Kakitangan
90
4.7.3
Kebersihan Persekitaran
91
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Peasaran dan Promosi
93
4.8.1
Aspek Pemasaran
93
4.8.2
Sasaran Pengunjung
94
4.8.3
Unjuran Pengunjung
95
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Sumberjaya
83
4.9.1 Tarikan Sekeliling
96
4.9.2
BAB V
Penginapan
Jarak Dengan Tarikan-tarikan Pelancongan Yang Lain
96
RUMUSAN HASIL KAJIAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
98
5.2
Kedudukan Sekarang KRC Berada Dalam Kuadrat Samada Q1, Q2, Q3 atau Q4
99
Pembangunan KRC Bergantung Kepada Faktor Dalaman Dan Faktor Luaran
100
5.3
xiii
5.4
5.5
5.6
Kedudukan KRC berdasarkan kepada Model Destination Life Cycle - Butler Sequence
102
Cadangan Am Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pengurusan KRC
105
Kepentingan Pembangunan KRC Kepada Masyarakat Setempat
112
5.7 Kesimpulan
113
RUJUKAN
114
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
MUKASURAT
1.1
Importance-Performance Analysis (IPA)
11
2.1
Ciri-ciri (attributes) Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular Di Hong Kong
25
Enambelas Kawasan Kajian Terhadap Tempat Tempat Tarikan Kebudayaan Popular Di Hong Kong
27
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Sesebuah Tarikan Pelancongan
36
Ketibaan Pelancong Domestik dan Antarabangsa Ke Kelantan
47
3.2
Program dan Aktiviti Pelancongan Pendidikan Di KRC
57
3.3
Program dan Aktiviti Senibina Di KRC
60
3.4
Program dan Aktiviti Lanskap Di KRC
62
3.5
Program dan Aktiviti Alam Sekitar Di KRC
64
4.1
Tema Temubual Dengan Responden
66
5.1
Pembangunan KRC Bergantung Kepada Faktor Dalaman dan Faktor Luaran
101
2.2
2.3
3.1
xv
5.2
Kaedah Komunikasi Pemasaran Berkesan
111
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
MUKASURAT
1.1
Carta Alir Penyelidikan
7
1.2
Matriks Importance-Performance (IPA)
12
2.1
Model Kategori Pelancongan Pendidikan
16
2.2
Pakej Pelancongan Yang Ditawarkan Oleh Agensi Pelancongan TM Tours Di Malaysia
18
Program Lawatan Pendidikan Untuk Pelajar Di Hutan Amazon
18
Salah Satu Penawaran Pelancongan Pendidikan Di Thailand
19
Model Pelancongan Pendidikan Berasaskan Kajian, Lawatan Dan Menambah Ilmu Pengetahuan
19
2.6
Empat Komponen Dalam Penawaran Pelancongan
35
2.7
Faktor-faktor Penarik Yang Mempengaruhi Ke Destinasi
37
2.8
Daya Tarikan Pelancong Ke KRC
44
3.1
Peta Negeri Kelantan – Dan Lokasi KRC
46
5.1
Destination of Life Cycle – Butler Sequence
102
2.3
2.4
2.5
xvi
5.2
Kepentingan Pembangunan KRC Terhadap Masyarakat Setempat
112
xvii
SENARAI SINGKATAN
KRC
KANDIS RESOURCE CENTRE
JKKN
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA
JKKWK
JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN KELANTAN
PKKMK
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN
MDB
MAJLIS DAERAH BACHOK
MTPNK
MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN
TIC
TOURIST INFORMATION CENTRE (PUSAT PENERANGAN PELANCONG)
JPNK
JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN
NGO
NON GOVERNMENT ORGANISATION
BWM
BADAN WARISAN MALAYSIA
Q1
KUADRAT 1
Q2
KUADRAT 2
Q3
KUADRAT 3
Q4
KUADRAT 4
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
World Tourism Organisation - WTO (1993) telah mencadangkan bahawa pelancongan mengandungi aktiviti-aktiviti bagi individu yang mengembara dan berada di luar daripada kawasan persekitaran bagi dirinya, tidak lebih dari satu tahun bagi tujuan bersiar-siar, perniagaan dan tujuan-tujuan lain. WTO menganggarkan ketibaan pelancong diseluruh dunia mencecah 1 bilion orang menjelang tahun 2010. McIntosh (1995) mengatakan bahawa industri pelancongan merupakan sebuah industri yang semakin berkembang pesat sejak dekad ini. Gunn (1998) mengatakan bahawa industri pelancongan akan terus menjadi satu fenomena pertumbuhan ekonomi dan sosial yang paling pesat pada abad ke 21 ini.
Meskipun persaingan semakin meningkat di kalangan negara-negara di seluruh dunia bagi menarik kedatangan pelancong, sektor pelancongan di Malaysia dijangka menerima manfaat daripada pertumbuhan pelancongan antarabangsa dalam tempoh
2 RMKe-9 dan ketibaan pelancong ke Malaysia dijangka meningkat pada purata 8.4% setahun dan kedatangan pelancong dijangka mencapai 24.6 juta orang menjelang tahun 2010 dengan pendapatan pelancongan dijangka sebanyak RM59.4bilion. Utusan Malaysia (3 April 2005) industri pelancongan di Malaysia telah menyumbang sebanyak pendapatan RM29.7 bilion kepada pendapatan negara dengan kemasukan 15.7 pelancong asing pada tahun lalu.
Dalam tempoh RMK9, usaha bersepadu akan dipacukan dalam merealisasikan potensi
industri
pelancongan
bagi
meningkatkan
sumbangannya
dalam
sektor
perkhidmatan secara khusus dan ekonomi secara keseluruhan. Memandangkan industri ini menjana kesan pengganda yang tinggi dalam pelbagai sektor, aktiviti pelancongan akan menyediakan satu landasan yang lebih luas bagi rantaian antara sektor. Lebih banyak usaha bersepadu akan diambil untuk mengembleng dan menyalurkan sumber bagi menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak
produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif.
Langkah Kerajaan
Malaysia menstrukturkan semula pakej dan produk pelancongan disifatkan sebagai kaedah berkesan untuk menarik lebih ramai para pelancong asing mengunjungi negara ini dan menjana pertumbuhan industri pelancongan. Bagi meningkatkan keunikan tarikan terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan di Malaysia, kerajaan terus mempromosi kelebihan tradisional negara iaitu dalam pelancongan kebudayaan dan warisan semulajadi iaitu dalam :
a) Ekopelancongan, agropelancongan dan program inap desa b) Pelancongan kebudayaan dan warisan c) Acara Bertema d)
Sukan dan rekreasi
e) Pelancongan pendidikan f) Pelancongan kesihatan g) Program Malaysia Rumah Keduaku.
3 Menurut dalam RMK9, menyedari potensi pelancongan pendidikan sebagai satu segmen pasaran baru untuk meningkatkan pendaptan tukaran asing, pelbagai langkah telah diambil dalam mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pedidikan serantau. Pendapatan tukaran asing dari pasaran baru muncul meningkat daripada RM220 juta pada tahun 2000 kepada RM450 juta pada tahun 2005. Dalam RMK9, sebagai menggalakkan lagi sektor pelancongan pendidikan, lima pusat Penggalakkan Pendidikan Malaysia telah didirikan di Beijing, Ho Chi Minh City , Jakarta dan Jeddah untuk mempromosikan peluang-peluang pendidikan yang terdapat di Malaysia. Sebenarnya, pelancongan pendidikan boleh dikategorikan kepada dua iaitu pertama penubuhan institusi pengajian tinggi dan menggalakkan kemasukan para pelajar luar negara untuk belajar di sesebuah negara dan kedua pelancongan pendidikan sebagai memberi ilmu pengetahuan dan membuat kajian terhadap aktiviti-aktiviti yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan disamping memberi pendedahan secara tidak langsung kepada para remaja, belia atau pelajar yang berkaitan dengan ilmu dan aktiviti pelancongan.
Dalam konteks pelancongan pendidikan berasaskan pelancongan pendidikan berasaskan kajian,
lawatan dan unutk menambah ilmu pengetahuan, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Program Pelancongan Pelajar (3P) yang telah dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bersama dengan Menteri Pendidikan pada 24 Februari 2001. Tujuannya adalah untuk menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan domestik dengan memupuk budaya melancong di dalam negara sendiri di kalangan pelajar terutama membuat lawatan kontekstual ke tempat-tempat bersejarah, kebudayaan, pelancongan eko dan sebagainya. Disamping itu juga, dengan adanya lawatan konstekstual oleh para pelajar, remaja dan belia, dapatlah mereka merasai hands on experience
sewaktu mengambil bahagian
dalam program yang dianjurkan oleh sesebuah lawatan tersebut. Miller (1991) mengatakan bahawa, pembelajaran pelancongan adalah merupakan satu bentuk pelancongan yang dapat memberi pengalaman yang menghiburkan dan berbentuk pendidikan samada kepada pelawat atau pelajar.
4 1.2
Latarbelakang Kajian
Manusia sekarang berkecenderung untuk mencari kelainan termasuklah bagi kebudayaan tradisional dan kebudayaan warisan yang boleh dikaitkan dengan pelancongan pendidikan, pelancongan pendidikan ini boleh menjadi permintaan utama dalam industri pelancongan. Menurut Richards (1995), melalui strategi pelancongan kebudayaan dan warisan
yang wujud,
boleh digunakan untuk merancakkan lagi
pelancongan tempatan dan menolong bentuk pelancongan yang bermusim. Ini bermaksud, kita juga boleh kaitkan tentang kebudayaan tradisional dan kebudayaan warisan ini untuk merancakkan dan sebagai pemangkin dalam pelancongan pendidikan. Di Kelantan, terdapat sebuah pusat kebudayaan Melayu yang bertujuan untuk menjaga dan memelihara seni ukir budaya Melayu iaitu Kandis Resource Centre (KRC) yang didirikan di Kandis, Bachok Kelantan. KRC yang ditubuhkan pada tahun 2000, sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Keunikan ini kerana penubuhannya adalah yang pertama di Kelantan yang menawarkan sebuah institusi sebagai rujukan terhadap kesenian, kraf dan seni ukir kayu Melayu.
Malah Datin Waveney Jenkins
seorang aktif dalam Badan Warisan Malaysia, seorang pengarca dan pelukis telah diberi mandat untuk menerajui projek yang sedang dirancang oleh KRC setelah beliau yakin dan percaya dengan ilmu dan kebolehan dalam seni ukir Melayu yang berasaskan Langkasuka oleh Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein dan Saudara Norhaiza Nordin. Projek pembinaan sebuah muzium dan galeri oleh KRC yang sedang dalam proses pembinaan sekarang
akan
mempamerkan segala hasil seni, kraf, seni ukir
Melayu dan juga disediakan bengkel pendidikan seni, bengkel tempat mengukir kayu dan tempat bagi demonstrasi bagi para pengunjung dan pelancong yang datang ke KRC. Bagi jangka masa panjang,
KRC
akan mengembangkan aktiviti program dengan
membina sebuah akademi yang bertujuan untuk mengajar para belia dan juga mereka yang berminat dalam seni ukir kayu
serta yang berkaitan dengan kraf
Melayu
khususnya seni Langkasuka bagi menjamin agar seni Melayu tidak pupus ditelan zaman. Sebuah buku terbitannya iaitu The Spirit of Wood and The Art of Malay Woodcarving , telah membuktikan bahawa KRC ini memang bersungguh-sungguh untuk menjadi sebagai sebuah pusat kebudayaan Melayu iaitu dengan menubuhkan muzium dan galeri
5 seni yang berkonsepkan Langkasuka yang unggul dan terkenal bagi kesenian, kraf dan seni ukir kayu Melayu yang utama di Kelantan.
1.3
Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada tujuan utama KRC sebagai sebuah pusat kesenian Melayu iaitu dengan membina muzium dan galeri, adakah KRC ini berpotensi untuk menjadi Pusat Kebudayaan Melayu yang utama di Kelantan ? Apakah konsep dan program yang ditawarkan oleh KRC dalam usaha untuk menjadikan KRC sebagai destinasi tarikan pelancongan pendidikan ? Segala perancangan dan aktviti serta komponen-komponen yang berkaitan dengan muzium dan galeri dalam menawarkan tarikan pelancongan pendidikan haruslah perlu diambil kira dan bertepatan dengan konsep pelancongan pendidikan dalam usaha untuk menggalakkan kunjungan pelawat dan pelancong dan seterusnya KRC dapat menjadi destinasi tarikan pelancongan pendidikan yang terunggul di Negeri Kelantan khasnya.
1.4
Matlamat dan Objektif Kajian
Matlamat penyelidikan ini adalah untuk melihat potensi Kandis Resource Centre yang menawarkan konsep dan program pelancongan pendidikan dengan kepada pengunjung dan juga pelancong sekaligus dapat menjamin agar seni Melayu tidak pupus ditelan zaman. Apabila pembangunan konsep dan serta program yang ditawarkan ini yang dapat menarik minat serta dapat memberikan pengalaman pelancong ( tourist experience) dengan ini menunjukkan bahawa Kandis Reseource Centre telah dapat
merealisasikan pelancongan pendidikan dan seterusnya menjadikan tempat ini sebagai destinasi tarikan pelancongan pendidikan.
6 Objektif kajian ini ialah untuk :
a)
meninjau konsep dan program yang ditawarkan oleh KRC dalam usaha untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan pendidikan.
b)
meninjau pengalaman pelancong ( tourist experience) yang boleh diperolehi di KRC
c)
meninjau tarikan semulajadi / sumberjaya yang dapat membantu menggalakkan pelawat dan pelancong ke KRC
d)
melihat perhubungan awam, teknik pengurusan dan strategi pemasaran yang praktikkan oleh Pengurusan KRC sekarang.
1.5
Persoalan Kajian
a)
Apakah imej yang cuba ditonjolkan oleh KRC ?
b) Apakah konsep dan program pendidikan yang ditawarkan oleh KRC ?
c)
Apakah pengalaman pelancong ( tourist experience) yang dapat diperolehi di KRC ?
d)
Apakah terdapatnya tarikan semulajadi / sumberjaya di sekitar KRC ?
e)
Apakah bentuk perhubungan awam, teknik pengurusan serta strategi pemasaran semasa yang dipraktikkan oleh Pengurusan KRC sekarang ?
7
LATAR BELAKANG KAJIAN
PERNYATAAN MASALAH
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
PERSOALAN KAJIAN
KAJIAN LITERATUR
- Definisi dan konsep pelancongan pendidikan - Hasil kajian jurnal dan kajian kes yang berkaitan dengan pembangunan sesbuah muzium serta aspek pengurusan warisan yang berkesan. - Komponen-komponen penawaran dalam pelancongan dan isu tarikan pelawat - Aspek-aspek yang penting atau yang perlu diambilkira dalam pembangunan muzium dan galeri
KAJIAN LAPANGAN DI LOKASI
DAPATAN KAJIAN DAN DAN ANALISIS
DATA PRIMER - Temubual * Pengarah KRC * Pegawai Jabatan Kebudayaan & Warisan Negara * Pegawai Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Kelantan * Pegawai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kelantan * Pegawai Pusat Penerangan Pelancong, Kelantan * Pegawai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, Kelantan * Pegawai Pembangunan Majlis Daerah Bachok * Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan * Badan Warisan Malaysia * Pengusaha resort sekitar Kandis * Penduduk setempat Kampung Kandis - Pemerhatian sumberjaya dan tarikan pelancongan di sekitar KRC dan Laporan inventori dan visual
PENGUMPULAN MAKLUMAT
RUMUSAN DAN CADANGAN
Rajah 1.1 : Carta Alir Penyelidikan
DATA SEKUNDER * Kertas Kerja Mengenai KRC Yang Dibentangkan di Konferens Pelancongan Belia * Pamplet dan buku tentang aktiviti program KRC
8 1.6
Skop Kajian
Untuk mencapai matlamat dan objektif kajian, skop kajian ini adalah adalah seperti berikut iaitu potensi Kandis Resource Centre sebagai destinasi tarikan pelancongan pendidikan.
a) Kajian teoritikal tentang konsep pelancongan pendidikan
b) Kajian teoritikal terhadap pengalaman pelancong di muzium dan galeri
c) Kajian
terhadap
sumberjaya/tarikan
pelancongan
disesebuah
destinasi
pelancongan
d) Kajian teoritikal terhadap pengurusan di destinasi pelancongan
e) Kajian teoritikal terhadap aspek pemasaran dalam pelancongan.
1.7
Kawasan Kajian
Kandis Resource Centre (KRC) terletak di Kampung Kandis Bachok Kelantan. Ianya sedang dibangunkan untuk menjadi sebuah muzium dan galeri bagi menempatkan segala hasil kerja tangan Allahyarham Nik Rashiddin B. Hj. Nik Hussein serta Norhaiza Nordin. Manakala galeri pula akan digunakan untuk mempamer dan menyimpan karyakarya Allahyarham Nik Rashiddin yang telah beliau hasilkan. KRC dibangunkan di atas tanah seluas 6 ekar yang berhampiran dengan Pantai Kandis yang beralamat di Lot 225, Kampung Kandis, Telong, 16310 Bachok Kelantan.
9 1.8 Kepentingan Kajian
Kepentingan daripada kajian ini ialah untuk membantu pihak Pengurusan KRC dalam memajukan dan memantapkan lagi konsep dan program yang ditawarkan oleh KRC dan juga dengan adanya pembinaan dan muzium dan galeri dapatlah pihak Pengurusan KRC mempeluaskan lagi kegiatan seni warisan Melayu, kraf dan seni ukiran Melayu
berasaskan
Langkasuka
dan
seterusnya
secara
tidak
langsung
boleh
merealisasikan pelancongan pendidikan. Hasil daripada kajian ini juga boleh diguna pakai oleh pihak-pihak yang ingin memajukan atau membangunkan institusi atau pusat kebudayaan, warisan dan kraf untuk mengenalpasti ciri-ciri atau faktor-faktor yang perlu diambil kira sekiranya mereka ingin memajukan dan membangunkan institusi atau pusat kebudayaan, warisan dan kraf dan sekaligus dapat merealisasikan pelancongan pendidikan di Malaysia.
Di samping itu juga, pengkaji juga juga ingin memperlihatkan sekiranya pembangunan muzium,galeri dan juga akademi yang akan dibina nanti mampu menarik lebih ramai pelancong dan juga pelawat, ianya akan turut memberi kesan kepada penglibatan masyarakat setempat seperti merancakkan lagi pengusaha pengangkutan, restoran dan gerai, industri desa, homestay, kumpulan persembahan kebudayaan, pengusaha retail outlets, pemandu pelancong dan pengusaha penginapan.
1.9
Rekabentuk kajian
Rekabentuk kajian yang dibuat oleh pengkaji ialah ialah secara kualitatif. Instrumen yang digunapakai
kajian ini ialah menemuramah secara ( interview)
menggunakan open-ended question dengan Pengarah Kandis Resouce Centre sendiri. Manakala agensi atau organisasi kerajaan yang terlibat pula ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Perbadanan
Kemajuan
Kraftangan
Malaysia
Cawangan
Kelantan,
Bahagian
10 Pembangunan Majlis Daerah Bachok, Majlis Tindakan pelancongan Negeri Kelantan dan Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan serta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Bagi NGO pula ialah Badan Warisan Malaysia dan pihak swasta pula ialah resort-resort di sekitar Kampung Kandis dan akhir sekali penduduk di sekitar Kampung Kandis. Soalan-soalan atau tema yang ditanya adalah berkisarkan kepada aspek produk yang ditawarkan, pengalaman pelancong, kepimpinan, infrastruktur dan pengurusan tarikan, pemasaran dan sumberjaya. Disamping itu juga, pengkaji juga menelefon kepada pihakpihak yang berkenaan sebagai tindakan susulan untuk mendapatkan data-data dan maklumat yang difikirkan perlu dalam kajian ini bagi mendapatkan data dan maklumat yang lebih lengkap dan sempurna.
Pengkaji juga membuat tinjauan ke atas sumberjaya dan inventori serta tarikantarikan pelancongan di sekitar KRC dalam usaha untuk membangunkan Kandis Resource Centre sebagai tarikan kepada pelancongan kebudayaan dan warisan dan sekaligus dapat menjadikannya sebagai destinasi bagi pelancongan pendidikan.
1.9.1
Penggunaan Teknik Analisis
Kaedah atau teknik analisis yang bersesuaian digunakan untuk menilai ciri-ciri yang dianggap penting dalam membri penilaian terhadap keupayaan Kandis Resorce Centre dalam merealisasikan terhadap pelancongan pendidikan dan seterusnya dapat menarik kedatangan pengunjung atau pelancong ke Kandis Resource Centre. Kaedah yang sesuai difikirkan oleh pengkaji ialah unutk menganalisis ciri-ciri Kandis resource Centre sebagai tarikan pelancongan budaya dan warisan ialah menggunakan Importance-Performance Analysis (IPA)
11 1.9.1.1 Konsep Penggunaan Importance-Performance Analysis
Ianya merupakan satu kaedah yang menekankan kepada kepelbagaian ciri-ciri. Melalui kaedah ini, ianya berdasarkan kepada andaian bahawa sesebuah industri boleh meningkatkan
kejayaannya
dengan
memastikan
ia
boleh
mencapai
prestasi
( performance) yang baik di dalam ciri-ciri yang dianggap penting. Dalam kaedah ini juga, ianya membolehkan pengkaji melakukan penilaian terhadap ciri-ciri yang penting dalam membangunkan sesuatu tarikan pelancongan dan seterusnya dapat memastikan ianya boleh mencapai prestasi yang baik.
Jadual 1.1 : Importance –Performance Analysis (IPA)
IMPORTANCE-PERFORMANCE ANALYSIS (IPA)
•
Menekankan kepada kepelbagai ciri-ciri
•
Berdasarkan kepada persepsi individu terhadap ciri-ciri yang dianggap penting
•
•
•
Berdasarkan kepada andaian bahawa sesebuah industri boleh meningkatkan kejayaannya dengan memastikan ianya telah mencapai prestasi yang baik terhadap ciri-ciri yang dianggap penting Kepentingan ciri dan prestasi boleh diukur atau dinilai dengan serentak Intepretasi adalah dalam bentuk matriks yang boleh dibahagikan kepada empat (4) kuadrat.
12
Q1
N A G N I T N E P E K
Q2
Concentrate Here
Keep up The Good Work
High Performance
High Importance
Low Performance
High Performance
Q3
Q4
Low Priority
Possible Overskill
Low Importance
Low performance
Low Performance
High Performance
PRESTASI Rajah 1.2 : Matrix of Importance –Performance Analysis (IPA)
Penerangan :
Q1 - Ciri-ciri yang terdapat dalam kuadrat ini dianggap sangat penting kepada tempat
tarikan pelancongan tetapi mempunyai prestasi yang rendah. Keadaan ini menunjukkan pembaikian perlu dilakukan kerana ianya menunjukkan kelemahan yang utama.
Q2 - Ciri yang terdapat dalam kuadrat ini dianggap sangat penting kepada tempat tarikan
pelancongan dan mempunyai tahap prestasi yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan tahap keupayaan yang tinggi terhadap ciri-ciri ini kerana ianya menunjukkan kekuatan yang utama.
13 Q3 - Ciri dalam kuadrat ini dianggap tidak penting dan mempunyai tahap prestasi yang
rendah. Jadi, ianya dianggap tidak penting dan mempunyai pretasi yang rendah, maka kerana itu ianya dianggap tidak penting sangat.
Q4 – Ciri dalam kuadrat ini dianggap tidak penting tetapi mempunyai tahap prestasi
yang tinggi. Ini kerana terdapatnya keadaan yang mungkin baik dan selesa di tempat tarikan pelancongan tadi. Jadi tidak perlu banyak usaha untuk meningkatkan mutu prestasinya. Bahagian kuadrat ini menunjukkan kekuatan yang kecil sahaja.
1.10
Definisi Terma
Pembangunan :
Perihal membangunkan, proses membangun untuk mencapai kemajuan, perkembangan. Ia
juga
bermaksud
usaha
atau
kegiatan
membangunkan,
memajukan
dan
mengembangkan sesuatu.
Kandis Resource Centre (KRC) :
KRC terletak di berhampiran dengan Pantai Kampung Kandis, Bachok. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 2000 bagi menyalurkan bantuan dan sumbangan daripada organisasi, badan, pertubuhan dan individu untuk projek Pameran Semangat Kayu dan Projek Buku Spirit of Wood. KRC terletak di atas sebidang tanah seluas 6 ekar yang berhampiran dengan pantai di Kampung Kandis, Bachok. Pusat ini menawarkan pelbagai pakej lawatan, kemudahan, aktiviti dan khidmat bagi semua peringkat dan lapisan masyarakat dari peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan ilmuan, golongan seniman, tukang, pengkaji dan peminat seni. Alamat lengkap Kandis Resource Centre ini ialah Lot 225, Kampung Kandis, Telong, 16310 Bachok, Kelantan Darul Naim.
14 Pemangkin :
Sesuatu yang faktor yang dapat mempercepatkan atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dan sebagainya.
Pelancongan Pendidikan :
Pelancongan pendidikan boleh terbahagi kepada dua iaitu pertama sebagai penawaran tempat pembelajaran yang formal seperti penubuhan institusi pengajian tinggi dan kedua sebagai memberi ilmu dan pendedahan secara tidak langsung kepada yang berkaitan dalam aktiviti pelancongan dan dalam konteks ini, ianya dapat memberikan peluang kepada para remaja, belia atau pelajar untuk mengenali tempat-tempat menarik yang terdapat di kawasan-kawasan tarikan pelancongan seperti tempat-tempat sejarah, kebudayaan, eko pelancongan dan sebagainya yang dapat memberikan pengalaman dan juga pembelajaran mereka.
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
Dalam carta alir rangka kerja penyelidikan, ianya memfokuskan kepada empat bahagian, iaitu pertama mengenai definisi dan konsep pelancongan pendidikan. Kedua hasil kajian jurnal dan kajian kes yang berkaitan dengan pembangunan sesebuah muzium serta aspek pengurusan warisan yang berkesan. Ketiga ianya berkaitan dengan komponen-komponen penawaran dalam pelancongan dan isu tarikan pelawat. Keempat mengenai aspek-aspek
yang penting atau yang perlu diambilkira dalam dalam
menjayakan destinasi pelancongan budaya dan warisan
2.2
Pelancongan Pendidikan
Konsep kepada pelancongan pendidikan ini boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu pelancongan pendidikan berasaskan penawaran belajar di institusi Pendidikan Tinggi dan pelancongan pendidikan berassaskan kajian, lawatan dan menambah ilmu pengetahuan (Rujuk rajah 2.1). kajian,
lawatan
dan
Bagi pelancongan pendidikan berasaskan kepada
menambah
ilmu
pengetahuan,
komponen-komponen
pelancongannya terdiri daripada jenis-jenis pelancongan yang boleh dikaitkan dengan pelancongan pendidikan. (Rujuk rajah 2.2). Menurut Gibson (1998), Holdnak dan
16 Holland (1996), Kalinowski dan Weiler (1992) dalam Ankomah dan Larson (2000), keinginan atau rasa ingin untuk melancong bagi tujuan pelancongan pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan kepopularannya dalam pasaran pelancongan dijangka meningkat. Rodger (1998) dalam Ankomah dan Larson (2000) pelancongan pendidikan adalah merujuk kepada program di mana sekumpulan peserta terutamanya membuat perjalanan di sesuatu lokasi yang bertujuan untuk menimba pengalaman ( experience) secara terus. Ianya mengandungi pelancongan eko, pelancongan warisan, pelancongan desa dan kebun pertanian serta program pertukaran pelajar.
Pelancongan Pendidikan
Pelancongan Pendididkan Berasaskan Penawaran Institusi Pendidikan Tinggi : - Universiti awam dan swasta - Kolej univerisiti - Institusi latihan kemahiran
Pelancongan Pendidikan Berasaskan Kajian, Lawatan dan Menambah Ilmu Pengetahuan
Rajah 2.1 : Model Kategori Pelancongan Pendidikan Sumber : Olahan Pengkaji 2007
17 Miller dalam Nurlinda (2004) mengatakan bahawa, pembelajaran pelancongan adalah merupakan
satu
bentuk
pelancongan
yang
dapat
memberi
pengalaman
yang
menghiburkan dan berbentuk pendidikan samada kepada pelawat atau pelajar. Clive (1995) dalam Nurlinda (2004) mengatakan bahawa program pelancongan pendidikan ini adalah dibuat untuk memenuhi kehendak sekumpulan pelancong atau pengunjung di satu-satu lokasi atau tempat yang menarik. Jadi, program pendidikan ini inya boleh memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai destinasi dan lokasi pelancongan yang dilawati. Rodger (1998) dalam Ankomah dan Larson (2000), salah satu bentuk dalam pelancongan pendidikan adalah pertukaran pelajar antara sekolah ataupun institusi. Melalui program ini, seseorang pelajar akan pergi ke tempat lain dari tempat asalnya bagi tujuan mempelajari bahasa, budaya dan adapt resam penduduk. Daripada penjelasan tadi jelaslah kepada kita bahawa pelancongan pendidikan ini, bertujuan untuk mempelajari dan menambah ilmu
adalah
pengetahuan disamping dapat
merasai sendiri pengalaman sewaktu membuat lawatan konstekstual ke tempat-tempat tersebut. Fernandez (2003) dalam Nurlinda (2004) berkata, pelancongan pendidikan adalah lawatan atau perjalanan yang bertujuan bagi mendapatkan pengetahuan, pengalaman, pendidikan dan latihan melalui persepaduan bantara bahasa, budaya, aktiviti, masa lapang, minat yang beroreintasikan kepada pendidikan. Wikipedia (2007), pelancongan pendidikan mungkin melibatkan perjalanan atau berkunjung ke institusi pendidikan, atau ke destinasi-destinasi lain bagi mengikuti kelaskelas yang diminati seperti kelas memasak bersama chef terkenal maupun ke kelas kraftangan.
18
Menara Kembar Petronas
History city of Melaka
Gunung Stong State Park Adventure
Putrajya & Kuala Lumpur Flora and Fauna Tour
Pakej Pelancongan Pelajar Pelajar 200 7
Selangor Fireflies
Pulau Ketam Rural Adventure
White Water Rafting Day Trip Sungai Kampar
Templer’s Park Tour
Rajah 2.2 : Pakej Pelancongan Oleh Agensi Pelancongan TM Tours di Malaysia Sumber : http://www.tmtours.comstudent-youth-packages.htm
Amazon Ex editi
Alternative Tourism
Peru Express
Amazon Lake
AMAZON RAINFOREST TOURS
Peru Classic
Amazonia Sport and
Cuzco Machu Picchu
Peru Wildlife
Rajah 2.3 : Program Lawatan Pendidikan Untuk Pelajar di Hutan AmazonSumber Sumber : http://www.wasai.com/amazon-jungle.htm
19
University Courses
Thai language Courses
Teacher Training Courses
PENAWARAN PELANCONGAN PENDIDIKAN DI THAILAND
International School
English Language Courses
Thai Cookery Courses
Traditional Thai Massage & Thai Medicine Medicine Courses Courses
Rajah 2.4 : Salah Satu Penawaran Pelancongan Pendidikan Di Thailand Sumber : http://www.discoverythailand.com/educational_tourism.asp
Warisan & Budaya
Rekreasi
Agro
Eko Sejarah
PELANCONGAN PENDIDIKAN
Bandar
Luar Bandar
Kesihatan
Homestay
Rajah 2.5 : Model Pelancongan Pendidikan Berasaskan Kajian, Lawatan dan Menambah Ilmu Pengetahuan Sumber : Olahan Pengkaji 2007
20 2.3
Pelancongan Budaya dan Warisan
Silberg (1995), pelancongan kebudayaan boleh diertikan sebagai satu lawatan oleh seseorang diluar daripada tempat asalnya yang mana ianya dimotivasi kerana memintati tempat sejarah, kesenian, saintifik atau gaya hidup yang ditawarkan oleh sesuatu komuniti, wilayah, kumpulan atau isntitusi. Hall dan Zeppel (1990), pelancongan kebudayaan ini merupakan pelancongan pengalaman yang mana ianya melibatkan dan dirangsangkan oleh persembahan kesenian, seni visual, dan festival. Smith dalam Goeldner dan Ritchie (2003), berkata pelancongan kebudayaan ini adalah satu pengembaraan pengalaman. Aktiviti destinasinya seperti merasa makanan di desa, pakaian festival, persembahan tarian zaman dahulu, demonstrasi kesenian dan dan kraftangan mengikut gaya atau fesyen yang lama. Sebagai contoh lawatan ke Williamburg di Virginia, dan perkampungan Greenfield di Dearborn, Michigan. Hall dan Zeppel (1990), berpendapat bahawa pelancongan warisan ini samada dalam bentuk lawatan yang berkonsepkan lanskap, tapak sejarah, bangunan serta monumen, ianya juga merupakan satu pengalaman pelancongan yang mana ianya sebagai tempat bagi mendapatkan sendiri perasaan semulajadi ditempat bersejarah itu. Hall dan Zeppel (1992), pelancongan warisan meliputi pengembaraan ke tempat festival dan acara kebudayaan, lawatan ke tapak dan monumen, mengembara untuk mengkaji semulajadi, adat-adat masyarakat, kesenian dan atau berziarah ke tempat suci. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggabung pelancongan budaya dan pelancongan warisan untuk diterapkan dalam pembangunan Kandis Resource Centre dalam usahanya untuk menjadi sebagai pusat sumber bagi kebudayaan dan warisan kesenian Melayu dalam mempersembahkan seni ukir Melayu, kraf dan kesenian dan seterusnya dapat menjadi tarikan kepada pelancongan pendidikan.
21 2.4
Muzium dan Galeri Seni Sebagai Tarikan Pelancongan Budaya Dan Warisan
Menurut Hollinshead (1993), kebudayaan dan warisan merupakan segmen yang paling cepat berkembang dalam industri pelancongan kerana terdapat trend yang menunjukkan kecenderungan oleh para pelancong. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah pelancong yang ingin mencari sesuatu yang bersifat ilmu pngetahuan, budaya, sejarah, arkeologi dan interkasi dengan penduduk tempatan. Menurut Jabatan Sumber Sejarah Virginia (1998) kalau dilihat, masyarakat Amerika amat meminati untuk mengembara bagi tujuan kebudayaan dan warisan yang mana ianya telah berkembang dan dijangka berterusan. Sebagai contoh, tapak kebudayaan dan warisan merupakan jenis pelancongan yang paling digemari di Amerika (Silberberg, 1995). Pelancongan kebudayaan merupakan satu lawatan dari pada luar yang mana mereka berminat dari segi sejarah, saintifik atau gaya hidup bagi sesuatu komuniti, wilayah atau kumpulan etnik. Menurut Zeppel dan Hall, (1992), kebudayaan adalah pengalaman pelancongan yang melibatkan kesenian , seni visual, dan festival. Menurut Virginia Virginia Department of Historic Resources (1998), para pelancong melawat ke tempat-tempat warisan dan budaya kerana empat sebab iaitu :
a) budaya dan warisan inilah yang melindungi sejarah, kebudayaaan dan sumbersumber asli di kawasan-kawasan bandar, wilayah dan juga masyarakat setempat. Orang mula melibatkan di dalam sesuatu komuniti bila mereka boleh mengaitkan kepada warisan keturunan, keluarga, masyarakat atau warisan kebangsan.
b) budaya dan warisan ini mendidik penduduk dan juga para pelancong berkenaan dengan tradisi dan sejarah tempatan. Melalui kajian yang dibuat, penduduk dan para pelancong, penduduk tempatan maupun pun pelancong akan dapat tahu budaya dan warisan bagi sesuatu masyarakat atau etnik yang mana ianya boleh dikongsi bersama.
22 c) Budaya dan warisan ini boleh membentuk satu komuniti yang kuat. Pengetahuan tentang
warisan dan budaya menyediakan satu kesinambungan dan dan
hubungan bagi komuniti yang mana ianya menanam rasa hormat bagi sesuatu penduduk, menguatkan nilai-nilai kewarganegaraan , membina jati diri dan meningkatkan kualiti hidup.
d)
Kebudayaan dan warisan ini boleh meningkatkan kepentingan ekonomi dan masyarakat serta sesuatu wilayah. Dari segi ekonomi ini termasuklah penawaran pekerjaan
baru
dalam
industri
pelancongan,
seperti
ditempat
tarikan
pelancongan, restoran, hotel, perkilangan – kesenian, dan kraf, cenderamata.
Jadi disini jelaslah kepada kita bahawa, tarikan kebudayaan dan warisan seperti muzium dan galeri seni ini boleh bertindak sebagai destinasi bagi kebudayaan dan warisan sekali gus boleh yang boleh memberikan pengalaman kepada para pelancong dan seterusnya dapat dikaitkan dengan pelancongan pendidikan. Menurut Gunn (1998), terdapat tujuh peringkat pengalaman pelancong iaitu :
a) pelancong mempunyai maklumatnya tersendiri terhadap tempat yang akan dilawatinya b) pelancong telah mempunyai imej tersendiri terhadap tempat yang akan dilawatinya c) berdasarkan imej yang telah dibuat,
pelancong akan membuat keputusan
untuk pergi ke tempat tersebut. d) Pelancong akan menentukan saluran yang dipilih untuk pergi melancong samada melalui agensi pelancongan ataupun pergi sendiri e) Pelancong pergi melancong ke tempat tersebut dan mendapat pengalaman sendiri f) Pelancong akan pulang g) Pelancong akan mendapat imej yang sebenarnya setelah merasai pengalaman sebenar.
23 2.5
Kajian Kes Berkenaan Dengan Permintaan Pelancongan Warisan Di Ireland Utara
Dalam kajian kes ini, satu rumusan telah dibuat berdasarkan oleh Northern Ireland Toursim Board (1993) kepada tarikan pelancongan warisan di Ireland Utara
yang boleh dibahagikan kepada berapa lima kategori iaitu :
a) bersejarah – yang berkaitan dengan binaan lanskap, rumah, istana lama, monumen dan gereja lama b) perindustrian – yang berkaiatan dengan pengeluaran hasil produk sejak zaman berzaman lagi seperti kain linen, membuat tembikar, wiski, perusahaan kristal dan membina kapal c) kebudayaan – yang berkaitan dengan aktviti-aktiviti masyarakat zaman dahulu seperti gaya hidup, adat, penempatan masyarakat Ireland dahulu, d) semulajadi – yang berkaitan dengan unsur-unsur lanskap semulajadi seperti tambak, desa, hutan, taman dan gua e) pendidikan – yang berkaitan dengan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan tujuan pembelajaran seperti muzium, pusat-pusat pelawat, perpustakaan dan planetarium.
2.6
Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Keutamaan Pengalaman dan Dari Perspektif Pelawat Muzium Terhadap Pelancongan Warisan
Kajian ini dibuat dengan memberi borang soal selidik kepada 6417 responden tentang 35 buah muzium yang terdapat di Bandaraya Michigan. Hasil daripada kajian kes ini, Profesor
Madya Stoep (2005)
mendapati bahawa penilaian pengalaman pelawat
terhadap muzium-muzium di sekitar Michigan adalah seperti berikut.
24 2.6.1
Penilaian Tentang Pengalaman Melawat Muzium Michigan
Para pelawat yang melawat Muzium Michigan berpendapat bahawa muziummuzium di sekitar Bandar Raya Michigan haruslah mempunyai ciri-ciri seperti :
a) Interaktif dan ada aktiviti hands on – termasuklah simulasi untuk mendapatkan pengalaman b) Benda yang bersesuaian untuk kanak-kanak dan yang boleh dijadikan nostalgia serta sebagai cenderahati. c) Memberi peluang-peluang bagi individu yang membuat penyelidikan seperti adanya perpustakaan dan geneologi d) Tapak yang ada nilai estetika dari segi lanskap, rekabentuk dan aspek kebersihan. e) Ketulenan (authenticity) dari segi objek, artifaks, bangunan, kawasan semulajadi f) Kemudahan ameniti seperti kedai cenderahati, kawasan rehat dan rekreasi g) Tayangan filem dan video serta adanya program pendidikan sambil berhibur. h) Kemudahan-kemudahan yang sentiasa dijaga i) Faktor-faktor yang yang berkaitan dengan pengalaman, keselesaan untuk bergerak termasuklah dari segi penginapan bagi orang kurang upaya, tempat letak kereta percuma.
Hasil daripada kajian telah menunjukkan bahawa responden-responden yang telah menjawab soal-selidik telah memberikan pendapat mereka bahawa tidak semua muzium-muzium yang tedpaat disekitar Michigan mempunyai perkhidmatan ataupun persembahan yang menarik. Jadi mereka memberikan pendapat seperti dihuraian 2.6.1. Jadi, kita dapat melihat bahawa setiap bahan yang ingin dipersembahkan dan juga kawasan persekitaran bagi setiap muzium dan juga galeri seni haruslah dijaga dari segi kualiti dan memamerkan persembahan yang menarik. Ini bertujuan bagi menarik lebih
25 ramai pelawat atau pengunjung untuk melihat keadaan pameran atau persembahan yang asli dan berinteraktif.
2.7
Kajian Kes Terpilih Berkenaan dengan Ciri-ciri (Attributes) Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular di Hong Kong.
McKercher, Ho dan Hilary (2003) telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui indepth interview dalam kajian ini iaitu secara open ended question. Seramai 10 orang kurator, penjaga atau pengurus aset dari
bahagian pengurusan kebudayaan
warisan tempatan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti tentang ciri-ciri (attributes) terhadap tarikan kebudayaan yang popular di Hong Kong. Terdapat enam belas kawasan kajian yang telah dikenalpasti bagi kajian tersebut. Dalam kajian ini, McKercher, Ho dan Hilary berpendapat bahawa lima ciri ( attributes) ini memainkan peranan yang penting dalam menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan atau tempattempat kebudayaan yang popular di Hong Kong. Rujuk jadual 2.1.
Jadual 2.1 : Ciri-ciri ( attributes) Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular di Hong Kong
CIRI-CIRI
PENILAIAN KRITERIA
Site Setting
PRODUCT
Scale Access Purpose built or extent facility Complimentary adaptive re-use
26
Uniqueness
EXPERIENTIAL
Relevance to tourists Ease to of consumption Focus on edutainment
Position Does the asset have tourism potential
MARKETING
Identification of viable market segment Place in attraction’s hierarchy Product life cycle stage and ability to rejuvenate product life cycle
CULTURAL
Local vs. International social values
Attitude to tourism Vision
LEADERSHIP
Ability to assess tourism potential realistically Ability to adopt a marketing management philosophy to the management of the asset
Hasil daripada kajian yang dibuat oleh McKercher, Ho dan Hilary, muzium-muzium di sekitar Hong Kong, untuk menjadikan sesebuah muzium dan juga galeri seni, seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti produk yang bagus, memberikan pengalaman kepada pengunjung dan pelancong, aspek pasaran yang mantap dan berkesan, mempunyai nilai-nilai budaya yang asli dan sesuai serta kepimpinan yang bagus dan
27 mantap oleh pengurus-pengurus yang bertugas dalam menguruskan sesebuah muzium atau galeri seni.
Jadual 2.2 Enam belas Kawasan Kajian Terhadap Tempat-tempat Tarikan Kebudayaan Popular di Hong Kong.
Hong Museum of Art
Miscelaneous Temples
Museum of Coastal Defense
Po Lin Monastery Science Museum and the Big Buddha
Sam Tung Uk Hakka Village
Sheng Yiu Museum
Wong Temple
Lei Cheng Uk Han Hong Tomb Museum Heritage Museum
Tai
Space Museum
2.8
Tin Kong Hau Temples
Sin Musuem of History
Flagstaff House Law Uk Folk Chi Lin Nunnery Teaware Museum Museum and hakka Village
Kajian Kes Berkenaan Dengan Penilaian Sebuah Muzium Sebagai Produk Pelancongan Menggunakan Kaedah Servqual
Dalam kajian kes ini, Profesor Nowacki telah menggunakan responden seramai 102 orang dan mereka telah diberi soal selidik mengenai penilaian terhadap sebuah muzium iaitu Muzium Rogalin
sebagai produk pelancongan. Responden-responden
telah diberikan soal selidik berdasarkan soal selidik servqual. Responden dikehendaki menjawab soal selidik iaitu sebelum lawatan ke Muzium Rogalin dan menjawab soalselidik selepas melawat ke Muzium Rogalin. Antara soalan-soalan yang ditanya yang berkaitan dengan Rogalin Palace sebagai produk pelancongan ialah dari aspek :
Kong
28
a) Keadaan tarikan sekeliling b) Kaunter tiket dan perkhidmatan c) Tempat menjual cenderahati dan hasil karya d) Pameran e) Suasana katering dan soal kebersihan f) Tandas g) Gambaran am seperti tarikan pelawat
Hasil kajian oleh Nowacki menunjukkan bahawa pelawat sememangnya berpuas hati dengan tarikan pelancong yang terdapat di Muzium Rogalin ini. Apa yang penting dalam kajian kes ini ialah ianya memperlihatkan
akan kepentingan terhadap bahan-bahan
pameran yang dipamerkan yang boleh memberi pengalaman kepada pelancong serta bahan yang dipamerkan adalah menarik dan asli. Disamping itu juga, ciri-ciri lain yang seharusnya terdapat di sesebuah muzium atau galeri seni mestilah dalam keadaan baik, bersih dan banyak menyediakan kemudahan kepada pelawat atau pengunjung.
2.9
Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Perkhidmatan Muzium Warisan Di England
2.9.1 The Moyse’s Hall Museum
Moyse’s Hall Museum merupakan pemenang cemerlang Lembaga Pelancong Wilayah Timur England dalam
Kategori Tarikan Kecil bagi. Kemenangan kepada
anugerah ini dibuat di atas tinjauan oleh Pihak Pegawai Kumpulan Projek terhadap baikpulih muzium tersebut sejak dua tahun yang lalu oleh pihak pengurusan Moyse’s Hall Museum. Anugerah ini adalah berdasarkan kepada penghakiman yang ibuat melalui
kemudahan untuk akses, kemudahan pelawat, sumbangan kepada masyarakat tempatan, serta peka kepada alam sekeliling di sekitar Moyse’s Hall Museum. Malah, muzium ini
29 telah berjaya pergi lebih jauh sehingga ke peirngkat kebangsaan. Moyse’s Hall Museum telah dibuka kepada orang awam pada tahun 1899 yang berpusat di Bury St Edmunds. Ia memamerkan arkeologi bandaran (borough’s archaeology)
dan koleksi tentang
sejarah sosial bersama-sama dengan koleksi Suffolk Regiment . Pada tahun 2001, ianya telah dibuka semula kpada orang pengubahsuaian utama melalui
awam selepas melakukan beberapa projek
pembiayaan Heritage Lottery Fund (HLF). Melalui
pembiayaan oleh HLF ini, ianya telah meningatkan kemudahan untuk para pelancong melawat dan juga membantu
membaiki pameran-pameran yang telah
rosak.
Kewujudan aktiviti yang dibuat Moyse’s Hall Museum seperti acara dan aktiviti di muzium seperti hari interpretasi, bengkel percutian, lawatan bertema, dan parti kanakkanak telah menjadikan muzium tersebut menjadi popular di kalangan orang awam. Terdapat juga bilik pendidikan yang disewa kepada beberapa organisasi termasuklah kepada West Suffolk College and sumbangan amal tempatan.
2.9.2
The Manor House Museum
The Manor House telah dibina pada tahun 1736 and 1738 dan terletak di The Great Churchyard,. Ianya telah dibuka semula sebagai sebuah muzium pada tahun 1993 selepas dibuat beberapa penambahbaikan. Ianya mempamerkan koleksi-koleksi tempatan sepeti jam
yang berasakan kepada
Gershom-
Parkington Bequest ,
termasuklah seni halus dan corak hiasan teskstil yang bermula pada tahun 1920an dan 30an. Manor House Museum dan koleksinya baru-baru ini telah menampilkan sebuah buku yang bertajuk “ Britain’s Best Museums and Galleries” yang ditulis oleh Mark Fisher. The Manor House Museum juga telah mengadakan beberapa pameran dan pertunjukkan beberapa kali dalam setahun yang hanya memfokuskan kepada seni seni halus dan corak
hiasan tekstil.
Muzium ini juga yang mempunyai
lesen bagi
mengadakan tempat untuk perkahwinan disamping mengadakan acara bagi acara hari sekolah dengan bertemakan sejarah, bengkel tekstil dan tempat syarahan.
30 2.9.3
The Haverhill Local History Centre
Pusat ini merupakan kerjasama antara pihak bandaran bagi menyediakan dana untuk menjalankan
kerja-kerja kemahiran. Haverhill dan District Local
History
Group telah memberikan sumbangan berbentuk koleksi barangan, kemahiran kepada
penduduk setempat dan pekerja sukarela. Koleksi yang dipamerkan termasuklah fotofoto tentang sejarah dan pembangunan bagi kawasan bandar dan sekeliling bermula pada abad ke 19 sehinggalah sekarang. Pusat ini yang terletak di Town Hall Arts Centre (THAC), Haverhill dan sekarang ditadbirkan
Haverhill Town Council. Pusat ini
mempunyai sebuah bilik dan stor walaupun mempunyai banyak koleksi dan disimpan luar stor. Baru-baru ini, melalui
dokeumen draf oleh Haverhill Town Centre
menyatakan bahawa Haverhill Local History Centre adalah kecil. Jadi pihak pengurusan Haverhill and District Local History Group, bersama-sama dengan bantuan dari kakitangan bandaran, telah membina sebuah tempat pameran dan pertunjukkan untuk pameran dan pertunjukkan yang boleh digunakan setiap tahun. Kumpulan ini juga mempunyai sebuah program bersyarah setiap tahun dan sekarang ini terlibat dengan projek memulihara
koleksi foto-foto dan menjadikan mereka lebih senang untuk
mengakses bersama orang awam. Sebenarnya, ini adalah hasil peruntukan yang telah diberikan oleh Local Heritage Initiative Fund .
2.9.4 The West Stow Country Park and Anglo-Saxon Village The Anglo-Saxon Village di West Stow telah dijalankan kerja-kerja penggalian
diantara tahun 1965 and 1972 dan Y ayasan West Stow Anglo-Saxon kemudiannya telah memulakan pembinaan semulanya
Village
dari lokasi asalnya dengan
bantuan kewangan daripada St. Edmundsbury Borough Council. Hari ini terdapat lapan bangunan yang dibina semula dan sebuah projek taman kecil dengan dua pusat pelawat ditengah-tengah taman seluas 125 ekar, dengan jarak enam batu ke tenggara Bury St. Edmunds. Pusat pelawat yang berkayu telah dibina dengan peruntukan dari Heritage Lottery Fund 1991. Tingkat bawah merupakan tempat yang paling ramai dikunjungi
oleh pelawat yang menempatkan kolesksi pelbagai penemuan
penemuan Anglo-Saxon. Hasil
ini dikumpulkan bersama dari Moyse’s Hall Museum,
The Suffolk
31 Archaeology Service dan The British Museum dan beberapa koleksi bagi mempamerkan
segala penemuan yang mereka jumpa di tempat penemuan asal. Antara aktiviti dan acara yang dilaksanakan di Anglo-Saxon Village ini ialah dengan memakai pakaian yang sebenar seperti pada waktu zaman tersebut bagi memperlihatkan keadaan sebenar (authentic) pada zaman dahulu. Sememangnya, pameran di The Anglo-Saxon Centre telah memperlihatkan ciri-ciri mengenai orang Inggeris yang tulen dan asli.
Dalam kajian kes-kes ini, pengkaji telah melihat pentingnya jika sesebuah muzium atau galeri itu ingin dimajukan atau dibangunkan, ianya haruslah mendapat sumbangan atau dana daripada mana-mana pihak, jika kekurangan dari segi kewangan. Jadi sekiranya pihak pengurusan KRC kekurangan modal dan kewangan dalam pembinaan dan menguruskan muzium dan galeri , sewajarnya ia meminta sumbangan dari kewangan dari pihak-pihak kerajaan atau swasta dan juga individu-individu yang berminat dengan seni budaya dan warisan bagi membantu pihak KRC dalam memajukan dan menguruskan muzium dan galeri.
2.10
Kajian Kes Terpilih Berkenaan Dengan Pengurusan Warisan di Jepun.
2.10.1 Kurashiki
Kurashiki
merupakan
sebuah
tempat
di
Okayama
merupakan
tempat
pelancongan yang terkenal di Jepun Tengah. Dahulunya, Kurashiki memag terkenal dengan pusat pengilangan dan pengeluaran beras di wilayah Chikogu sehinggakan banyak gudang-gudang beras terdapat di sepanjang terusan. Sekarang, sungguhpun kepesatan pembangunan di kawasan tersebut, gudang-gudang beras yang sudah tidak beroperasi telah dipelihara untuk dijadikan tarikan pelancongan dan ada banyak yang telah diubah menjadi muzium. Salah satunya ialah Muzium Ohara yang merupakan muzium kesenian Barat yang pertama di negara Jepun sehinggakan Kurashiki digelar sebagai “museum town”. Sememangnya, Kurashiki merupakan destinasi kesukaan bagi
32 pelancong berkumpulan dan juga school excursions. Melihat kepada kejayaan mengenai Muzium Ohara, banyak muzium telah dibangunkan di sepanjang terusan Kurashiki. Ini termasuklah sebuah muzium kraftangan purba, muzium kesenian Greco-Roman dan muzium arkeologi yang menyimpan artifaks daripada Negara Peru.
2.10.2 Ise Shi
Ise Shi terletak di tengah Jepun di Selatan Mie. Ianya terkenal dengan kawasan hutan semulajadi disekelilingnya. Lebih kurang 6.5 juta orang melawat Ise Sima setiap tahun. Sebagai pusat hubungan bagi Wilayah Ise Shima, Ise Shi memainkan peranan penting dalam pendidikan, kebudayaan, kebajikan dan industri di wilayah ini. Ise Shi juga terkenal dengan jolokan Jinggu, kini masih kekal dengan wajahnya yang berusia 400 tahun dahulu sebagai
tempat keagamaan yang suci yang mampu menarik
kedatangan pelawat di samping dapat membangunkan peluang-peluang perniagaan di sekitar bandar tersebut. Banyak terdapat bangunan dan perkara-perkara yang dibina dan direka seperti Jambatan Uji ( Uji Bridge) serta menara-menara bagi menjamin keaslian (authentic) tempat tersebut sama seperti yang terdahulu.
2.10.3 Shirakawa Go.
Perkampungan Shirakawa terletak di disempadan antara sempadan Gifudengan Toyama. Pada 1995, satu konferens Jawatankuasa Warisan Sedunia di Berlin, Jerman telah mencalonkan warisan Jepun iaitu Perkampungan Bersejarah Shirakawa Go dan Gokayama mengenai rumah-rumah tradisional yang mengikut gaya Gassho, tersenarai dalam arisan dunia. Ini termasuklah tiga perkampungan iaitu Daerah Ainokura di Taira Mura dan Daerah Suganuma di Kamitaira Mura, kedua-duanya terletak Tonami Gun di Toyama manakala Dearah Ketiga-tiga kampung tersebut adalah
di Higashi
Ogimachi terletak di Shirakawa Mura.
dibawah lindungan peraturan Convention
Concerning the Protection of The World
Culture and Natural Heritage (1972).
33 Jawatankuasa Warisan Dunia telah
mengenalpasti bahawa gaya bumbung yang
berbentuk curam di Bandar Ogi dan Ainokura-Suganuma sebagai contoh bagaimana wujudnya sesuatu gaya hidup yang cemerlang dan fungsi bagi sesuatu
lengkap, mempunyai suasana persekitaran yang masyarakat. Dalam kajian kes-kes tentang
pengurusan warisan di Jepun, pengkaji telah melihat terdapatnya usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak-pihak berkenaan yang mahukan seni warisan dan kebudayaan Jepun ini terus dipertahankan dan dipelihara. Hasil daripada usaha yang bersunguh-sungguh ini, ada sesetengah daripada kawasan-kawasan yang terkenal dengan seni warisan kebudayaan Jepun ini telah di senaraikan sebagai salah satu daripada dibawah lindungan peraturan Convention Concerning the Protection of The World Culture and Natural Heritage (1972. Jadi, dengan adanya usaha-usaha yang
bersungguh-sungguh pihak Pengurusan KRC dan juga dengan adanya mana-mana pihak yang berminat bolehlah membantu pihak KRC ini dalam membangunkan sebuah muzium, galeri dan juga pusat kebudayaan yang unggul di Malaysia umumnya.
2.11
Komponen-komponen Penawaran dalam Industri Pelancongan.
McIntosch, Goeldner dan Ritchie (1995), komponen penawaran pelancongan terdiri daripada empat kategori utama iaitu :
a - Sumber Semulajadi : Ini adalah pengurusan teras bagi pengukuran penawaran. Ini termasuklah elemen-elemen asas seperti udara dan cuaca, bentuk muka bumi, flora dan fauna, pantai, kecantikan kawasan semulajadi dan pantai.
b - Infrastruktur : Kemudahahan infrasturktur ini terdiri daripada sistem bekalan air,sistem kumbahan, saluran gas, sistem komunikasi dan elektrik, sistem pemparitan, pembinaan infrastruktur yang lain seperti lapangan terbang,
34 lebuh raya, jalan raya, tempat letak kereta, marina, hotel, motel, muzium, tempat-tempat hiburan, restoran, kompleks membeli belah, stesen bas, stesen keretapi dan sebagainya.
c - Pengangkutan : Terdiri daripada kapal, keretapi, kapal terbang, bas, limosin, teksi, kereta sewa, tram dan yang berkaitan dengan kemudahan yang boleh digunakan sebagai pengangkutan.
d - Sumber Hospitaliti dan Budaya : Bagi kawasan-kawasan yang kaya dengan sumber kebudayaan, ianya menyenangkan tuan rumah (host ) untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan budaya. Misalnya di Hawaii dengan ucapan aloha menggambarkan bahawa ianya bermaksud bersikap sopan, peramah, keikhlasan, bersedia untuk berkhidmat dan mesra dengan pelancong.
35
KAWASAN PERSEKITARAN DAN SEMULAJADI
PERSEKITARAN YANG DIBINA
KOMPONEN PENAWARAN PELANCONGAN
SEKTOR OPERASI
HOSPITALITI DAN SUMBER KEBUDAYAAN
Rajah 2.6 : Empat Komponen Dalam Penawaran Pelancongan Sumber : Goldner dan Ritchie (2002)
36
Jadual 2.3 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Sesebuah Tarikan Pelancongan
Organisasi Dan
Produk
Pasaran
Sumberjaya
- Pengalaman dalam membangunkan serta menguruskan tarikan
Pengurusan Tarikan
- Pendekatan terhadap idea yang baru - Lokasi - Tarikan on-site
- Pertumbuhan pasaran iaitu mensasarkan pasaran yang mungkin luas
- Pengurus yang profesional dan berpengalaman - Perhatian kepada penyelidikan pasaran
- Sunber kewangan - Pemasaran
- Persekitaran kualiti yang tinggi - Perkhidmatan dan kemudahan pelanggan yang baik - Nilai untuk wang
Sumber
: Swarbrooke (2002)
- Promosi bukan sahaja dalam bentuk brosur dan iklan - Latihan staff - Menerima pentingnya word of mouth
37
Accessibility
Geography Proximity
Peace and Stability
Availabilit of Attraction
DESTINATION
Cultural Links
Affordability Availability of Service
Rajah 2.7 : Faktor-faktor Penarik Yang Mempengaruhi Ke Destinasi Sumber : Weaver dan Lawton (2002)
Menurut Yale (1997) mengatakan, kejayaan bagi sesuatu tarikan itu adalah bergantung kepada empat bahagian : a – aksesibiliti b – masa dibuka c – kemudahan on site : tempat meletak kenderaan, pusat pelancong, papan tanda dan label, kedai, arah panduan, kraftangan, tandas, tong sampah, tempat duduk serta kemudahan bagi orang kurang upaya. d- kemudahan off-site : papan tanda arah masuk, penginapan dan perkhidmatan tempatan-tempatan
38
2.12
Ciri-ciri ( Attributes) Yang Penting Dalam Menjayakan Destinasi Pelancongan Budaya dan Warisan
2.12.1 Produk Yang Ditawarkan
Hasil daripada kajian kes berkenaan dengan Attibutes of Popular Cultural Attractions in Hong Kong, oleh Mckercher, Ho, Du Cros, (2004) mengatakan bahawa
produk pelancongan menjadi popular kerana kemudahsampaian (accesibility) bagi para pengunjung atau pelancong untuk ke destinasi tersebut. Disamping itu juga, susun atur
di persekitaran destinasi juga boleh menjadikan sesuatu destinasi itu popular.
Misalnya dalam kes muzium lama Law Uk yang telah ditukar statusnya dari muzium warisan
kepada muzium kecil. Muzium tersebut yang dikelilingi oleh kawasan
perumahan dan estet perindustrian, menyebabkan pelawat atau pelancong merasakan yang mereka tidakpun dialu-alukan melawat muzium tersebut. Selain itu, tujuan pembinaan tarikan kebudayaan ini juga telah menarik kedatangan pelancong kerana ianya bertujuan bagi meningkatkan pengalaman kualiti yang tinggi. Sebagai contoh, Muzium Sejarah Hong Kong seluas 6000 kaki persegi telah menempatkan 3 buah galeri kekal dan bangunan tambahan dengan yang sementara. Bangunan tambahan ini bertujuan bagi memberi cabaran pengalaman dan amali
kepada para pelawat atau
pelancong.
2.12.2 Pengalaman Pelancong
Mckercher, Ho, Du Cros, (2004), dalam memberi pengalaman kepada pelawat atau pelancong, ia sebenarnya telah memberikan pelawat atau pelancong berasa unik dan relevan dengan apa yang mereka lawati. Dalam tarikan kebudayaan, ianya juga mempersembahkan hiburan disamping pendidikan berbanding dengan persembahan berkonsepkan pendidikan sahaja. Seorang kurator Muzium Sejarah Hong Kong berpendapat tarikan kebudayaan yang popular perlu digabungkan unsur-unsur taman
39 tema dalam rekabentuk mereka, kerana beliau percaya bahawa pengalaman berbentuk hiburan adalah kunci kepada kepopularan bagi muzium tersebut. Disamping itu juga, penggunaan pameran multimedia, persembahan maupun ciri-ciri senibina yang luar biasa boleh menarik pelancong sambil berhibur disamping mendidik mereka.
2.12.3 Promosi dan Pemasaran Dalam Pelancongan
Pemasaran adalah proses pengurusan yang bertanggungjawab untuk mngenalpasti dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan disamping untuk mendpatkan keuntungan. Promosi pula memainkan peranan penting untuk memaklumkan kepada bakal pengunjung tentang sesebuah destinasi pelancongan. pemilihan bentuk promosi serta maklumat yang ingin disampaikan hendaklah bersesuaian dengan segmen pasaran. Bentuk promosi yang biasa digunakan melalui laman web, brosur, word of mouth, pameran dan agensi pelancongan. Cooper, Fletcher, Gilbert, Sheperd dan Winhill (1998), promosi merupakan campuran kepada
aktiviti
komunikasi
yang
mana
persatuan
pelancongan
atau
lembaga
pelancongan beruasaha untu menarik atau mempengaruhi orang awam. Kotler (1996) mendefinisikan pemasaran sebagai proses pengurusan dan sosial yang mana individu atau kumpulan mendapatkan apa yang mereka hajati melalui penciptaan dan pertukaran produk dan nilai-niklai daripada orang lain.
Menurut Bonn dan Brand (1995),
mengatakan bahawa pelancongan dan perjalanan bagi pasaran yang eksekutif secara asalnya menempuhi cabaran yang berkaitan dengan
pengukuran yang tepat bagi
permintaan dan pengenalan kepada potensi pasaran. Menurut Jain (1995), secara amalannya, pemilihan bagi sasaran pasaran merupakan satu kajian yang kompleks dan memerlukan kepada analisis yang kritikal
bagi setiap
demografi dan ciri-ciri gelagat bagi segmen yang berpotensi. Jadi, kerana itu, pemasaran untuk apa-apa jenis produk atau perkhidmatan memerlukan satu pendekatan strategi dan adanya satu cabaran. Buckley dan Papadopoulus (1986), telah mencadangkan bahawa
40 banyak perhatian
perlu
membangunkan strategi
diberikan kepada ciri-ciri pelawat dalam usaha untuk pemasaran
yang rasional. Sebagai contoh, sebuah segmen
pasaran yang jelas harus dikenalpasti dan
dibuat kajian mengenai faktor-faktor
keputusan membeli yang mana ianya lebih penting dalam segmen tersebut. Menurut Netherlands National Tourist Office (1992), permintaan pelancong adalah luas dan tidak terkira banyaknya pilihan untuk segmentasi seperti umur, kelas sosial, fasa pembangunan keluarga, corak perbelanjaan, tujuan kebudayaan atau untuk alam semulajadi, melancong secara persendirian atau berkumpulan, laut, ataupun sesuatu yang menarik minat pelancong untuk melancong. Ini menunjukkan bahawa setiap promosi dan sasaran pasaran
haruslah
bersesuaian dengan apa yang kita hendak
tawarkan samada kepada pelancong atau pelawat. McKercher, Ho dan du Cros (2003), ..........tambahan pula, adalah penting
untuk
mengakses potensi pasaran secara realistik dan responden merasa promosi pelancongan agensi tempatan adalah tidak begitu bagus, jadi Lembaga Pelancongan Hong Kong telah mendesak pengurus aset (kurator) untuk membangunkan aset (bahan pameran) meraka sebagai tarikan pelancongan. Cooper, Fletcher, Gilbert, Sheperd dan Winhill (1998), perancangan merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting bagi pengurusan pemasaran. Ia seharusnya menyediakan satu struktur yang biasa dan fokus kepada aktiviti pengurusan organisasi. Jefferson (1991), menulis bahawa pemasaran adalah berkenaan dengan kajian yang berkaitan asas kepada perancangan organisasi. Pemasaran adalah berkaitan dengan produk, harga, promosi bukan shaja terletak kepada untung semata-mata. Gee, Makens, Choy (1997), terdapat tujuh pendekatan bagi pembangunan pasaran iaitu :
a) mengenalpasti sasaran pasaran b) menentukan faktor motivasi yang boleh merangsangkan pasaan c) membangunkan pelan pemasaran dengan matlamat promosi yang jelas d) membangunkan iklan dengan berfokuskan kepada sasaran pasaran e) menentukan media dan strategi hubungan awam f)
menentukan bajet bagi melaksanakan pelan pemasaran
41 g) Membangunkan satu sistem untuk menilai akan keberkesanan pelan pemasaran dan pulangan pelaburan pasaran.
2.12.4 Keselamatan Pelancong
Inskeep (1991), tingkat keselamatan awam sangat diperlukan sebagai prasyarat untuk
pelancongan. kemudahan dan perkhidmatan keselamatan awam
yang perlu
dipertimbangkan termasuk kebolehpercayaan, keberkesanan dan kejujuran
pasukan
polis di sesuatu kawasan pelancongan. Trigg (1996), aspek kesihatan dan keselamatan merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah organisasi pelancongan. Ini kerana, kegagalan bertindak terhadap mangsa yang tercedera boleh menyebabkan sesebuah organisasi pelancongan itu ditutup.Tarlow dan Muehsam (1992) berkata jenayah ke atas para pelancong telah
menerima perhatian antarabangsa dan ianya telah meletakkan
perasaan takut para pelancong untuk mengembara secara selamat. Secara sosiologinya, kami telah membahagikan
dua bentuk jenayah terhadap para
pelancong iaitu : a) jenayah yang dirancangkan oleh pengganas seperti rampsan kapal terbang b) peluang-peluang jenayah yang berlaku seperti New York, Washington DC dan Florida.
Katz (1992) mengatakan dalam kes-kes terdahulu, jenayah berlaku tanpa mengenal mangsa yang mana jenayah ini boleh memberikan kepuasan psikologi, seksual dan ekonomi.
2.12.5 Infrastruktur di Sesebuah Destinasi
Menurut Heraty (1989), infrastruktur yang mencukupi memang penting untuk kejayaan pembangunan dan menjadi faktor kritis di negara dan wilayah kurang maju yang biasanya mempunyai infrastruktur yang terbatas. Inskeep (1991), mengatakan bahawa, kemudahan dan perkhidmatan pengangkutan, bekalan air, kuasa elektrik, kumbahan dan pembuangan sisa pepejal, saliran dan telekomunikasi kesemuanya
42 komponen dalam infrastruktur yang lazimnya diperlukan untuk pelbagai peringkat pembangunan pelancongan. Cooper, Fletcher, Gilbert, Sheperd dan Winhill (1998), infrastruktur merupakan semua bentuk semua persepaduan yang menjadi asas kepada aktivti pelancongan di sesuatu kawasan. Infrastruktur yang mencukupi penting bagi sesebuah destinasi. Ianya adalah dalam bentuk pengangkutan, kemudahan, dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Law (1998), menegaskan bahawa kepentingan bagi infrastruktur dan kebolehsampaian bila sesebuah hotel dibina adalah untuk memberi kemudahan spesifik misalnya untuk pemeran dan konferens, ianya
kepada pasaran yang
memerlukan hotel yang
berdekatan dengan tempat pameran dan juga pusat konferens tersebut. Page (1995), mengatakan bahawa kemudahan pelancong di kawasan pelancongan bandar terdiri daripada penginapan, katering, membeli-belah dan
elemen-elemen
tambahan. Gee, Makens, Choy (1997), dalam sesebuah destinasi pelancongan moden, ianya memerlukan sokongan perkhidmatan sokongan seperti keperluan terhadap keselamatan perlindungan polis, bomba, sanitasi, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang boleh memberi kesenangan kepada para pelancong. Ini termasuklah juga adanya perkhidmatan pertukaran matawang, dobi, perkhidmatan pos dan sebagainya.
2.12.6 Pengurusan Dalam Pelancongan
Trigg (1996), terdapat banyak faktor yang mempengaruhi struktur oraganisasi yang mana ianya akan memberi kesan kepada struktur organisasi dan melalui gaya pengurusan, ianya akan mempengaruhi proses sesebuah organisasi. Faktor-faktor ini termasuklah faktor dalaman yang terdiri daripada saiz , lokasi, produk semulajadi, gaya pengurusan. Bagi faktor luaran pula terdiri daripada pemilikan, persaingan, pasaran teknologi dan polisi kerajaan. Gee, Makens, Choy (1997) mengatakan dalam industri pelancongan, bagi memastikan sesebuah destinasi itu berjaya, ianya mestilah menyediakan pekerja yang berkelayakan dalam industri. Ini menunjukkan bahawa, bagi setiap organisasi ataupun syarikat, hendaklah mengambil pekerja yang berkualiti dan
43 berkebolehan dalam membuat kerja . Ini bagi memastikan yang mereka boleh membuat kerja. Le Pelley dan Laws (1995) dalam Law (1997) mengatakan bahawa mengawal kualiti dan berkonsisten dalam output sistem bergantung kepada keberkesanan saluran maklumbalas diantara pemantauan dan sub-sistem membuat keputusan bagi sesebuah destinasi. Fungsi-fungsi ini adalah berdasarkan kepada kajian pasaran bagi memahami tanggapan terhadap pelawat dan teknik untuk menilai kesan pelancongan. Cooper, Fletcher, Gilbert dan Wanhill (1998) berkata terdapat empat alasan utama yang mengambil kira dalam pertumbuhan pengurusan berkualiti. Ini adalah seperti :
a) Sesebuah organisasi perlulah mencari cara-cara memiliki tahap perkhidmatan yang lebih baik berbanding dengan pesaing-pesaing mereka. b) Peningkatan tahap kepenggunaan dan kepekaan media terhadap kualiti telah menyebabkan sesebuah organisasi telah lebih bertanggungjawab terhadap isu-isu kualiti. Pengguna kini lebih lebih peka dengan perkhidmatan buruk yang diberikan kepada mereka c) Terdapat pertumbuhan dalam kepuasan pasaran pengguna dengan perletakan harga serta strategi penghantaran perkhidmatan yang menjadi semakin penting Lebih banyak penggunaan teknologi dalam memantapkan kualiti. Teknologi boleh membantu dengan meningatkan tahap keselesaan seperti tiket bermesin, vendor machine ataupun digunakan bagi mengemaskini maklumat terhadap produk atau
perkhidmatan.
Disini dapat kita lihat bahawa, untuk menjayakan sesuatu pembangunan ditempat tarikan pelancongan, pihak pengurusan mestilah mengambil pekerja-pekerja yang berkebolehan dan sekurang-kurang ada pendidikan demi menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan.
44
2.13
Ciri-ciri ( Attributes) Yang Menjadi Daya Penarik Pelancong Ke KRC
Pengkaji telah membuat penilaian ke atas aspek-aspek yang menjadi daya penarik atau yang mendorong pelawat atau pelancong melawat ke KRC sebagai sebuah destinasi pelancongan kebudayaan dan warisan dan sekali gus dapat memangkinkan kepada kewujudan pelancongan pendidikan.
Pengalaman pelancong
Keaslian bahan pameran
Persembahan yang menghiburkan
Kebersihan
Kualiti perkhidmatan
Susun atur bahan yang menarik dan kemas
Kemudahan tempat tinggal
Keselamatan
Kemudahan makan & minum
TARIKAN KE KANDIS RESOURCE CENTRE
Persekitaran yang menarik
Kepelbagaian aktiviti dan persembahan
Rajah 2.8 : Daya Tarikan Pelancong Ke KRC Sumber : Olahan Pengkaji 2007
Pengangkutan
Infrastruktur & ameniti
Berdekatan dengan tarikan pelancong
BAB III
KAWASAN KAJIAN
3.1
Pengenalan
Dalam bab 3 ini akan memperlihatkan senario tentang industri pelancongan di Negeri Kelantan secara amnya dan juga mengenai profil kawasan kajian iaitu Kandis Resource Centre. Bagi kajian tentang Kandis Resource Centre, ianya berkaitan dengan lokasi kawasan kajian, latar belakang kawasan kajian, objektif penubuhan KRC, aktivitiaktiviti KRC yang telah lepas dan cadangan program yang akan ditawarkan di KRC.
46
Kandis Resource Centre
Rajah 3.1 : Peta Negeri Kelantan - Menunjukkan Lokasi Kandis Resource Centre
47
Jadual 3.1 : Ketibaan Pelancongan Domestik dan Antarabangsa Ke Kelantan
Bilangan Pelancong Tahun
Tempatan
Antarabangsa
Jumlah
2006*
6,018,311
643,160
6,661,471
2005*
5,922,369
599,963
6,522,332
2004
4,266,286
590,964
6,407,462
2003
3,960,000
561,572
4,521,000
2002
3,514,674
610,531
4,125,205
2001
2,830,625
650,531
3,480,901
2000
2,235,024
527,969
2,762,993
1999
2,124,150
407,767
2,531,917
1998
2,203,840
426,598
2,630,438
1997
1,886,508
384,005
2,270,513
1996
1,668,155
357,797
2,025,952
1995
1,209,170
391,873
1,601,043
1994
1,025,799
284,525
1,310,324
* Unjuran Ketibaan Pelancong Ke Kelantan Sumber : Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan 2005
3.2
Pelan Induk Seni Budaya Kelantan Tahun Depan
Utusan Malaysia (2006), “ Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan mewujudkan Pelan Induk Seni Budaya Kelantan mulai tahun depan bagi menyuburkan seni budaya warisan di negeri ini yang agak malap sejak lebih sedekad lalu. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pelan induk terbabit merangkumi semua aspek termasuk muzi, nyanyian, seni lukis, dan amalan-amalan lama masyarakat Melayu di negeri yang dianggap lubuk budaya. Katanya, ia akan melibatkan perancangan kegiatan, pengasuhan bakat, bantuan kewangan dan prasana di samping pendedahan di peringkat negara dan antarabangsa.
48
Kelantan akan dipusatkan sebagai negeri lingkungan seni budaya yang khusus untuk dimajukan pada tahun depan dan keunikan tradisinya akan diketengahkan ke persada antarabangsa. Menurut Rais lagi, antara kandungan pelan induk tersebut ialah mewujudkan skim tajaan dalam bentuk kewangan bagi memajukan seni budaya di setiap kawasan parlimen di negeri ini. Penggiat seni budaya yang hidup dalam kesusahan akan menerima bantaun di bawah Skim Belaan Hidup Seniman yang telah diluluskan kabinet baru-baru ini. Menurut beliau juga, KeKKWa akan membawa beberapa artifak seni budaya dari Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur ke London dan Paris pada tahun hadapan untuk diserlahkan ke persada antarabangsa.
49
3.3
Lokasi Kawasan Kajian
Kandis Resource Centre terletak di atas tanah seluas 6 ekar yang berhampiran dengan pantai di Kampung Kandis Bachok. Jarak dari KRC ke Bandar Bachok ialah 15 KM dan dari Kota Bahru ialah 30 KM. Kandis Resource Centre juga terletak ditengahtengah perjalanan antara Bandar Bachok dengan Tok Bali, yang hanya jaraknya lebih kurang 6 KM dari Tok Bali. Kedudukan Kandis Resource Centre yang berhampiran dengan pantai Kandis juga telah memberi satu peluang keemasan untuk mempromosi dan mempergiatan lagi konsep dan program benbentuk pendidikan yang akan dicadangkan dalam jangka masa panjang. Alamat Kandis Resource ialah Lot 225, Kampung Kandis, Telong, 16310, Bachok Kelantan.
Pintu masuk ke Kandis Resource Centre
50
3.4
Di
Latar Belakang Kawasan Kajian
Kelantan,
terdapat
sebuah
pusat
kebudayaan Melayu yang bertujuan untuk menjaga dan memelihara seni ukir budaya Melayu iaitu Kandis Resource Centre (KRC) yang didirikan di Kandis Bachok Kelantan. KRC yang ditubuhkan pada tahun 2000, sememangnya
mempunyai
keunikan
tersendiri. Keunikan ini kerana penubuhannya adalah yang pertama di Kelantan yang menawarkan sebuah institusi sebagai rujukan terhadap kesenian, kraf dan seni ukir kayu Melayu. Datin Waveney Jenkins seorang aktif
dalam
Badan Warisan
Malaysia, seorang pengarca dan pelukis telah diberi
mandat untuk menerajui projek yang sedang dirancang oleh KRC setelah beliau yakin dan percaya dengan ilmu dan kebolehan dalam seni ukir Melayu yang berasaskan Langkasuka oleh Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein dan Saudara Norhaiza Nordin.
Projek pembinaan sebuah muzium dan galeri oleh KRC yang sedang dalam proses pembinaan sekarang
akan
mempamerkan
segala hasil seni, kraf, seni ukir Melayu dan juga disediakan bengkel pendidikan seni, bengkel tempat mengukir kayu dan tempat bagi demonstrasi bagi para pengunjung dan pelancong yang datang ke KRC. Bagi jangka masa panjang, KRC akan mengembangkan aktiviti program dengan membina sebuah akademi yang bertujuan untuk mengajar para belia dan juga mereka yang berminat dalam seni ukir kayu
serta yang berkaitan dengan kraf
Melayu
khususnya seni
Langkasuka bagi menjamin agar seni Melayu tidak pupus ditelan zaman. Pusat ini menawarkan berbagai pakej lawatan, kemudahan, aktiviiti dan khidmat bagi semua
51
peringkat dan lapisan masyarakat dari peringkat sekolah , institusi pengajian tinggi dan ilmuan, golongan seniman, tukang, pengkaji dan peminat seni.
3.4.1
Objektif Penubuhan Kandis Resource Centre
a)
Untuk menjadi pusat bagi rujukan dalam bidang kesenian dan kaftangan bagi kebudayaan Melayu tetapi khusus dalam seni ukir Melayu
b)
Untuk memupuk kesedaran dan mendidik penduduk tempatan, terutama golongan muda tentang kepentingan dan faedah terhadap kesenian yang mana ianya memberi imej dan identiti budaya Malaysia
c)
Untuk menyediakan sebuah pusat pengenalan dan penghargaan terhadap pengetahuan di seluruh dunia
d)
Untuk menjadi pusat
perkembangan pada masa hadapan bagi kesenian dan
rekabentuk kraf Melayu yang berkonsepkan Langkasuka e)
Untuk menjadi sebuah pusat bagi para tukang seni dan tukang kraftangan untuk bertemu dalam usaha untuk meningkatkan dan memperbaiki produk yang dihasilkan bagi pasaran antarabangsa
f)
Untuk menjalankan kursus bagi para penyelidik, pelajar lepasan ijazah dan peringkat universiti dlam membuat kajian terhadap semua aspek seperti reka bentuk Melayu, senibina tradisional dan lanskap.
g)
Untuk melatih generasi muda bagi memastikan pemeliharaan kesenian tradisional ini
52
3.5 Aktivti-aktiviti KRC Yang Telah Lepas
Kandis Resource Centre telah memulakan aktivitinya dengan pameran projek Kayu dan Semangat
dan
kemudian
diikuti
dengan
penerbitan buku yang bertajuk Spirit of Wood. Kedua-dua koleksinya
projek tersebut telah diadakan bertempat
di
Badan
Warisan
Malaysia, Kuala Lumpur bermula 18 Ogos – 16 September 2000. Pameran ini telah dilancar dan disempurnakan oleh DYMM Seri paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu Tuanku Siti Aisyah. Kemudian DYMM Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mencemar duli bagi melancarkan buku tersebut pada 22 September 2003.
Sebuah buku terbitannya iaitu The Spirit of Wood and The Art of Malay Woodcarving, telah membuktikan bahawa KRC ini memang
bersungguh-sungguh
untuk
menjadi
sebagai
sebuah
pusat
kebudayaan Melayu iaitu dengan menubuhkan muzium dan galeri seni yang berkonsepkan Langkasuka yang unggul dan terkenal bagi kesenian, kraf dan seni ukir kayu Melayu yang utama di Kelantan.
Pameran seterusnya telah diadakan di Muzium Tamadun Asia, Empress Place di Singapura. Bermula 5 Sepetember – 30 Nevember 2003 yang mana upacara ini telah dirasmikan dengan
rasminya
oleh
Pesuruhjaya
Tinggi
Malaysia di Singapura iaitu Dato’ Parameswaran. Galeri Berunei, Sekolah Pengajian Timur dan Afrika, di Universiti London telah menjadi tempat seterusnya dalam pameran yang mana ianya telah diadakan pada 20 Januari – 19 Mac 2004 dan
53
ianya telah dirasmikan dengan rasminya oleh Yang Berusaha Dato’ Abdul Aziz Mohamad Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.
Pameran kemudiannya juga telah diadakan di Galeri 2, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia di Kuala Lumpur pada 16 Mei – 17 Julai 2005 yang mana DYMM Sultan Selangor Tuanku
Sharafuddin
melancarkan
dengan
Idris
Shah,
rasminya
telah
pameran
tersebut.
Kali terakhir pada tahun 2005, sekali lagi satu pameran berkenaan dengan kesenian ukiran kayu telah diadakan di Muzium Negeri Terengganu, Losong Terengganu yang mana ianya telah dirasmikan
dengan
rasminya
oleh
Yang
Berhormat Datuk Haji Din Adam. Sememangnya, kesemua pameran yang telah diadakan menemui kejayaan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
3.6 Cadangan Program-program Yang Ditawarkan Di KRC
Bersempena dengan sebuah muzium dan galeri seni yag dalam proses pembinaan Sekarang, KRC telah mencadang beberapa cadangan program yang akan diketengahkan bagi merealisasikan pelancongan pendidikannya. Namun, pendekatan bagi pemahaman terhadap seni ukir Melayu telah mencipta minat yang mendalam daripada instusi dalam
54
dan luar negara. Antara program-program yang telah dirancangkan adalah bertemakan kepada :
3.6.1
Pelancongan Pendidikan (Educational Tourism)
Dalam konsep pelancongan pendidikan yang ditekankan ialah lawatan ke muzium dan galeri seni. Terdapat juga bengkel, stor menyimpan kayu, perpustakaan dan pusat sumber, galeri seni dan muzium dan akademi dalam menjayakan konsep pelancongan pendidikan ini. Apa yang pelawat atau pelancong akan dapat ialah pengalaman pelancong ( tourist experience) iaitu dengan melihat sendiri s eni ukir kayu diukir. Terdapat tiga buah rumah berbentuk muziu m yang dibina daripada kayu cengal, yang mana rumah-rumah ini adalah tinggalan daripada Allayarham Nik Rashiddin yang mana di dalam rumah ini menyimpa n segala hasil seni karya serta artifaks seni ukir Melayu allahyarham. Disamping itu juga, lawatan berpandu ( guided tours) akan diberikan untuk meningkatkan lagi ke fahaman, kesedaran dan rasa minat terhadap bahan pameran yang ditayangkan. Syarahan terhadap ukir kayu akan diberikan atas permintaan. Terdapat juga pelajar peringkat ijazah yang berminat dalam program ini akan didedahkan dengan ilmu-ilmu yang berkaitan deng an projek dan pengajian mereka, jadi penerangan dan topik-topik yang akan diberikan adalah berkisarkan kepada :
a)
ukiran dalam artifaks Melayu
b)
motif asal mengukir
c)
falsafah dan seni ukir keris Melayu
d)
reka bentuk pintu gerbang dan sebagainya
e)
ukiran seni rumah Melayu tradisional
f)
skala dan nisbah dalam ukiran kayu
g)
rekabentuk pusaran dan geometri dalam mengukir
55
h)
mengukir kayu dalam rekabentuk dalaman
i)
mengukir kayu dalam lanskap
Seni ukir Melayu Langkasuka
Rehal (Qur'an rest),Pattani,Kurun awal ke 19
Pihak Pengurusan KRC juga berpendapat menggalakkan lagi lawatan dan kunjungan para pelajar sekolah yang berminat dalam seni ukir kayu Melayu. Program-program
56
dirancangkan untuk menarik mereka agar mereka tidak merasa bosan sewaktu lawatan ke KRC. Ini termasuklah mengadakan pertandingan tradisional Melayu seperti congkak, layang-layang, gasing dan permainan-permainan tradisional yang dinamik serta menarik perhatian. Antara kesenian dan aktiviti kraf yang boleh dipromosi dan dimasukkan ialah:
a)
pengalaman yang melibatkan sumber alam semulajadi seperti pasir, air, angin dan api. Contoh-contoh projek yang boleh ditonjolkan ialah membina istana pasir, rekabentuk yang berbunyi serta membuat tanglung
b)
kraftangan daripada kulit kayu, batang atau ranting, dedaun, bunga dan juga bijibiji. Daripada bahan-bahan ini dapat direkabentuk seperti kad-kad, buku penanda, bingkai gambar, tempat letak pensil dan bekas serbaguna.
c)
kraftangan daripada bahan-bahan dari sumber pantai dan laut termasuklah kulit kerang, siput, tempurung kelapa, tali-temali. Semuanya ini dapat dijadikan kotak barang perhiasan, reka bentuk bunga yang kreatif dan hiasan dalaman.
d)
kraftangan yang diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula seperti kertas, plastik,tin, botol dan kain. Ini boleh dijadikan reka bentuk bunga, topeng, alat-alat muzik, model-model rumah bot dan alat permainan.
e)
Kraftangan daripada daun pandan, daun kelapa, mengkuang, daun baru, daun getah dan daun pisang yang boleh dijadikan seruling, bakul, tikar, tali dan objekobjek muzikal
f)
Objek-objek daripada blok kayu lembut untuk dibuat rehal dan gayong, objek daripada buluh boleh dibuat wau dan akhir sekali objek daripada kelapa boleh dijadikan key chain, tempat bekas, serta reka bentuk bunga-bunga.
57 Ringkasan Program dan Aktiviti Pelancongan Pendidikan di Kandis Resource Centre
Jadual 3.2 : Program dan Aktiviti Pelancongan Pendidikan Di Kandis Resource Centre
- pameran dan lawatan Galeri Seni
- profil KRC dan biografi - portfolio - hasil seni dan lakaran Nik Rashiddin
- pameran dan lawatan Muzium Seni
- artifak rujukan rekabentuk Melayu - rekabentuk motif Langkasuka
- data dan dokumentasi Perpustakaan & Pusat
- buku, jurnal, manuskrip, gambar foto seni Melayu
Sumber
- audio visual dan multimedia - lawatan dan kajian Nik Rashiddin
Bengkel dan stor
- simpanan bahan kayu - alat memproses dan mengukir kayu
58
Kulit-kulit siput yang boleh dijadikan hiasan
Reka bentuk bunga yang kreatif dari ssumber pantai dan laut
3.6.2
Daun dan bahan dari kelapa sesuai dijadikan hiasan dan bekas barang
Kraftangan daripada bahan-bahan
Pakej Senibina ( Architectural Package)
Artifak yang terbesar di KRC ialah sebuah rumah lama berkonsepkan rumah Terengganu yang berusia 180 tahun yang mana ianya disesuaikan dan digunakan sebagai bangunan muzium. Dalam program senibina di KRC ialah berbentuk syarahan terhadap rekebentuk konsep, ruang, struktur, pembinaan dan ciri-ciri mendalam bangunan tradisional ini dan bangunan-bangunan lain yang mempunyai ciri-ciri tradisional.
59
Antara topik-topik senibina yang disentuh ialah :
a)
sambungan sendi rumah dan pembinaan
b)
rekabentuk artifak Melayu iaitu pendekatan dan konsep seorang pengukir kayu
c)
ciri-ciri senibina tradisional Melayu
d)
pembahagaian dan skala kepingan kayu seperti kembong dan janda berhias
e)
komposisi reka bentuk kepingan kayu dan bukaan muka depan senibina tradisional
f)
reka bentuk konsep artifaks Melayu, motif Langkasuka dan rekabentuk seni Langkasuka.
g)
mengukir tradisional senibina Melayu
h)
skala dan nisbah dalam senibina tradisional
i)
rekabentuk lanskap dan hiasan dalam berkonsepkan kayu
Bagi progam seni bina ini, ianya memerlukan kepada satu hingga tiga hari syarahan untuk mendapatkan hasil terbaik seperti sesi pembelajaran studio dan juga pembelajaran diluar studio untuk merangsang dan memotivasikan pelajar dalam usaha untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik.
Seni hiasan berkonsepkan ukiran seni kayu Melayu Langkasuka
60 Ringkasan Program dan Aktiviti Senibina di Kandis Resource Centre
Jadual 3.3 : Program dan Aktiviti Senibina Di Kandis Resource Centre
Lawatan dan kuliah
- rumah Terengganu (180 tahun) - rumah ibu (tiang 12) - balai tengah (tiang 9) - rumah bujang (tiang 6) - rumah Nik Rashiddin - rumah asal (1995-2003) - rumah dapur (2007) - galeri seni dan pusta sumber (2007)
Pembelajaran terhadap senibina berasaskan kepada seni ukir Melayu dan Langkasuka
61
3.6.3 Pakej Lanskap ( Landscape Package)
Tujuan pakej ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memperlihatkan akan rekabentuk lanskap dan taman masyarakat Melayu. Terdapat banyak konsep lanskap bercirikan Cina, Jepun, Inggeris malah Bali tidak terkecuali. Jadi pihak pengurusan KRC cuba untuk mengetengahkan reka bentuk lanskap berunsurkan kemelayuan. Jadi ciri-ciri lanskap Melayu yang cuba ditonjolkan adalah berteraskan kepada susun atur tanaman yang ditanam dihadapan rumah, jenis-jenis tanaman herba yang ditanam serta bungabunga yang ditanam. Misalnya di hadapan kerkarangan rumah orang Melayu ditanam pokok bunga melor, binga cina, bunga raya, jambu penawar serta pelbagai jenis bunga lagi.
Contoh lanskap diperkarangan rumah Melayu
62 Ringkasan Program dan Aktiviti Lanskap di Kandis Resource Centre
Jadual 3.4 : Program dan Aktiviti Lanskap di Kandis Resource Centre
Pertunjukkan
konsep
bagi - jenis penanaman bunga melor, bakawali, kemuning
laman Melayu dan laman hadapan
dan sebagainya - konsep dan rekabentuk pintu gerbang
Pertunjukkan konsep laman - jenis pohon teduhan, pohon buah dan tumbuhsekitar
tumbuhan gunaan - rekabentuk pagar dan telaga dan sebagainya
Pertunjukkan konsep laman - penanaman herba dan perubatan dapur
- penanaman sirih, serai wangi, cekur, kunyit - penanaman sayur seperti sawi, lada, kacang panjang, - kebun buah seperti sentul, belimbing, jambu air dan sebagainya
63
3.6.4 Pakej Persekitaran ( Environmental Package)
Pakej ini Kandis Resource Centre terletak di di kawasan yang strategik iaitu di pesisir pantai di antara Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Ianya juga berhampiran dengan kawasan memancing Tok Bali iaitu cuma 6 KM sahaja dimana tarikan-tarikan dan destinasi pelancongan popular yang terdapat disekitar KRC ialah seperti terdapatnya sebuah pusat memancing antarabangsa di Pelabuhan Tok Bali. Di samping itu juga, untuk ke Pulau Perhentian, pelancong boleh menggunakan jeti Tok Bali untuk ke sana. Ini merupakan satu kelebihan kepada Kandis Resouce Centre iaitu di mana pelancong boleh singgah sekejap di sini sebelum pergi ke Pulau Perhentian. Berdekatan dengan Kampung Kandis ialah Pantai Malawi yang terkenal dengan aktiviti pantai dan destinasi percutian, jadi pelbagai resort dan chalet telah didirikan di sepanjang Pantai Malawi dan sekitar Kampung Kandis itu sendiri. Pelbagai kemudahan dibina berdekatan dengan kawasan resort dan chalet seperti restoran, gerai makanan, kedai cenderahati serta kemudahan bagi tujuan rekreasi dan percutian. Memandangkan
Kandis Resource Centre ini berdekatan dengan pantai, banyaklah
aktiviti dapat dilakukan dan ini secara tidak langsung dapat menjadi tarikan pelancongan untuk pelancong berkunjung ke sini.
64
Ringkasan Program dan Aktiviti Alam Sekitar di Kandis Resource Centre
Jadual 3.5 : Program dan Aktivti Alam Sekitar di Kandis Resource Centre
Aktiviti Laut dan Pantai
- percutian di Pulau Perhentian - Pelabuhan dan jeti Tok Bali
PROGRAM ALAM SEKITAR
Aktiviti Kampung
- memukat ikan dan ketam
Nelayan
- membuat ikan kering dan belacan
Aktiviti Daratan
- memproses kelapa, menanam sayur, ubi keledek dan tembikai
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1
Pengenalan
Tujuan bab ini adalah untuk menganalisis data bab ini akan melaporkan hasil temubual dengan Pengarah Kandis Resouce Centre (KRC) sendiri. Agensi atau organisasi kerajaan yang terlibat pula ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan (JKKWK), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan (PKKMK), Majlis Tindakan pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK), Pusat Penerangan Pelancong Kelantan (TIC) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) serta Bahagian Pembangunan Majlis Daerah Bachok (MDB). Bagi NGO yang terlibat pula ialah Badan Warisan Malaysia (BWM) dan resort-resort yang berdekatan atau di sekitar Kampung Kandis serta penduduk setempat di sekitar Kampung Kandis khususnya berdekatan dengan KRC. Tujuan diadakan temubual dengan pihak-pihak tersebut adalah untuk mendapatkan pendapat mengenai potensi KRC untuk berkembang dalam pelancongan budaya dan warisan dan seterusnya dapat memberi implikasi dalam pelancongan pendidikan. Antara
66 tema-tema
yang
ditemubual
produk
yang
ditawarkan,
pengalaman
pelancong,
kepimpinan, infrastruktur dan pengurusan tarikan, pemasaran dan sumberjaya.
Jadual 4.1 : Tema Temubual Dengan Responden
TEMA TEMBUAL
PRODUK YANG DITAWARKAN
KUPASAN ISU
•
Konsep dan imej KRC
•
Program atau pakej pelancongan yang ditawarkan
•
Jenis
bahan
pameran
yang
dipamerkan
PENGALAMAN PELANCONG
•
Konsep Pelancongan Pendidikan
•
Pertunjukkan demonstrasi
•
Keaslian
artifak
dan
bahan
pameran •
Value for money
•
Senibina dan lanskap
•
Hubungan
KEPIMPINAN
dengan
Agensi
badan kerajaan •
Hubungan dengan NGO
•
Hubungan dengan badan swasta dan orang perseorangan
INFRASTRUKTUR
/
•
Lokasi
•
Kemudahan pelawat
•
Keselamatan
67
PENGURUSAN TARIKAN
PEMASARAN
SUMBERJAYA
•
Pengangkutan
•
Penginapan
•
Sistem pengurusan di lokasi
•
Latihan kakitangan
•
Kebersihan
•
Bentuk pemasaran
•
Sasaran pengunjung
•
Unjuran kedatangan pengunjung
•
Keadaan persekitaran
•
Jarak dengan tarikan lain
4.2
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Produk Yang Ditawarkan
4.2.1
Konsep dan Imej Kandis Resource Centre (KRC)
Menurut Pengarah KRC : “Konsep yang cuba diperkenalkannya ialah mengenai kesenian dan warisan Melayu yang bermotifkan kepada seni Langkasuka. Adalah menjadi harapan Pengarah KRC untuk menjadikan KRC ini sebagai tempat atau institusi rujukan bagi kesenian, kraf dan seni ukir Melayu yang terunggul dan terkenal khasnya di Negeri Kelantan. Disamping itu juga, matlamat KRC ialah mengukuhkan lagi
68 dari segi minat, dialog, kesefahaman bagi kesenian ukiran kayu Melayu dikalangan pelawat atau pelancong yang mengunjungi KRC yang terdiri daripada pelajar, penyelidik, tukang, dan peminat seni. Sejak tahun 70an lagi ramai pelajar, penyelidik dan pelawat samada dalam dan luar negara datang melawat ke negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu untuk melihat kesenian, kraf
dan kebudayaan daripada penduduk tempatan. Atas
dasar inilah Allahyarham Nik Rashiddin berpendapat bahawa perlunya di bangunkan sebuah pusat bagi para seniman, pengusaha kraftangan, para penyelidik dan pencinta seni berkumpul sambil bertukar-tukar pandangan dan maklumat demi menjaga budaya dan warisan Melayu”.
Bagi JKKN : “Konsep dan imej kebudayaan dan warisan Melayu yang cuba ditonjolkan oleh mana-mana badan atau organisasi haruslah mengikut kesesuaian dan keasliannya. Ini adalah untuk memastikan bahawa setiap dari apa yang ingin ditonjolkan itu akan akan memberikan satu kesan samada yang positif atau negatif”.
Menurut JKKWK pula : “Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu ataupun mana-mana sukarelawan untuk memastikan agar budaya dan seni warisan Melayu tidak pupus teruutama di Negeri Kelantan. Jadi, kalau dilihat imej yang cuba dipertonton atau diketengahkan oleh KRC iaitu sebagai pusat bagi kebudayaan dan kesenian Melayu adalah amat dialu-alukan”.
69 Bagi PKKMK : “Apa yang cuba diperkenalkan oleh KRC adalah satu langkah bijak dalam usaha untuk memelihara dan menjadi warisan seni kraftangan Melayu. Ini kerana pada hari ini, kurangnya pendedahan kepada seni kraftangan yang bercirikan kemelayuan dan kurangnya golongan muda untuk berkecimpung bagi mengusahakan seni kraftangan”
Menurut TIC : “Langkah yang cuba diperkenal dan dilakukan oleh KRC adalah amat baik sekali. Ini kerana melalui konsep dan imej yang bercirikan seni ukir dan kraftangan Melayu adalah termasuk dalam pelancongan kebudayaan dan warisan. Jadi secara tidak langsung, ianya akan merancakkan lagi kedatangan pelancong antarabangsa dan domestik ke Negeri Kelantan amnya”.
Bagi BWM : “Konsep dan imej yang ingin ditonjolkan oleh KRC adalah amat baik sekali kerana ianya dapat memberikan imej terhadap warisan Melayu yang mungkin akan pupus sekiranya langkah atau tiada organisasi atau orang perseorangan yang berminat untuk memelihara dan memulihara warisan kesenian Melayu”.
Bagi penduduk setempat : “Adalah amat baik sekali dengan adanya penubuhan KRC yang berkonsepkan kepada seniukir kayu Melayu dalam memberikan imej Melayu yang begitu kaya dengan seni budaya dan warisannya”.
70 4.2.2
Program Atau Pakej Pelancongan Yang Di Tawarkan
Menurut Pengarah KRC : “Terdapat empat program yang cuba diperkenalkan oleh KRC dalam usaha untuk program pendidikan ialah lawatan ke muzium dan galeri seni. Terdapat juga bengkel, stor menyimpan kayu, perpustakaan dan pusat sumber yang boleh dilawati oleh pelawat. Disamping itu juga, lawatan berpandu (guided tours) akan diberikan untuk meningkatkan lagi kefahaman, kesedaran dan rasa minat terhadap bahan pameran yang ditayangkan dan syarahan terhadap ukir kayu akan diberikan atas permintaan daripada pengunjung atau pelawat tadi. Selain itu, program seni bina turut diperkenalkan oleh KRC. Dalam program ini, ianya memperlihatkan kepada senibina bangunan KRC dan juga berbentuk syarahan mengenai senibina di KRC. Pakej yang berikutnya ialah program lanskap, iaitu untuk memperkenalkan dan
memperlihatkan akan rekabentuk
lanskap dan taman masyarakat Melayu yang berteraskan kepada susun atur tanaman yang ditanam dihadapan rumah, jenis-jenis tanaman herba yang ditanam serta bunga-bunga yang ditanam. Dan akhir sekali ialah program persekitaran yang melibatkan kepada aktiviti pantai dan laut, perkampungan nelayan serta daratan. Secara tidak langsung, ini menjadikan KRC ini sebagai destinasi pelancongan pendidikan.”
Menurut PKKMK : “Apa yang menarik ialah pakej-pakej ini ditawarkan mengikut keperluan. Kalau dilihat, dari sudut kraftangan iaitu dalam pakej pendidikan, ianya menghasilkan satu kraftangan seperti membuat bakul, seni ukir kayu dan sebagainya”.
71 Bagi TIC : “Yang terdapat dalam pelancongan pendidikan kerana ianya mendedahkan kepada pelajar mengenai empat pakej yang sememangnya dapat memberikan pendedahan yang baru kepada para pelancong samada antarabangsa dan juga domestik”
Bagi JPNK : “Pakej-pakej yang ditawarkan oleh KRC adalah amat baik sekali terutama kepada golongan remaja dan juga pelajar sekolah. Ini terutama sekali melalui program pendidikan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi minda dan pemikiran pelajar terhadap pembelajaran”.
Menurut pengusaha-pengusaha resort : “Melalui pakej-pakej yang diperkenalkan oleh KRC, secara tidak langsung akan melibatkan resort-resort yang berdekatan dengan KRC. Ini kerana, melalui aktiviti-aktiviit
yang mungkin dilaksnakan oleh KRC akan turut melibatkan
resort-resort dan juga perkhidmatan yang disediakan disitu”.
Bagi penduduk setempat : “Mereka mungkin juga dapat terlibat secara tidak langsung daripada aktiviti pakej KRC seperti sebagai pemandu pelancong, lawatan ke sekitar kampung dan juga penggunaaan peralatan yang mungkin dipinjamkan daripada mereka”.
72 4.2.3
Jenis Pameran Yang Dipamerkan
Menurut Pengarah KRC, : “Segala bahan yang dipamerkan adalah asli, mempunyai nilai estetika dan amat sesuai untuk dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Misalnya, antara yang dipamerkan ialah kraftangan yang mungkin sekarang ini tidak pernah dilihat oleh generasi muda seperti kraftangan daripada daun pandan, daun kelapa, mengkuang, daun baru, daun getah dan daun pisang yang boleh dijadikan seruling, bakul, tikar, tali dan objek-objek muzikal serta objek-objek daripada blok kayu lembut untuk dibuat rehal dan gayong, objek daripada buluh boleh dibuat wau dan akhir sekali objek daripada kelapa boleh dijadikan key chain, tempat bekas, serta reka bentuk bungabunga”.
Bagi JKKN : “Melalui pameran yang dipertontonkan adalah baik dan mungkin apa yang dipertontonkan ini tidak dilihat ataupun didengar oleh golongan remaja pada masa kini. Jadi, adalah amat baik dan bagus sekali tentang pameran yang dipertontonkan ini”.
Menurut JKKWK : “Segala hasil seni dan artifak yang dipamerkan di KRC adalah amat tinggi nilainya dan hanya boleh diperolehi daripada pengukir-pengukir dan pembuat kraftangan yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang seni ukir dan kraftangan”.
73 Menurut PKKMK pula : “Segala pameran yang ingin dipertontonkan terutamanya yang melibatkan kraftangan mestilah nampak keaslian, nilai estetika, nilai pendidikan dan nilai moral. Ini bermaksud setiap hasil tersebut haruslah ada fungsi dan kraftangan tersebut dibuat bukan berdasarkan kepada komersial sahaja. Ini untuk memastikan bahawa wujudnya usaha yang bersungguh-sungguh oleh setiap tukang atau peminat seni dalam menghasilkan mutu seni kraftangan terutama seni kraftangan tradisional Melayu”.
Bagi MDB pula : “Pameran yang diperlihat oleh KRC sekarang ini semamngnya mempunyai nilai estetika dan amat berharga. Ini jelas dengan apa yang dipamerkan itu, boleh dijadikan sebagai tempat rujukan bagi mana-mana pihak yang berminat untuk melihat keaslian dan mempunyai keunikan tersendiri”.
Bagi TIC pula : “Apa yang dipamerkan oleh KRC mengenai segala hasil seni Allahyaham Nik Rashiddin dan seni ukir kayu Melayunya, adalah amat tinggi dan bernilai harganya. Disamping itu juga, melalui pameran ini, ianya dapat meningkatkan dan menggalakkan lagi kedatangan para pelancong luar negara yang berminat dengan hasil seni kraftangan dan seni ukir Melayu untuk datang ke Kelantan”.
Menurut JPNK pula : “Melalui pameran sedemikian, pelajar sekolah dan para remaja dapat mempelajari nilai-nilai warisan kebudayaan Melayu dan dapat memupuk kesedaran akan pentingnya nilai budaya dan warisan Melayu agar tidak pupus begitu sahaja. Ini amat baik bagi pengenalan kepada pelancongan pendidikan”.
74 Bagi BWM : “Bahan-bahan pameran dan artifak yan dipamerkan adalah amat bertepatan dengan konsep dan imej yang ditonjolkan oleh KRC. Ini jelas dengan peranan pihak BWM telah bersungguh-sungguh membantu KRC dalam dengan menyertai Pameran Projek kayu dan Semangat yang kemudiannya diikuti dengan projek buku iaitu Semangat Kayu”.
4.2.4
Konsep Penerapan Pelancongan Pendidikan
Bagi Pengarah KRC : “Apa
yang
dimaksudkan
dengan
pelancongan
pendidikan
yang
dapat
ditawarkan oleh KRC ialah melalui pakej atau program pendidikan yang disediakan oleh KRC. Terdapat empat pakej iaitu Program Pendidikan, Program Senibina, Program Lanskap dan Program Alam Sekitar. Jadi, melalui program program ini, ianya dapat memberikan gambaran sebenar tentang aktiviti yang dapat dirasai sendiri iaitu dengan mengadakan lawatan konstekstual dan juga amali dan bentuk syarahan”.
Bagi TIC pula : “Mana-mana konsep pendidikan pelancongan, ianya haruslah bertepatan dengan apa yang dipamerkan dan dapat memberi sesuatu yang boleh dipelajari oleh para pelajar dan juga belia. Jadi, dengan adanya konsep pelancongan pendidikan yag ingin diketengahkan oleh KRC, akan meramaikan lagi pelajar pelajar sekolah dari seluruh Malaysia datang ke KRC untuk melihat wujudnya perhubungan antara pelancongan kebudayaan dan warisan dengan pelancongan pendidikan”
75 Manakala JPNK : “Setiap bahan pameran, mutu dan hasil seni dan artifak mestilah bertepatan dan dapat memberi sesuatu yang menarik dan memberi pengalaman yang baru kepada remaja dan juga pelajar sekolah. Ini kerana mungkin dari apa yang mereka lihat itu tidak penah dilihat dan ini dianggap sebagai sesuatu yang amat berharga bagi mereka”.
4.3
4.3.1
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pengalaman Pelancong
Pertunjukkan Demonstrasi
Menurut pengarah KRC : “Sememangnya apa yang ingin dipamerkan, ditonjol dan diadakan beberapa pakej atau program adalah bertujuan untuk memberikan sesuatu yang bernilai dengan harapan agar ianya dapat memberi satu pengalaman yang baru kepada pelawat atau pelancong. Misalnya para pengujung diberi taklimat, syarahan dan lawatan berpandu ketika mengunjungi KRC. Disamping itu juga, mereka berpeluang untuk melihat sendiri bagai seni ukir kayu dan kraftangan Melayu dibuat dengan melawat ke bengkel kayu Saudara Nurhaiza di Kampung Raja Besut. Namun, belum ada lagi tempat-tempat seperti bengkel pendidikan seni, tempat bengkel pertunjukkan serta diadakan demonstrasi di KRC. Ini kerana belum cukup kawasan untuk didirikan bagi tempat-tempat tersebut”.
Bagi JKKWK, : “Pertunjukkan demonstrasi adalah satu aktviti yang harus atau mesti dipertontonkan dalam usaha untuk menarik lebih ramai mengunjung ke destinasi
76 pelancongan kebudayaan dan warisan. Ini kerana mereka dapat melihat sendiri bagai seni ukran Melayu dan kraftangan dibuat”.
Bagi PKKMK : “Dengan adanya demonstrasi para pelancong dapat melihat sendiri bagaimana hasil-hasil sesuatu seni itu dapat dibangun dan dicipta. Ini dapat memberikan sesuatu pengalaman yang baru dan boleh memberi kesan mendalam kepada pelawat atau pelancong”.
Menurut TIC : “Dengan adanya demonstrasi ianya dapat memberikan gambaran yang lebih jelas di mana pelawat atau pelancong tadi akan dapat memahami bagaimanakah sesuatu produk atau hasil seni itu dapat dihasilkan”.
Bagi JPNK : “Berdasarkan kepada Program Pelancongan Pelajar itu sendiri, adalah penting bagi seseorang pelajar itu dapat melihat sendiri atau merasa sendiri apa yang dilihatnya melalaui lawatan kontekstual. Ini bermakna, sekiranya ada terdapat pertunjukkan demonstrasi, ianya boleh memberikan suatu pengalaman yang amat bermakna kepada para pelajar”.
Bagi penduduk setempat : “Dengan adanya aktiviti demosntrasi ini, ianya akan memudahkan kepada pemahaman bagaimana hasi-hasil seni itu dihasilkan. Mereka juga bersetuju dengan adanya demonstrasi ini, akan melibatkan juga orang kamping seperti bantuan kepada kepakaran yang mereka ada dan juga lawatan berpandu.
77
4.3.2
Keaslian Artifak dan Bahan Pameran
Bagi Pengarah KRC : Apa yang dipamerkan dan dipertontonkan adalah artifak, hasil seni karya , kraftangan dan seni ukir yang asli dan bukan bertujuan untuk komersial sematamata. Ini adalah untuk menjaga mutu dan nilai kaslian dalam menghasilkan seni ukiran kayu, kraftangan dan ksenian Melayu yang tiada tolok bandingnya. Dari segi susun atur bahan persembahan atau pameran, ianya disusun mengikut pengkelasan misalnya pameran yang berdasarkan kepada seni ukir melayu, diletakkan dalam satu kumpulan. Manakala bagi kraftangan diletakkan disudut kawasan yang dalam satu kumpulan yang berbeza. Begitu juga dengan hasilhasil seni oleh Alahyarham Nik Rashiddin, telah diletakkan dalam satu kumpulan yang berasingan dengan bahan-bahan pameran yang lain. Tujuan diletakkan bahan-bahan pameran yang diasingkan mengikut kumpulan adalah bertujuan bagi memudahkan para pelawat atau pengunjung melihat bahan-bahan pameran serta artifak yang berbeza-beza. Setiap bahan pameran yang dipamerkan adalah bertepatan, bersesuaian dan boleh dijadikan sebagai pengalaman pelawat atau pelancong dalam mengenali kebudayaan dan ksenian Melayu. Sememangnya apa yang dipamerkan adalah amat bertepatan, bersesuaian dengan semua peringkat umur, malah sejak tahun 70an lagi ramai pelajar, penyelidik dan
pelawat samada dalam dan luar negara datang melawat ke
negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu untuk melihat kesenian, kraf
dan kebudayaan daripada penduduk tempatan jadi dengan
terbinanya sebuah pusat yang boleh dijadikan pusat kesenian dan kebudayaan, maka adalah elok bagi para seniman, pengusaha kraftangan, para penyelidik dan pencinta seni berkumpul sambil bertukar-tukar pandangan dan maklumat demi menjaga budaya dan warisan Melayu bertemu di KRC ini.
78 Menurut JKKWK : “Wujudnya nilai-nilai estetika yang mana ianya adalah asas kepada keindahan bagi sesuatu tempat bagi destinasi pelancongan kebudayaan dan warisan. Ini penting dengan adanya nilai estetika ini, ia dapat memberikan gambaran sebenar kepada konsep kebudayaan dan warisan ini yang cuba ditonjolkan oleh KRC”.
Bagi PKKMK pula : “Apa yang dapat diperolehi daripada kaslian dan artifak dan bahan pameran ialah ianya dapat memberikan sesuatu yang tidak ternilai kepada pengunjung. Ini kerana terdapatnya nilai sosial yang dapat memupuk nilai-nilai yang terpuji dan baik di kalangan pengunjung itu sendiri.
TIC pula berpendapat : “Keaslian terhadap artifak dan bahan pameran yang ingin ditonjolkan oleh mana-mana pihak haruslah dipuji. Ini adalah untuk mengelak daipada berlakunya berlaku penipuan dimana ianya akan memberikan impak negatif kepada para pengunjung dan juga pelancong”.
Bagi JPNK pula, : “Setiap artifak dan bahan pemaran yag asli dan tulen adalah dalat memberikan pengalaman yang baru dan meberi impak positf kepada para pelawat terutama kepada pelajar sekolah. Menurut agensi itu lagi, kewujudan nilai bina diri, value for money dan nilai pendidikan akan menjadikan KRC sebagai destinasi bagi pelancongan yang unggul dalam pelancongan pendidikan”.
79 BWM berpendapat bahawa : “Dengan keaslian terhadap artifak dan bahan pameran ini menunjukkan bahawa setiap organisasi itu jujur dan bertanggungawab dalam menyediakan atau mempersembahkan mana-mana bahan pamerannya. Disamping itu juga, pemupukan nilai sosial daripada para peunjung atau pelawat itu boleh dicapai melalui pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh pihak berkenaan. Sememangnya KRC telah memamerkan pameran yang unik yang penuh dengan nilai sosial, estetika dan budaya yang tinggi”.
4.4
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Value For Money
Menurut Pengarah KRC: “Kini pelawat dan pelancong akan dikenakan bayaran yang bersesuaian dengan apa yang mereka perolehi dan pengalaman yang dapat mereka rasai. Sebagai contoh, sekiranya sekumpulan pelajar yang ingin mendapatkan khidmat nasihat atau yang berbentuk syarahan, maka bayaran akan dikenakan. Maksudnya setiap daripada perkhidmatan yang dipinta, akan dikenakan bayaran. Ini juga misalnya lawatan berpandu (tour guided) ataupun meminta sesebuah persembahan diadakan”.
Bagi TIC : “Sekiranya pihak KRC ingin mengenakan bayaran kepada pengunjung, segala bahan pameran, persembahan yang menarik dan boleh memberikan pengalaman kepada para pengunjung, haruslah berbaloi dengan apa yang dibayar oleh mereka. Ini adalah bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan para pengunjung ke KRC”.
80 Menurut JPNK pula : “Bayaran yang seharusnya dikenakan kepada pelajar -pelajar sekolah haruslah berpatutan dan tidak membebankan pelajar. Ini bertujuan agar pelajar dapat mencari sesuatu yang baru dan boleh memberi pengalaman baru kepada mereka”.
Menurut BWM : “Itu adalah terpulang kepada mana-mana organisasi yang ingin mnegenakan bayaran kepada pengunjung yang melawat ke kawasannya. Sebagai NGO, ia berpendapat agar bayaran yang dikenakan itu tidak terlalu mahal dan biarlah berbaloi dengan apa yang dipersembahkan dan ditawarkan oleh pihak yang berkenaan”.
4.5
Analisis Berkenaan Dengan Kepimpinan
Kepimpinan disini bermaksud bagaimanakah seorang ketua atau pengurus bagi sesuatu projek atau tempat boleh berhubung dengan orang-oang luar dalam usaha untuk membantu projek atau programnya agar terus mandapat bantuan ataupun dari segi skim bantuan teknikal dan sebagainya.
4.5.1
Hubungan dengan Agensi atau Badan Kerajaan
Bagi Pengarah KRC : “Ini adalah cabaran yang paling penting dan perlu wujud dalam pengurusan KRC. Pihak pengurusan KRC banyak berhubung dengan agensi kerajaan dan juga badan NGO. Sebagai contoh, dengan bantuan daripada BWM iaitu melalui Datin Waveney Jenkins, telah banyak pameran artifak dan hasil seni telah dapat
81 dipamerkan diluar negara. Di samping itu juga, pihak pengurusan KRC juga membuat MoU dengan Malaysia Timber Industry Board (MTIB) bagi memberi bantuan dalam bentuk penyelidikan kayu dan juga dalam menghasilkan perabot berkonsepkan seni
ukiran
Melayu Langkasuka.
Bagi IPTA
yang teah
bekerjasama dengan KRC ialah UTM dan UiTM. Dimana IPTA ini telah menghantar beberapa pelajarnya untuk membuat kajian tentang penyelidikan kayu dan seni bina yang dihasilkan di KRC. KeKKWa juga telah menyediakan bantuan kewangan kepada pembinaan galeri seni melalui Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni begitu
juga dengan
kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pembangunan Majlis Daerah Bachok dengan mendapat juga peruntukan kewangan atau dana bagi tujuan pembinaan muzium dan galeri seni”.
Bagi JKKN pula : “Semestinya perlu wujud seorang pemimpin yang mantap dan berkesan dalam usaha untuk menjadikan apa yang diusahakan itu boleh memberi manfaat kepada pihak yang terbabit dan kepada mana-mana individu yang telibat secara langsung
atau
tidak
langsung.
ini
selaras
dengan
tujuan
penubuhan
Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) adalah untuk menggubal dasar dan program budaya, seni dan warisan di Malaysia. Menurut JKKN, terdapat 2 jenis skim yang diperkenalkan oleh KeKKWa iaitu Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni yang bertujuan adalah bertujuan untuk membantu membiayai penggiat seni, budayawan dan karyawan untuk mengikuti berbagai bentuk kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran, kemampuan dan kecekapan penggiat seni tanah air dalam bidang masing-masing. Manakala bagi skim kedua ialah Skim Bantuan Kebudayaan yang bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan dan khidmat nasihat kepada BBK seni dan budaya untuk melaksanakan aktiviti yang menyokong usaha pembangunan seni dan budaya negara yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia”.
82 Menurut JKKWK : “Adalah penting bagi seseorang pemimpin atau pengurus yang menguruskan apa-apa bidang aktiviti kebudayaan dan kesenian untuk terus berhubung dengan agensi kerajaan terutama dengan KeKKWa dalam usaha untuk memantapkan dan mendapat khidmat nasihat serta bantuan kewangan. Ini jelas JKKWK
iaitu
dengan
menjalankan
aktiviti
yang
menjuruskan
objektif kepada
pembangunan kebudayaan dan diantaranya ialah merakyatkan aktviviti seni dan budaya, mengekalkan warisan negara melalui penyelidikan dan pemuliharaan, mempertingkatkan kegiatan kebudayaan dan kesenian bagi menggalakkan penglibatan dan penghayatan masyaraka terhadap kebudayaan kebangsaan dan pengembangan kebudayaan dan kesenian melalui projek-projek dibawah pengukuhan dasar, pengembangan seni dan pendidikan seni”.
Bagi PKKMK : “Bahawa setiap ketua atau pengurus yang bertanggungjawab dalam apa jua tugasan atau projek yang dibawah tanggungjawabnya perlulah berkarisma, berdaya saing dan mampu menghadapi segala cabaran. Dalam konteks KRC, pihak PKKMK boleh membantu dari segi menyediakan khidmat nasihat terhadap program kraftangan serta PKKMK ini juga boleh djadikan tempat bagi KRC untuk mengumpul tukang-tukang seni kraftangan atau penggiat seni untuk bertukar-tukar pendapat dan idea. Ini kalau dilihat dari aspek visi dan misi PKKMK iaitu sebagai menjadi pemimpin dalam pertumbuhan pembangunan dan promosi industri kraf yang kukuh dan berdaya saing. Daripada strateginya pula, ianya menyediakan pelbagai program untuk memberi kemudahan dan insentif kepada usahawan kraf seperti pembangunan produk berorientasikan pasaran,
penggunaan
teknologi
dalam
pengeluaran,
perkembangan
pasaran,
pembangunanan pengusaha kraf yang berpotensi, dan pembangunan sumber tenaga mahir”.
83 Bagi MDB : “Ianya telah membantu pihak KRC dalam menyediakan bantaun kewangan dan juga promosi KRC berkenaan dengan artifak, seni ukir kayu dan kraftangan melalui peminjaman sewaktu Hari Keputeraan DYMM Al Sultan Kelantan. Secara tiak langsung, ianya telah mempromosi dan menaikkan taraf KRC sebagai destinasi pelancongan kebudayaan dan warisan, sekaligus dapat memberi implikasi kepada pelancongan pendidikan”
Bagi MTPNK : “Dengan
kerjasama
erat
antara
pihak
KRC
dengan
MTPNK
ialah
mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan ke Negeri Kelantan dan secara tidak langsung akan meningkatkan kedatangan para pelancong samada domestik atau luar negara yang berminat dengan pelancongan kebudayaan dan warisan ini. Bagi MTPNK matlamat penubuhannya adalah bertujuan untuk memastikan fungsi dan struktur organisasi/ institusi pelancongan dapat diperkukuhkan supaya perancangan, pembangunan, penyelaras, pemantauan promosi dan pemasaran dapat dilaksanakan secara sistematik, bersepadu dan lebih berkesan. Selain itu juga MTPNK juga bertujuan untuk mengenalpasti, membangun dan mempertingkatkan sumber tenaga manusia yang berkecimpung dalam industri pelancongan melalui piawaian tenaga keja, kursus perkhidmatan dan latihan kemahiran dalam bidang pelancongan samada bagi jangkamasa pendek atau panjang”.
Bagi TIC : “Dengan hubungan yang baik antara pihak KRC agensi ini, peluang yang boleh digunakan oleh KRC ialah melalui demonstrasi yang boleh dilakukan di Gelanggang Seni. Menurut TIC lagi, segala bentuk pameran, bengkel persembahan dan demonstrasi boleh dilakukan oleh KRC dalam usaha untuk
84 mempromosikan KRC sebagai tarikan kepada pelancongan kebudayaan dan warisan dan sekaligus dapat merealisasikannya dalam bentuk pelancongan pendidikan”. Malah menurut TIC lagi, sebelum ini telah ramai penggiat seni di Kelantan mempersembahkan aktiviti kebudayaan mereka di Gelanggang Seni pada setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu seperti seni silat, bermain gasing uri, rebana ubi, gasing pangkah, kerto, congkak, sepak buku ayam, aktiviti membuat wau, menaikkan wau, wayang kulit dan dikir barat.
Menurut JPNK : “Dengan adanya kerjasama antara JPNK dan KRC, bolehlah dimasukkan ke dalam kalendar Program Pelancongan Pelajar dimana para pelajar akan didedahkan pengalaman baru yang mungkin mereka tidak dapat jumpa di manamana kecuali di KRC sahaja. Ini mungkin dengan pameran artifak, kesenian, kraftangan dan seni ukir kayu langkasuka serta dengan program-program yang ditawarkan oeh KRC akan memberikan manfaat ilmunya yang tidak dinilai dengan wang ringgit. Kalau dilihat kepada tujuan utama bagi objektif Program Pelancongan Pelajar, salah satu daripadanya ialah untuk menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan domestik dengan memupuk budaya melancong di dalam negara sendiri di kalangan pelajar terutama membuat lawatan kontekstual ke tempat-tempat bersejarah, kebudayaan, pelancongan eko dan sebagainya. Disamping itu juga, dengan adanya lawatan konstekstual oleh para pelajar, remaja dan belia, dapatlah mereka merasai hands on experience sewaktu mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan oleh sesebuah lawatan tersebut”.
85 4.5.2
Hubungan Dengan NGO
Bagi Pengarah KRC : “Hubungan yang erat dengan NGO seperti BWM, adalah amat penting dalam usaha untuk mempromosikan KRC sebagai tarikan kepada kebudayaan dan warisan. Kalau dilihat dari segi matlamat BWM iaitu untuk memupuk kesedaran dan sokongan daripada orang awam bagi tujuan pemuliharaan untuk memastikan binaan warisan ini tidak luput di samping dapat menggalakkan pendidikan supaya dapat membina kefahaman terhadap binaan warisan bagi melahirkan rasa penghargaan terhadap sejarah dan identiti. Bagi usaha-usaha yang dilakukan oleh BWM terhadap KRC, badan ini telah membantu pihak KRC memulakan aktivitinya dengan pameran projek Kayu dan Semangat”.
4.5.3
Hubungan Dengan Pihak Swasta dan Orang Persendirian
Bagi Pengarah KRC : “Sememangnya pihak Pengurusan KRC akan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana individu ataupun pihak swasta dalam usaha memajukan KRC dan saling bantu-membantu sekiranya ingin mempromosikan apa-apa juga tarikan pelancongan”.
Bagi pengusaha resort-resort : “Sememang pihak resort boleh dan akan bekerjasama dengan pengurusan KRC demi memajukan industri pelancongan di sekitar Kampung Kandis ini. Maksudnya, rata-rata resort-resort ini bersetuju sekiranya pembangunan KRC ini semakin maju, resort-resort mereka juga turut menerima kesan kemasukan pelancongan samada domestik atau antarabangsa. Ini kerana ada pelancong yang ingin bermalam di sekitar Kampung Kandis selepas membuat lawatan atau kunjungan ke KRC”.
86 Bagi penduduk setempat : “Sekiranya KRC ini maju dan boleh berkembang, mereka percaya akan banyak peluang-peluang kerja dan aktivti pelancongan yang boleh mereka lakukan. Ini misalnya boleh diadakan homestay, gerai makanan, kumpulan muzik, pemandu pelancong dan sebagainya”.
4.6 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Infrastruktur dan Ameniti
4.6.1
Kemudahan Pelawat
Menurut Pengarah Kandis Resource Centre : “Memang terdapat masalah yang di alami oleh pengurusan beliau dalam membangunkan Muzium dan Galeri Seni Langkasuka ini. Ini kerana pada faktor kewangan menyebabkan muzium dan galeri seni tidak dapat dibangunkan dengan sempurna dan mengikut spesifikasi piawaian pembangunan muzium dan galeri seni. Pihak pengurusan
sengaja tidak meletakan papan tanda untuk
masuk ke KRC kerana keadaan bangunan KRC yang masih kurang sempurna bagi menerima pelawat yang ramai. Ini supaya biarlah dahulu sedikit sahaja kemasukan orang ramai sebelum muzium yang baru dibina siap. Laluan masuk ke KRC dari jalan besar juga tidak diturapkan dengan tar. Dari segi penyediaan tempat letak kereta, di dapati kawasan KRC tidak menyediakan tempat yang secukupnya dan belum di adakan lagi petak-petak tempat letak kereta. Sebenarnya keadaan ini boleh menyebabkan pelawat atau pengunjung yang datang dengan kereta tidak dapat menentukan di mana sepatutnya mereka meletakan kereta”.
87 4.6.2
Keselamatan
Bagi Pengarah KRC : “Dalam aspek keselamatan semasa yang terdapat di sekitar bangunan muzium dan kawasan atau bangunan sekeliling tidak dilengkapi dengan kawasan berpagar yang kukuh kemungkinan berlaku kecurian segala artifak dan bahan pameran dan berjaga-jaga serta mengambil langkah berhati-hati terhadap segala bahan pameran yang terdapat dalam muzium dan galeri seni”.
Bagi JKKWK : “Faktor keselamatan memainkan peranan yang penting dalam menyimpan segala hasil khazanah kebudayaan dan warisan. Ini kerana, kebanyakkan orang yang berminat dengan hasil seni ini akan cuba untuk mendapatkan barangan tersebut dengan apa jua sekalipun. Malah, mungkin ada seseorang itu mencuri khazanah seni budaya dan warisan tersebut, boleh menjualnya kepada sesiapa sahaja dengan nilai yang rendah sahaja”.
Pada pendapat PKKMK : “Adalah amat wajar dan patut diberikan perhatian yang serius bagi KRC untuk menjaga akan keselamatan barang-barang yang amat berharga di dalam bangunan KRC itu sendiri. Ini kerana barang-barang yang dipamerkan itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit kerana untuk membuatnya kraftangan, seni ukir Melayu, hasi karya, artifak dan barang-barang kesenian Melayu amat tinggi
nilainya
dan
mungkin
mengaambil
menyiapkan bagi sesuatu hasil seni tersebut”.
masa
berbulan-bulan
untuk
88 Bagi MTPNK dan TIC : “Seandainya tidak diberi perhatian yang serius ataupun faktor keselamatan tidak dititikberatkan, jika berlaku apa-apa kehilangan, maka ianya merupakan satu kehilangan hasil seni yang sukar untuk dicari ganti”.
4.6.3
Pengangkutan
Menurut Pengarah KRC : “Laluan KRC adalah strategik kerana ianya terletak di antara laluan Kota Bharu – Bachok – KRC – Tok Bali – Pulau Perhentian. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya kemudahan kerana terdapatnya sistem pengangkutan seperti pengangkutan seperti bas, teksi, kereta sewa yang lalu melalui KRC”.
Bagi pengusaha-pengusaha resort : “Resort-resort disini merupakan strategik kerana ianya adalah laluan yang mana para pengunjung atau pelancong tidak berasa susah untuk ke KRC maupun ke resort-resort tersebut. Ini kerana laluan ke Kampung kandis ini adalah berada pertengahan di antara Bandar Bachok – Kampung Kandis – Jeti Tok Bali – Pulau Perhentian”.
Bagi penduduk setempat : “Kedudukan KRC yang berhampiran dengan pantai, laluan pertengahan antara Bandar Bachok – Tok Bali adalah merupakan satu peluang yang besar bagi KRC untuk membangun dan sekaligus dapat merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar Kampung Kandis. Mereka berpendapat, kebanyakkan pelancong luar negara yang berminat dengan pelancongan kebudayaan dan warisan akan
89 singgah di KRC dan akan turut menggunakan jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh penduduk kampug misalnya seperti homestay, gerai makan, kedai cenderahati , kumpulan kebudayaan dan sebagainya”.
4.6.4
Penginapan
Pengarah KRC berpendapat : “Tidak ada masalah bagi para pelancong atau pelawat yang ingin berkunjung ke KRC dan menginap di Kampung Kandis. Ini kerana terdapat banyak chalet dan resort yag terdapat di sekitar Pantai Malawi dan juga yang berdekatan dengan Kamoung Kandis. Resrit-resort ini seperti Sudara Beach Resort, Sweet Beach Resort, Danaliah Resort dan De Bali Riverine Resort memang bersedia untuk menerima pelawat atau pelancong yang berkunjung ke KRC”.
Bagi pengusaha-pengusaha resort : “Pihak resort amat berbesar hati dan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak pengurusan KRC dalam usaha bagi menyenangkan kedatangan para pelawat dan pelancong yang ingin menginap di Kampung Kandis sambil melawat ke KRC”.
4.7 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pengurusan Tarikan
4.7.1
Pengurusan Dilokasi
Bagi Pengarah KRC : “Sekarang ini belum terdapat sebarang teknik pengurusan pelawat yang digunapakai untuk menguruskan kedatangan pelancong atau pelawat ke KRC.
90 Ini kerana belum jumlah masuk ke KRC belum mencapai kepda tahap kesesakan lagi. Tapi tidak dapat dinafikan bahawa, suatu hari nanti teknik pengurusan pelawat ini akan digunapakai di KRC. Teknik pengurusan pelawat ini penting bagi mengelakkan berlakunya beberapa kesesakan oleh pengunjung. Jika tidak ada teknik pengurusan pelawat ini, mungkin boleh mendatangkan rasa kebosanan dan kesesakan ke atas sewaktu bpengnungatau pelawat berunjung ke mana-mana lokasi tarikan pelancongan”.
4.7.2
Latihan kakitangan
Bagi Pengarah KRC : “Dalam usaha untuk menjadikan KRC sebagai lokasi tarikan pelancongan utama dalam budaya dan warisan, adalah penting bagi pihak pengurusan untuk mengambil
pekerja dan melatih mereka. Sememangnya pihak pengurusan
mempunyai masalah dalam aspek pengurusan dalam sumber tenaga manusia. Ini kerana kedudukan kewangan yang yang masih kurang kukuh dan mantap dalam usaha untuk mengurus, mengambil dan memberi latihan kepada staf atau pekerja yang bakal diambil nanti. Namun setakat ini, walaupun kekurangan staf, pihak pengurusan masih mampu menguruskan segala bentuk aktiviti dan progam yang telah dirancangkan itu dengan jaya dan berdikari”.
Menurut JKKWK : “Adalah penting bagi melantik atau menerima kakitangan yang sememangnya mempunyai latar belakang dalam bidang pelancongan kebudayaan dan warisan kerana mereka lebih memahami konsep dan maklumat dalam bidang tersebut”.
91 Bagi MTPNK : “Adalah penting bagi setiap pihak pengurusan memberikan latihan dan kemungkinan kursus kepada setiap staf atau pekerjanya dalam usaha untuk melatih mereka agar dapat menjalankan tugas dengan sempuna”.
TIC pula berpendapat : “Dalam melahirkan seorang pekerja atau staf, hendaklah diberikan pendedahan yang secukupnya serta latihan dan kursus agar mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. Di TIC, setiap pekerja akan diberikan penerangan yang jelas dan lengkap bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu menjalankan tugas mereka. Ini kerana setiap perkeja atau staf yang bertugas di TIC akan memberikan perkhidmatan kepada para pelancong terutama kepada pelancong asing yang singgah di TIC untuk mendapatkan maklumat pelancongan”.
Bagi BWM : “Latihan kakitangan semamangnya patut diberikan kepada setiap organisasi. Ini adalah untuk memastikan bahawa setiap pekerja yang terlatih itu dapat menjalankan tugas-tugas yang diberikan dapat dilakukan dengan jaya dan berkesan”.
4.7.3
Kebersihan persekitaran
Menurut Pengarah KRC : “Adalah amat penting bagi menjaga segala aspek kebersihan di sesuatu kawasan tarikan pelancongan. Sememangnya penjagaan kebersihan di sekitar KRC dijaga dengan rapi dan teratur. Ini adalah untuk menjaga imej dan agar
92 pelawat atau pelancong yang datang tidak merungut jika didapati kawasan disekitar KRC kotor dan menyakitkan mata. Hubungan dengan MDB terhadap barang buangan daripada KRC tiada masalah.
Bagi pengurus-pengurus chalet : “Sememangnya aspek kebersihan seharusnya dijaga dan dikawal selia bagi mendapatkan pemandangan yang ceria dan teratur. Malah menurut mereka juga, pihak-pihak resort turut bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan pantai dan selaku juga bekerjasama dengan MDM membersihkan kawasan pantai. Bagi aktiviti sukarelawan yang diadakan oleh oleh pengurusan resort-resort, mereka kadangkala memberi ceramah kepada penduduk kampung agar turut menjaga kebersihan di kawasan pantai”.
Menurut penduduk kampung : “Kami sentiasa menjaga kebersihan kampung mereka dengan tidak membuang sampah merata-rata dan juga selalu menjaga kebersihan di kawasan pantai Kampung Kandis. Kadang-kala penduduk Kampung Kandis juga membuat gotong royong di kawasan pantai demi menjaga kebersihan pantai tersebut. Ada sesetengah daripada penduduk kampung akan memantau kawasan Pantai Kandis yang menjadi kawasan perkelahan dengan menegur atau menasihatan pengunjung pantai agar tidak membuang sampah merata-rata”.
93 4.8 Analisis Temubual Berkenaan Dengan Pemasaran dan Promosi
4.8.1
Aspek Pemasaran
Bagi Pengarah KRC : “Aspek pemasaran adalah amat penting dalam usaha untuk mempromosikan KRC sebagai tarikan kepada pelancongan kebudyaan dan warisan dan seterusnya
dapat
merealisasikan
kepda
pelancongan
pendidikan.
Pihak
pengurusan juga menghadapi kesukaran bagi membuat pemasaran dan promosi kerana kekurangan dari aspek kewangan. Setakat ini KRC lebih dikenali oleh orang ramai melalui word of mouth yang datang berkunjung ke KRC dan seterusnya menyebarkan kepada keluarga, sana saudara, rakan taulan dan sebagainya”.
Menurut JKKN : “Pemasaran amat penting dalam usaha bagi mempromosikan sesuatu tarikan atau destinasi pelancongan. ini kerana, tanpa promosi yang kukuh dan mantap, keberkesanan bagi menarik para pengujungatau pelancong ke destinasi pelancongan tersebut tidak akan mendapat sambutan”.
Menurt JKKWK pula : “Pihaknya sentiasa boleh bekerjasama dengan mana-mana penggiat seni ataupun individu yang terlibat dengan aktiviti seni kebudayaan dan warisan untuk mempromosikan lokasi atau bagi tarikan kepada kebudayaan dan warisan tersebut. Malah, menurutnya lagi pihaknya yang sentiasa mengadakan
persembahan
membudayakan
masyarakat
seperti
permainan
gasing,
persembahan tarian Melayu, permainan rebana, permainan tradisional dan sebagainya amat mengalu-alukan pihak KRC untuk mengambil bahagian
94 sewaktu mereka membuat apa-apa persembahan di daerah-dearah di seluruh kelantan. Jadi, secara tidak langsung, imej KRC akan dikenali oleh setiap dearah di Kelantan”.
Menurut PKKMK pula : “Pihak juga boleh mempromosikan KRC sebagai tarikan kepada kebudayaan dan warisan dengan mengalu-alukan pihak KRC menggunakan kemudahan yang ada di PKKMK untuk memamerkan segala hasil seni ukiran kayunya, seni kraftangan, hasil karya dan artifak-artifaknya. Menurutnya lagi, jika pihak KRC ingin membuat apa-apa pertemuan dengan mana-mana pembuat kraftangan di seluruh Kelantan, maka bolehlah menggunakan saluran yang betul bagi tujuan tersebut”.
Bagi TIC : “Amat mengalu-alukan sekiranya pihak KRC ingin meletakkan pamplet atau risalah berkenaan dengan pembangunan KRC sebagai tarikan pelancongan bagi kebudayaan, warisan dan pendidikan. Aadalah amat berkesan sekali jika pihak KRC meletakkan pamplet atau risalah kerana di TIC ramai menerima kunjungan daripada pelancong domestik dan juga antarabagsa dalam mencari maklumat mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Negeri Kelantan.
4.8.2
Sasaran pengunjung
Bagi Pengarah KRC : “Sasaran pengunjung atau pelancong yang disasarkan untuk berkunjung ke KRC ialah pelajar sekolah, pelajar IPTA, orang awam, peminat seni, tukang dan juga orang perseoranag yang ini membuat penyelidikan mengenai seni ukir
95 kayu, kraftangan dan juga mengenai kebudyaan dan kesenian Melayu. Ada juga agensi atau badan kerajaan yang berminat telah membuat MoU dengan KRC iaitu MTIB. Sebelum ini MTIB hanya fokuskan kepada pengeluaran perabot, tetapi dengan termetrainya MoU dengan KRC, MTIB telah turut memfokuskan kepada seni ukir kayu terhadap perabotnya.
4.8.3
Unjuran pengunjung
Menurut Pengarah KRC : “Akan bertambah ramai lagi kedatangan para pelancong ke KRC kerana sekarang ini sebuah muzium dan galeri seni yang dalam proses pembinaan akan menempatkan segala hasil seni ukiran kayu, artifak, hasil karya kraftangan kesnian Melayu yang sekaang ini dipamerkan di dalam bangunan KRC”.
Bagi TIC : “Berdasarkan kepada statistik kedatangan para pelancong domestik dan antarabangsa, maka tidak mustahil akan ramai pengunjung dan pelancong melawat ke KRC. Apa yang penting ialah konsep dan program yang ditawarkan oleh KRC
tadi menarik, persembahan pamerannya yang menarik, terdapat
pelbagai aktiviti yang diadakan disamping strategi pemasaran yang berkesan akan berjaya menarik pengunjung atau pelancong ke KRC nanti”.
96 4.9
4.9.1
Analisis Temubual Berkenaan Dengan Sumberjaya
Tarikan Sekeliling
Menurut Pengarah KRC : “Kampung Kandis ini sememangnya unik dan banyak kelebihannya. Ini kerana lokasi KRC ini dibangunkan berhampiran dengan pantai, dikelilingi dengan pokok-pokok
kelapa,
suasana
sekeliling
yang
bersih
dan
tidak
sibuk,
menggamitkan rasa kehidupan di desa. Suasana aman dan sunyi ini sememangnnya amat digemari oleh pelancong-pelancong Barat. Dengan terdapatnya tarikan disekitar yang menarik, maka kerana itu pihak pengurusan turut mengadakan pelbagai pakej atau program seperti program lanskap dan program alam sekitar”.
Bagi penduduk setempat : “Terdapat banyak tarikan sekeliling KRC dan di sekitar Kampung Kandis. Ini misalnya terdapat pokok-pokok kelapa, keadaan alam sekitar yang menarik seperti kawasan pantai, suasan perkampungan yang sunyi dan tidak bising dari kenderaan, menjadikan kawasan di Kampung Kandis terutamanya di sekitar KRC aman dan damai”.
4.9.2
Jarak Dengan Tarikan-tarikan Pelancongan Yang Lain
Menurut Pengarah KRC : “Lokasi atau kedudukan KRC adalah strategik kerana ianya terletak di tengahtengah jalan antara Kota Bharu-Bachok- Jeti Tok Bali-Pulau Perhentian. Disamping itu juga, jarak KRC dengan tempat pengukiran kayu di Kampung
97 Raja yang dikendalikan oleh Saudara Norhaiza juga tidak jauh lebih kurang dalam 30 KM sahaja. Jadi, tidak menjadi masalah sekiranya diadakan lawatan aau kunjungan dari KRC ke tempat pengukiran kayu di Kampung Raja tersebut”.
Penduduk setempat : “Kedudukan KRC yang strategik kerana ianya berdekatan dengan tarikan pelancongan seperti berdekatan dengan pantai dan berdekatan dengan jeti Tok Bali untuk ke Pulau Perhentian. Jadi, mana-mana pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian, bolehlah singgah atau melawat KRC untuk melihat segala hasil seni kraftangan, artifak, seni ukiran Melayu dan aktiviti persembahan kebudayaan di KRC”.
BAB V
RUMUSAN HASIL KAJIAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
Dalam bab ini, rumusan hasil keseluruhan yang berkaitan dengan pembangunan KRC dan implikasi terhadap pelancongan pendidikan akan dibuat bersesuaian dengan rangka kerja dan carta alir yang disediakan dalam bab 1. Bab ini akan menghasilkan satu rumusan atau kesimpulan penemuan kajian yang mana pembangunan KRC ini dapat dilihat dari empat (4) aspek iaitu :
a)
Kedudukan sekarang KRC dalam kuadrat samada Q1, Q2, Q3 atau Q4
b)
Pembangunan KRC bergantung kepada faktor dalaman dan faktor luaran
c)
Kedudukan KRC berdasarkan kepada Model Destination Life Cycle ( Butler Sequence)
d)
Cadangan am yang menyentuh beberapa aspek yang perlu diberi perhatian oleh Pengurusan KRC
99 5.2
Kedudukan Sekarang KRC Berada Dalam Kuadrat Samada Q1, Q2, Q3 atau Q4
Jadi berdasarkan kepada hasil temubual dengan beberapa pihak yang berkenaan dari agensi / badan kerajaan, NGO seperti Badan Warisan Malaysia dan sektor swasta iaitu chalet-chalet serta orang perseorangan, jelaslah bahawa kedudukan KRC sekarang berada dalam kuadrat Q2. Ini bermaksud Q2, yang mana ciri-ciri yang terdapat dalam kuadrat ini dianggap sangat penting kepada tempat tarikan pelancongan dan mempunyai tahap prestasi yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan tahap keupayaan yang tinggi terhadap ciri-ciri ini kerana ianya menunjukkan kekuatan yang utama.
Kalau dilihat, memang KRC berpotensi untuk dibangunkan dan boleh dijadikan sebagai destinasi tarikan pelancongan kebudayaan dan sekaligus mampu untuk menjadi pusat pelancongan pendidikan. Antara kekuatan yang terdapat di KRC ialah dari segi bahan, artifak, persembahan bahan yang menarik, bahan pameran yang boleh dijadikan pengalaman pelancong dan pelawat, hasil seni karya adalah bertepatan dengan konsep dan program untuk tujuan pendidikan yang ditawarkan oleh KRC seperti Program Pendidikan, Program Senibina, Program Lanskap dan Program Alam Sekitar.
Disamping itu juga, hubungan yang baik antara KRC dengan agensi-agensi atau badan kerajaan dan juga dengan NGO seperti Badan Warisan Malaysia serta dengan pihak swasta dan juga penduduk di sekitar Kampung Kandis akan menggalakkan lagi pembangunan dan kemajuan dalam menjayakan destinasi kebudayaan dan warisan dan sekaligus dapat merealisasikan pelancongan pendidikan di KRC.
Hanya bagi aspek-aspek seperti kemudahan infrasruktur, keselamatan yang perlu diberi penekanan atau perhatian dalam usaha untuk menjadikan KRC sebagai destinasi yang penting bagi destiansi pelancongan pendidikan.
100 5.3
Pembangunan KRC Bergantung Kepada Faktor Dalaman Dan Faktor Luaran
Daripada temubual dan pemerhatian ke atas keadaan semasa di KRC, dapat dirumuskan bahawa, kejayaan pembangunan KRC ini bergantung kepada faktor dalaman iaitu daripada produk yang ditawarkan seperti bahan pameran, artifak dan hasil seni yang dipamerkan, persembahan yang menark. Bagi pengalaman pelancong yang boleh diperolehi sewaktu melawat KRC juga penting dalam menggalakkan kedatangan pelawat atau pelancong. Kemudahan infrastruktur, aspek keselamatan dan aspek pengurusan tarikan juga memainkan peranan dalam menjayakan pembangunan KRC sebagai faktor destinasi bagi pelancongan pendidikan yang unggul. Bagi faktor luaran pula, ia bermaksud peranan-peranan yang dimainkan oleh agensiagensi kerajaan, NGO, pihak swasta dan orang perseorangan juga membantu membangunkan KRC ini. Faktor luaran yang dapat dibantu oleh agensi / badan kerajaan, NGO, pihak swasta dan juga orang perseorangan ialah dari segi bantuan kewangan dan dana, bantuan promosi, bantuan teknikal, bantuan penyelidikan dan juga bantuan dari segi sumber tenaga manusia.
101 Jadual 5.1 : Pembangunan KRC Bergantung Kepada Faktor Dalaman Dan Faktor Luaran
FAKTOR DALAMAN
FAKTOR LUARAN
- Produk yang ditawarkan
- Promosi
- Bahan pameran yang menarik
- Sumberjaya
- Pengalaman pelancong
- Bantuan teknikal
- Kemudahan infrastruktur dan ameniti
- Bantuan penyelidikan
- Aspek keselamatan
- Bantuan kewangan dan dana
- Aspek pengurusan dan teknik pengurusan - Bantuan sumber tenaga manusia. pelawat
102 5.4
Kedudukan KRC Berdasarkan Kepada Model Destination Life Cycle Butler Sequence
Rajah 5.1 : Destination of Life Cycle – Butler Bagi Sesebuah Destinasi Pelancongan
103
Daripada hasil kajian yang dibuat oleh pengkaji, kedudukan KRC dapat dilihat daripada model Butler yang berdasarkan kepada :
a) Exploration Pada peringkat exploration, dimana kedatangan para pengunjung atau pelancong ke sesuatu destinasi atau ke tempat tarikan pelancongan masih lagi dalam jumlah yang masih kecil dan baru hendak dibangunkan.
b) Involvement Pada peringkat ini, jumlah kedatangan mula bertambah naik dengan tetapi dengan jumlah yang beransur-ansur. Dalam masa yang sama, destinasi ini juga turut berubah dengan membangun lebih aktif daripada peringkat sebelumnya. Disini juga mula wujud kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh industri pelancongan tetapi masih lagi diperingkat kecil-kecilan disekitar destinasi tersebut.
c) Development Pada peringkat ini, pertumbuhan industri yang semakin rancak dengan kedatangan para penunjung dan pelancong yang semakin bertambah ke sesebuah destinasi pelancongan ini. Pada peringkat ini juga telah banyak wujud akan kemudahan infrastruktur dan superstruktur di sekitar kawasan destinasi pelancongan tersebut. Ini contohnya wujud hotel, restoran atau jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan para pelancong dan juga pelawat.
d) Consolidation Pada peringkat ini, kedudukan bagi sesuatu destinasi tadi yang sedang berada dalam kegemilangan akan berubah samada ianya akan terus berkembang pada masa hadapan. Walaubagaimanpun, kedatangan para pelancong atau pengunjung ke destinasi ini masih lagi bertambah.
104
e) Stagnation Pada peringkat ini, boleh dikatakan bahawa semua kedatangan para pelawat atau pelancong mula berada dalam keadaan tepu. Ini mungkin disebabkan oleh orang ramai mula berasa bosan dengan keadaan di destinasi tersebut kerana tidak ada apa-apa perubahan yang dibuat bagi membolehkan bberapa tarikan baru diwujudkan. Keadaan ini amat berbahaya dan berada dalam kritikal jika tidak ada apa-apa yang dibuat perubahan atau pembangunan ke atas destinasi pelancongan tadi.
f) Rejuvenation Pada peringkat ini, sekiranya terdapat apa-apa perubahan atau sesuatu yang dibangunkan di sesebuah destinasi itu, maka destiansi itu akan terus berkembang dengan jumlah kedatangan paara pelawat atau pelancong semakin bertambah.
f) Decline Dalam peringkat ini bermaksud tiada tindakan ataupun perubahan yang dilakukan di kawasan destinasi pelancongan itu tadi. Maksudnya ciri-ciri atau tarikan di tempat tersebut tidak diperbaiki atau ditambah dengan ciri atau tarikan baru, akan menyebabkan destinasi pelancongan itu tadi akan mulai menurun dari segi kedatangan para pelawat atau pelancong.
Daripada kepada Model Destination Life Cycle ( Butler Sequence )itu tadi, bolehlah kita dapat rumuskan bahawa kedudukan KRC sekarang berada dalam peringkat development .
Maksudnya, jumah kedatangan para pelawat atau pelancong semakin
ramai datang ke KRC untuk melihat aktivti kebudayan dan warisan dan seterusnya mendalami pendidikan yang ditawarkan oleh pihak KRC. Namun begitu, pada peringkat consolidation dan juga stagnation ini, haruslah diberi perhatian serius mengenai ciri-ciri
105 atau tarikan yang ditawarkan oleh KRC ini seharusya diberi perhatian dan juga dibuat perubahan agar tidak menimbulkan rasa bosan atau jemu bagi para pelawat atau pengunjung. Sekiranya tidak diambil langkah-langkah yang berkesan, kemungkinan KRC boleh berada diperingkat decline.
5.5
Cadangan Am Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pengurusan KRC
Pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan yang boleh diketengahkan dan perlu diberi perhatian sungguh-sungguh oleh pihak Pengurusan Kandis Resource Centre dalam usaha untuk menjadikan Muzium Kandis Resource Centre ini sebagai tempat tarikan yang terunggul bagi pelancongan pendidikan.
A)
Aspek Keselamatan.
Dari aspek keselamatan yang seharusnya di beri perhatian ialah
berkenaan
dengan pembangunan muzium dan galeri seni di KRC ialah :
i-
Kawasan Berpagar Yang Kukuh
Mendirikan kawasan berpagar yang kukuh penting bagi mencegah berlakunya pecah masuk ke dalam kawasan KRC dan pagar tersebut hendaklah dilengkapi dengan alat penggera. Ini supaya alat penggera dapat mengesan sesiapa yang cuba menceroboh masuk ke dalam kawasan KRC. Di samping itu juga hendaklah didirikan balai pengawal di hadapan pintu masuk utama ke KRC
106 ii -
Kawalan Bangunan Sempurna
Membangunkan
bangunan
yang
sempurna
seperti
bangunan
muzium
dan galeri seni mempunyai struktur bangunan yang kukuh, bangunan diselenggarakan dengan baik, bangunan yang dilengkapi dengan sistem pendawaian elektrik yang sempurna serta penyediaan peralatan pemadam api disetiap bangunan.
iii -
Keadaan Dalaman KRC Yang Bersih dan Selamat dan Selesa
Memastikan bahan yang dipamerkan berada dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan kepada mana-mana pengunjung.
Sekiranya
terdapat
bahan-bahan
pameran yang agak merbahaya, hendaklah diletakkan di sudut khas dan diberi notis tentang bahan pameran tersebut. Dalam muzium dan galeri seni tersebut, hendaklah dipasangkan lampu yang sesuai dengan keadaan dalam sekeliling muzium dan galeri seni agar suasana dalam muzium dan galeri seni itu nampak ceria, selesa dan lebih asli.
iv -
Lokasi
Lokasi KRC yang berdekatan dengan balai polis, balai bomba, pusat kesihatan dan juga dan juga kawasan sekitar KRC di Kampung Kandis yang kurang berlaku jenayah akan menarik lebih ramai para pengunjung untuk melawat muzium dan galeri seni. Ini kerana mereka akan berasa selamat sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak dingini dan mudah bagi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.
B)
Aspek Infrstruktur dan Ameniti
Dari aspek infrastruktur dan ameniti yang seharusnya di beri perhatian ialah berkenaan dengan pembangunan muzium dan galeri seni di KRC ialah :
107 i-
Papan tanda masuk ke KRC
Meletakkan papan tanda dan juga arah petunjuk masuk ke KRC diwujudkan ini akan memudahkan bagi sesiapa saha yang ingin melawat KRC tidak akan tersesat dan mudah bagi mereka membuat arah rujukan.
ii -
Jalan Masuk
Menurapkan jalan bertar ke jalan masuk ke KRC. Dalam kadaan semasa, jalan masuk ke KRC masih lagi belum berturap dengan tar dan ini mungkin akan memberi pandangan negatif terhadap kedudukan KRC sebagai
muzium dan galeri seni yang
unggul. Pelebaran jaan dan juga kemudahan lampu jalan sepanjang jalan masuk ke KRC juga hendaklah dibangunkan daan di pasang agar nampak cerah dan ini boleh mengurangkan risiko kadar jenayah bagi jalan msuk ke KRC
iii -
Kemudahan Letak Kereta Yang Luas
Menyediakan bilangan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi perlulah diwujudkan di kawasan KRC. Ini mungkin untuk menampung bilangan kereta ataupun bas yang datang pada waktu atau musim punca seperti cuti sekolah dan sebagainya.
iv-
Lokasi
Lokasi KRC berdekatan dengan tarikan-tarikan pelancongan yang lain seperti Tok Bali yang hanya 6 KM dari KRC juga boleh menjadi tarikan sokongan bagi mereka yang berkunjung ke ke Tok Bali.
Kewujudan kemudahan-kemudahan lain
terdapat isekitar KRC turut membantu mempercepatkan lagi akan kemasyhuran KRC. Kedudukan KRC yang strategik di antara Tok Bali dan Bachok, telah memudahkan sistem pengangkutan bagi laluan bas dan teksi ke KRC dna juga pengangkutan ke lapangan terbang.
108 v-
Sistem Pengurusan Yang Terancang
Mengadakan sistem pembuangan dan pelupusan sampah yang terancang serta kewujudan kaedah sistem pembentungan, penyediaan kualiti air yang bersih dan sistem Pemparitan, akan menambahkan lagi suasana bersih, ceria dan selamat di sekitar KRC. Apabila pelawat atau pelancong mendapati terdapatnya sistem yang terancang di KRC , mereka akan berasa selamat, ceria dan akan membuat kunjungan
berulang (repeat
visiting ) ke KRC.
vi -
Ameniti
Menyediakan ameniti seperti surau, tandas yang dalam keadaan baik, tayangan
video,
perpustakaan,
kemudahan
tempat
makan
dan
minum,
bilik kedai
cenderamata, kemudahan bagi OKU, penyediaan tempat menarik seperti kawasan riadah yanag luas dengan disediakan seperti terdapatnya pancutan air, pusat penerangan pelancong, kemudahan penginapan, tempat rehat, sukarelawan dan kemudahan pos akan menambahkan lagi
suasana yang boleh menyebabkan para pengunjung
dan
pelancong untuk berkunjung ke KRC. Ini kerana setiap kemudahan yang tersedia itu mereka tidaklagi perlu ke tempat yang jauh bagi mendapatkan apa-apa perkhidmatan. Adanya peta dan arah petunjuk arah dalam kawssan KRC juga akan menyebabkan pelawat dan pelancong senang untuk bergerak agar tidak mudah sesat.
C)
Apek Pengurusan
i-
Pengurusan Sumber manusia
Aspek pengurusan yang perlu ditekankan oleh pihak pengurusan dari segi pengurusan sumber manusia dalah seperti bilangan staf, memberi lathan kepada staf, pengambilan staf
yang berpendidikan dan
berpengalaman akan memudahkan kagi
kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Hubungan yang baik antara pihak atasan dengan
109 pekerja bawahan adalah amat penting bagi mengekalkan rasa semangat bekerjasama atau espirit de corp dalam suasana bekerja ini keran mereka akan merasa diri mereka dihargai.
ii –
Hubungan Dengan Pihak-pihak Yang Lain
Hubungan dengan agensi kerajaan, dengan NGO, hubungan dengan masyarakat setempat, serta dengan agensi-agensi pelancong segala program yang diatur
adalah amat perlu bagi memudahkan
atau yang dirancang dapat disalurkan dan juga
diperkenalkan kepada masyarakat umum. Disamping itu juga, idea-idea atau cadangan-cadangan umum dari pelbagai pihak boleh jadikan panduan kepada pihak pengurusan KRC dalam usaha bagi menarik lebih ramai para pengunjung dan pelancong melawat ke
KRC dan sekaligus dapat memangkinkan kepada pelancongan
pendidikan.
iii-
Pengurusan Pelancong Yang Berkesan
Kewujudan dasar yang khas penubuhan KRC dan teknik pengurusan pelawat adalah penting. Ini supaya kedatangan pelawat atau pelancong tidak melebihi had yang mungkin boleh menyebabkan kesesakan sehingga boleh mendatang ketidakseronokan kepada para pelancong dalam menghayati keindahan dan kesan pengalaman dari muzium dan galeri seni tadi. Disamping itu juga, pengurusan pelancong yang berkesan akan menghalang daripada berlakunya kerosakan pada persekitaran semulajadi dan juga keadaan bangunan KRC tersebut
110 D)
Aspek Pemasaran dan Promosi
i-
Usaha Pemasaran Yang Sentiasa Berterusan
Pihak pengurusan tahu membuat aktiviti dan pemasaran dengan berkesan penting dalam usaha untuk memperkenalkan lagi kewujudan KRC. Ini kerana dengan adanya usaha pemasaran dan promosi yang berterusan, segala informasi dan pengetahuan terkini akan sentiasa dikemaskini oleh pihak pengurusan KRC itu sendiri.
ii –
Saluran Agihan Berkesan
Adanya laman web mengenai KRC, publisiti dilakukan secara agresif seperti memasukkan KRC dalam majalah, laman web, blog, promosi dan publisiti secara bersepadu dengan pihak kerajaan, pengusaha resort, agensi pelancongan, promosi secara langsung
dilakukan
kepada
agensi-agensi
kerajaan
bagi
menjayakan
program
pelancongan pendidikan di KRC, promosi secara langsung dilakukan kepada swasta, badan korporat bagi menjayakan program pelancongan di KRC akan mempercepatkan lagi informasi atau pengetahuan orang ramai terhadap kewujudan KRC ini. Disamping itu juga, dengan adanya pemasaran oleh pihak-pihak tertentu seperti agensi pelancongan dan pihak agensi kerajaan akan mempelbagaikan lagi teknik dalam
pemasaran dan
promosi
iii -
Kaedah Komunikasi Pemasaran Yang Berkesan
Pihak pengurusan KRC bolehlah membuat campuran komunikasi pemasaran usaha untuk memperkenalkan KRC dengan lebih berkesan dan cepat. Ini termasuklah seperti jadual dibawah :
111 Jadual 5.2 : Kaedah Komunikasi Pemasaran Yang Berkesan
Pengiklanan
- Membuat pengiklanan terhadap kewujudan KRC sebagai muzium. Alat-alat yang digunapakai seperti internet, percetakan, badan penyiaran dan sebagainya.
Promosi
- Alat-alat yang terlibat ialah seperti mengadakan demonstrasi, kupon masuk, pameran dan sebagainya.
Perhubungan Awam
- Membina hubungan awam yang baik dengan mana-mana agensi atau badan kerajaan, agensi pelancongan, badan NGO, orang perseorangan, pihak akhbar dan media percetakan. Ini boleh membina imej yang baik serta dapat menghindari atau menangkis cerita-cerita yang buruk mengenai KRC.
Personal
- Sentiasa membuat apa-apa persembahan dan menyertai pameran dan ini akan memperkuatkan lagi imej muzium dan galeri KRC terhadap kesenian ukiran Melayu dan juga program-proram yang ditawarkan oleh pihak pengurusan KRC tersebut.
Pemasaran Terus
- Pemasaran terus adalah penting dalam usaha untuk mensasarkan pengunjung dan pelancong dalam menggalakkan golongan tertentu agar datang melawat ke muzium KRC. Alat-alat yang terlibat adalah seperti katalog, melalui telefon, insentif program dan juga pengenalan kepada pakej-pakej program.
112 5.6
Kepentingan Pembangunan KRC Terhadap Masyarakat Setempat
Sememangnya kewujudan KRC ini boleh memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali bagi sekitar Kandis Resource Centre itu sendiri. Ini kerana banyak pihak terlibat akan mendapat manfaat dan faedah di atas kejayaan pembangunan Kandis Resource Centre.
Pemandu pelancong Pengusaha penginapan
Homestay
Pembangunan KRC
Pengusaha retail outlet
Industri desa
Restoran, gerai, tempat makan
Pengusaha pengangkutan Kumpulan persembahan kebudayaan
minum
Rajah 5.2 : Kepentingan Pembangunan KRC Terhadap Masyarakat Setempat
113
5.7
Kesimpulan
Daripada hasil kajian yang telah dibuat, pengkaji telah dapat membuat kesimpulan bahawa pembangunan Kandis Resource Centre (KRC) sememangnya berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan pendidikan. Walaupun asas kepada pembangunan Kandis Resource ini adalah tarikan kepada pelancongan kebudayaan dan warisan, namun dengan adanya pelancongan tersebut, ini adalah merupakan satu peluang bagi pihak KRC untuk menerajui dan seterusnya menjadi pihak persendirian yang pertama dalam sebagai pemangkin kepada pelancongan pendidikan. Kalau dilihat ada empat program yang ditawarkan oleh pihak Pengurusan KRC seperti program pelancongan pendidikan, program senibina, program alam sekitar dan program lanskap.
Kesemua progam yang ditawarkan ini adalah berkonsepkan dan berkaitan
dengan pelancongan pendidikan.
Terdapat dua faktor yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan memajukan
KRC ini, iaitu faktor dalaman KRC sendiri dan faktor luaran yang
melibatkan agensi kerajaan, NGO, pihak swasta dan juga orang perseorangan. Oleh itu, kerjasama antara pihak Pengurusan KRC dengan pihak-pihak yang terlibat dalam sektor kebudayaan dan warisan serta pelancongan adalah amat-amat dialukan dalam usaha untuk memelihara dan memulihara kebudayaan, kesenian dan warisan negara.
Dengan kewujudan KRC ini, sememangnya ia boleh membantu memangkinkan pelancongan pendidikan terutamanya di Kelantan dan di Malaysi amnya. Kesedaran terhadap pelancongan pendidikan terutamaya yang berkonsepkan kerpada pelancongan budaya dan warisan ini penting dalam usaha untuk memupuk rasa kesedaran dan sayangkan serta menanam semangat cintakan budaya warisan tanah air yang semakin kurang diminati terutamanya golongan remaja dan belia.
114 Akhir sekali, adalah diharapkan melalui kajian ini, dapatlah pihak-pihak bertanggungjawab dan
lain yang
berkenaan bersama-sama untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam usaha untuk membantu pihak Pengurusan KRC memangkinkan pelancongan pendidikan yang berkonsepkan kepada kebudayaan, kesenian dan warisan Melayu.
115
RUJUKAN
Amran Hamzah, Prof. M. Dr. (2002). Culture Heritage management And Tourism in Malacca : The Need for A Systematic Approach. “ Dept. of Town Planning and Regional Planning. Malaysia. UTM
Ankomah P.K dan Larson, R.T (2000), Education Tourism : A Strategy to Strategy to Sustainable Development in Sub-Saharan Africa. Annals of Tourism Research.
Badaruddin Mokamad (2005). Heritage Tourism Management In Japan. Pulau Pinang. Perpustakaan USM
Bonn, M.A dan Brand, R.R (1995). Identifying Market Potential : The Application of Brand Development Indexing The Pleasure Travel. Journal of Travel Research . 34. 31-35
Buckely, P. dan Papadopoulus S.I (1986). Marketing Greek Tourism- The Planning Process. Tourism Management, 7 (2) 82-100
Carol C. Caughey, Victoria Douglass. Satisfaction With Tours of A Frank Lloyd Wright Building. Journal of consumer satisfaction, dissatisfaction and complaining behavior; 2003; 16, abi/inform global pg. 233. Oregon State University.
Cooper, C. Fletcher, J. Gilbert, D and Wanhill, S. (1998). Tourism : Principles and Practice. Edinburg. Addison Weley Longman. Ltd.
Gibson, H (1998) The Educational Tourist. Journal of Physical Edcucation, Recreation and Dance . 69. (4), 32-34
Gee, C.Y. Makens, J.C. Choy, D.J.L (1997). The Travel Industry. 3rd Ed. Canada. John Wiley and Sons. th
Goeldner dan Ritchie (2002) Tourism : Principles, Pactices, Philosophies. 8 . New York. John Wiley & Sons.
116 rd
Gunn, C. (1998). Tourism Planning: Basis, Concepts and Cases. 3 Ed. Washington DC. Taylor and Francis. Hearty, Margaret, J. (1989). Tourism Tarnsport – Implication For Developing Countries.” Tourism Management . 10(4) : 272-274
Holdnak, A. Dan Holland, S (1996). Edutourism : Vacationing To Learn : Parks and Recreation, 72-75
Hollinshead, K. (1993). Encounters in Tourism. VNR’s Encyclopedia of Hospitality and Tourism. 636-651.
Inkeep, E (1999). Tourism Planning : An Intergrated and Sustainable Development Approach. New York. Van Nostrand Reinhold.
Jain, S.C (1998). Marketing Planning and Strategy . 2nd . Cincinnati: South -West Publishing Co.
Jin Huh (2002). Tourist Satisfaction With Cultural / Heritage Sites: The Virginia Historic Triangle. Faculty of the Virginia Polytechnic Institute and State University. Tesis.
Jefferson, A. And Lickorish, L (1991). Marketing Tourism, ,Harlow, Essex, UK. Longman
Kalinowski , K dan Weiler, B (1992). Review. Educational Travel In B.Weiler and C. Hall (Eds), Special Interests Tourism. London. Bellhaven
Kotler, P and Amstrong G (1996). Principles of Marketing, , Englewood Cliff, New Jersey. Printice Hall
Law, C.M (1988). Conference and Exhibition Tourism’. Built Environmnet 13 (2). 85-92
Law,E (1997). Managing Packaged Tourism : Relationship, Responsibilities and Service Quality in The Inclusive Holiday Industry.
Mc Intosh, R.W, Goeldner C.R, Ritchie B.J.R (1995) Tourism : Principles, Pactices, th Philosophies. 7 . New York. John Wiley & Sons.
117 McKercher B. Ho, S.Y.P dan Hilary du C. Attributes of Popular Cultural Attractions in Hong Kong. Annals of Tourism Research. 31. (2) 393-407
Mohd Fakri IzzaShah Abd Halim Shah (2004). Kebun Sebagai tarikan Pelancongan. UTM. Tesis
Nowacki, M.M (2005). Evaluating a museum as a tourist product using the servqual method. Museum Managment and Curatorship. 20.235-250
Netherlands National Tourist Office (1982). Strategic Plan. 1983-1987.
Nurlinda Abdullah (2004). Keberkesanan pakej Pelancongan Pelajar Yang Ditawarkan Oleh Agensi Pelancongan Perintis. UTM. Tesis
Page, S. (1995). Urban Tourism. London . Routledge Tourism.
Pizam A. And Mansfeld Y.(1996). Tourism Crime and International Security Issues. Sussex. John Wiley & Sons, Ltd.
Richards, G. (1995). Production and Consumption of European Cultural Tourism. Annals of Tourism Research, 22(2) 261-283
Rodger, D. (1998). Leisure, Learning and Travel. Journal of Physical Education. Recreation and Dance . 69 (4), 28-31. Daily Times September 1999.
Swarbrooke, J.(2002). Sustainable Tourism Management. Cultural Attraction and British Industry.
Swarbrooke, J. (2003). The Deveopment and management of Vsitor Attractions. 3rd. Butterworth – Heinemann.
Trigg, P. (1996). Leisure and Tourism GNVQ. Oxford. Butterworth Heinemann. Vander Stoep, G (2005). Museum Visitors’ Perspective On And Prefered Experiences For Heritage Tourism Procedings of the 2005 Northestern Recreation Research Symposium. USDA Forest Service, Gen. Tech. Rep NE-341 : 326-336