LATAR BELAKANG
NAMA:
Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN: Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL:
Georgetown, Pulau Pinang
UMUR:
51 tahun
ISTERI:
Datin Yusnita Ramli
ANAK:
Waseem (9), Safiya (6) dan Safina Safin a (3)
ADIK-BERADIK: ADIK-BERADI K:
Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN:
Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan
keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.
CIRI-CIRI USAHAWAN
Kesungguhan Datuk Yusuf Taiyyob dalam mengembangkan perniagaannya dapat mencerminkan beberapa ciri keusahawan, antaranya ialah:
Kerajinan, Komitmen, keazaman dan Ketabahan
Keempat-empat ciri di atas mempunyai hubung kait antara satu sama lain dalam diri Datuk Yusuf Taiyoob. Semua usaha memerlukan kerajinan, komitmn, keazaman dan ketabahan Datuk Yusuf Taiyoob dalam mengatasi cabaran, rintangan, masalah dan kegagalan yang timbul pada peringkat awal dan halangan-halangan yang wujud. Dengan ciri yang ada pada Datuk Yusuf Taiyoob, beliau tidak berputus asa malah terus berusaha berulang kali untuk mencari yang terbaik untuk mengatasu halanganhalangan dan masalah-masalah yang timbul iaitu dari kegagalan dalam perniagaan minya wangi, beliau bertukar kepada perniagaan kurma.
Bertanggungjawab
Datuk Yusuf Taiyoob juga mempunyai ciri keusahawan yang bertanggungjawab ke atas
sebarang
keputusan
usaha
teroka
yang
diceburi.
Beliau
berasa
bertanggungjawab di atas kejayaan atau kegagalan seperti yang telah diusahakan. Sifat tanggungjawab yang ada pada beliau menjadikan beliau seorang yang beretika.
Beliau mempunyai tanggungjawab dan beretika terhadap pekerja-pekerjanya, pihakpihak tertentu yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan beliau. Datuk Yusuf Taiyoob seorang yang bertanggungjawab terhadap pelanggan, pembekal, masyarakat dan negara.
Berinisiatif
Datuk Yusuf Taiyoob seorang yang mempunyai iniseatif untuk memulakan dan mewujudkan sesuatu usaha teroka baru, walaupun ianya dianggap pelik dan asing oleh orang lain. Beliau memulakan perniagaan kurma dan cuba mempelbagaikan perniagaan produk berdasarkan peluang-peluang yang dikenal pasti. Beliau mempunyai daya inisiatif yang tinggi di mana beliau mempunyai kecenderungan untuk melihat, menganalisis dan mengambil tindakan secara proaktif. Datuk Yusuf Taiyoob tidak menunggu peluang datang bergolek. Oleh itu, tanpa menunggu lama, beliau meneruskan pernigaan kurma dengan lebih pantas.
Berorientasi kepada Peluang
Kejayaan Datuk Yusuf Taiyoob banyak bergantung kepada kebolehan dan kemampuan mereka dalam mencari, melihat dan merebut peluang-peluang yang ada dan boleh dimanfaatkan.
PERNIAGAAN
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar µRaja Kurma Malaysia¶, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran µDatuk Kurma¶.
Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.
Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.
³Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang
saya,
tetapi
saya
bersyukur
mendapat
bantuan
keluarga.
³Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,´ kata bapa kepada tiga anak itu.
Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.
Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.
Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.
Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.
³Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,´ katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.
Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan
stor
simpanan
sejuk
bekunya.
Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.
Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.
Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.
Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.
Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.
³Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,´ katanya.
Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.
Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
³Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.
³Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,´ katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.
Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
SEJARAH KEJAYAAN
Semangat kental yang ada pada pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, wajar dicontohi generasi muda, khususnya yang menyimpan cita-cita meneroka bidang perniagaan.
Datuk Yusuf Taiyoob, 47 pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal.
Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar.
"Orang tua saya fikir saya akan mati apabila lihat banyak darah keluar, nasib baik cepat mendapat rawatan.
"Doktor kata, kalau saya ini orang tua, saya sudah pergi dulu (meninggal dunia)," katanya mengimbau jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan dalam satu pertemuan di pejabatnya di Plaza MWE, Georgetown, Pulau Pinang.
Yusuf yang sebak menceritakan pengalamannya berkata, kejadian itu masih berbekas di hatinya kerana mengingatkan tiada sesiapa yang dapat membantunya kecuali diri sendiri dan keluarga rapat.Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum mencapai tahap sekarang.
Katanya, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu.
"Saya bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi minyak wangi yang saya adun sendiri. Bukan saja syarikat berpengaruh itu tidak mahu menjual, minyak itu dibaling begitu saja," katanya.
Namun, cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya,
malah selepas peristiwa muntah darah serius sehingga tubuh badan kurus akibat perniagaan merudum, beliau terus mencari peluang untuk membuka perniagaan baru di lokasi lain.
"Saya bernasib baik mendapat sokongan ibu bapa dan datuk yang sebelum ini biasa terbabit dalam perniagaan. Pada masa itu, saya juga masih muda, ada peluang, untuk tukar haluan.
"Selepas
keluar
hospital
dan
berehat
seketika,
saya
bertekad
memulakan
perniagaan lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecilan, katanya.
Ketabahannya itu membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang maju sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan pembekal kurma dan makanan untuk pasaran tempatan serta negara jiran termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.
Kini, anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Beliau yang enggan memberitahu nilai jualan syarikatnya, berkata kini syarikatnya membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara pada harga antara RM3 hingga RM120 sekilogram.
Kurma itu diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasuk Tunisia, Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
"Saya pilih buah berkualiti tinggi berbanding yang ada di pasaran. Pelanggan kami mengetahui kualiti buah ini dan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkannya," katanya.
Syarikatnya juga mengimport pelbagai makanan kering seperti rempah ratus untuk masakan dan bahan membuat kuih-muih dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat.
Dengan tempahan yang semakin memberangsangkan di beberapa negara Asia Tenggara, memaksa syarikat yang kian berkembang untuk memiliki kilang sendiri bagi menempatkan stok dan membungkus produk dengan jenama sendiri, Yu Ta.
Kilang yang dibina di kawasan seluas hampir lima hektar di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, bakal siap sepenuhnya menjelang Mac depan dengan kos RM20 juta.
"Harapan saya jenama Yu Ta menjadi sinonim di kalangan masyarakat negara ini dan luar negara pada masa depan.
"Saya juga berharap perniagaan saya ini berkembang maju bagi membolehkan saya membantu masyarakat yang memerlukan," katanya.
Pelaburan RM20 juta bina kilang canggih
PENGELUAR dan pembekal kurma serta makanan import, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, menjangkakan pertumbuhan jualan sehingga 40 peratus daripada kira-kira RM60 juta setahun sekarang apabila kilang barunya di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, siap Mac tahun depan.
Datuk Yusuf Taiyoob, berkata kilang baru serba canggih di tapak seluas lima hektar membabitkan pelaburan RM20 juta itu membolehkan syarikat menghasilkan keluaran yang lebih tinggi pada bila-bila masa menggunakan teknologi moden.
Secara tidak langsung, katanya, ia juga dapat mengurangkan kos operasi syarikat yang selama ini terpaksa menyewa gudang bagi menempatkan stok dan bekalan dalam kuantiti besar.
"Kilang ini mampu menempatkan 700 kontena stok makanan sejuk dan kering pada satu masa, yang diimport dan diproses semula dengan jenama Yu Ta singkatan nama Yusuf Taiyoob.
"Ia menjadikan kilang ini sebagai pusat pengeluaran dan pembekalan bahan makanan basah dan kering terbesar di utara Semenanjung sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura," katanya.
Yusuf berkata, apabila siap kelak, kilang itu mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 50 penduduk setempat.
"Bagi keperluan jangka panjang, syarikat juga membeli sebuah bangunan warisan dua setengah tingkat di Lebuh Bishop, Georgetown untuk pelaburan masa depan," katanya.
Mengenai persiapan syarikat memenuhi permintaan bekalan kurma dan produk makanan lain pada Ramadan dan Aidilfitri ini, Yusuf berkata, sebanyak 3,000 tan metrik pelbagai jenis kurma diimport untuk pasaran negara ini.
Ia tidak termasuk produk makanan lain seperti bahan untuk membuat kuih, masakan seperti rempah-ratus dan kacang serta makanan kering yang diimport dan diedar secara borong kepada lebih 1,000 pengedar di seluruh negara.
Pihaknya mensasarkan jualan sebanyak RM20 juta bagi musim perayaan ini iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding musim sebelum ini.
"Jualan setiap tahun memberangsangkan kerana pelanggan kami mengetahui kualiti produk kami yang bermutu dan dijual pada harga berpatutan," katanya.
INFO
Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988). Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma.
Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
SUMBANGAN
Bapa kepada tiga anak yang berusia satu hingga tujuh tahun, berkata rezeki yang diperoleh itu sentiasa dikongsi bersama golongan kurang bernasib baik pada sepanjang masa.
"Saya tidak pernah hadkan sumbangan saya, namun saya tidak suka memberi kepada sebarangan orang yang meminta.
"Saya akan pastikan mereka yang menerima golongan yang layak, kerana duit yang diperoleh bukan jatuh terus dari langit," katanya.
Kesibukannya yang bertugas dari pagi hingga malam, termasuk hari cuti tidak menghalang daripada menjalankan kerja kemasyarakatan.
Bagaimanapun, beliau tidak berminat dengan jawatan walaupun sering ditawarkan pelbagai jawatan seperti ahli lembaga pengarah pertubuhan di Pulau Pinang.
"Biarlah saya tumpukan kepada perniagaan dan hasilnya saya kongsi kepada golongan yang memerlukan," katanya.
Yusuf juga jarang bersukan termasuk golf yang digemari ahli korporat lain.
"Saya habiskan masa di rumah dengan keluarga jika tiada urusan di luar," katanya sambil menambah kejayaan yang diperoleh dapat membantu golongan kurang bernasib baik.
"Itu sudah menjadi kewajipan kita dan saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk mencapai hingga tahap ini," katanya yang menerima pelbagai anugerah termasuk yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 2002 dan baru-baru ini.
Berita Harian bertarikh 14 Ogos 2010 yang bertaju Yusuf Taiyoob sumbang kurma lebih RM7,000 memaparkan sumbangan beliau kepada masyarakat.
BATU KAWAN: Pengedar kurma terkemuka di negara, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (YUTA) menyumbangkan kurma bernilai lebih RM7,000 untuk program Semarak Ramadan Berita Harian bagi menyemarakkan syiar Ramadan di lokasi terpilih di seluruh negara. Ia adalah kali kedua YUTA memberi sumbangan berbentuk buah kurma dalam program Semarak Ramadan Berita Harian sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu.
Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (YUTA), Datuk Yusuf Taiyoob kepada Koordinator Operasi Jualan, Jabatan Pengedaran The New
Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) cawangan Pulau Pinang, Wan Zarifah Wan Ibrahim. Majlis ringkas itu diadakan di pusat penyimpanan YUTA di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, dekat sini. Yusuf berkata, pihaknya meneruskan komitmen dalam program Semarak Ramadan Berita Harian kerana yakin program itu mampu memeriahkan sambutan bulan penuh kemuliaan iaitu Ramadan.
³Kami mahu bersama-sama memeriahkan Ramadan yang mulia ini dengan memberi sumbangan berbentuk buah kurma kepada umat Islam.
³Diharapkan, ia mampu menambah kemeriahan Ramadan kali ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan itu di sini.
Selain YUTA, program itu turut menerima tajaan Padi Beras Nasional (BERNAS), MKT Links Sdn Bhd, syarikat pencuci jenama Mama dan Petronas Gas yang menyumbang 1,000 helai apron untuk diagihkan kepada penjaja di setiap bazar Ramadan yang berdekatan bersempena program Semarak Ramadan ini.