http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1
INTERVENSI AWAL
y
Definisi Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan
khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan
usaha
pendidikan,
maklumat
tentang
pemakanan,
perkembangan
kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi
awal
boleh
merupakan
pengukuhan
penguasaan
bahasa,
mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanakkanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut µdis-lek-sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1
pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal. y
Pentingnya Intervensi Awal Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif
kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanakberisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa? Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1
seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan. y
Pelaksanaan Intervensi Awal Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan. (a) Intervensi Berpusatkan Guru Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1
kanak-kanak
dan
memantau
kemajuan
mereka.
Intervensi
berpusatkan
guru
sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran. (b) Intervensi Berpusatkan Pelajar Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah µberpusatkan pelajar¶ membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk µberdiri di atas kaki sendiri¶. (c) Intervensi Berpusatkan Keluarga Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanakkanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. Apakah persamaan dan perbezaan di antara intervensi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan keluarga?
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1
PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK
Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005). Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanakkanak yang diajar dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanakkanak yang syaki mengalami kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk penyaringan dan diagnosis. y
Penyaringan Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
hendak ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian
pengajaran
sesuai
dengan
pelajar
berkenaan.
Sekiranya
pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1
y
Pengujian Diagnostik Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah
atau beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak- kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003). (a) Perkembangan Motor Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian
tentang
perkembangan
motor
dapat
menunjukkan
tahap
kekuatan,
kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak. (b) Perkembangan Kognitif Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat
sedia
ada,
menyelesai
masalah
dan
menghasil
idea-idea
baru
adalah petanda-petanda perkembangan kognitif. (c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,
pengetahuan
dan
sebagainya.
Kanak-kanak
berkomunikasi
dengan
menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan,
http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1
frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. (d) Perkembangan Emosi dan Sosial Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanakkanak berkeperluan khas. (e) Kemahiran Adaptif Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas. Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola) dan kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain).