Contoh Resensi Buku Ilmu PengetahuanFull description
Full description
Deskripsi lengkap
filsafatDeskripsi lengkap
filsafatFull description
Filsafat IPA
FilsafatFull description
5) ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI : 5.1) PEMERHATIAN
Saya telah membuat pemerhatian tentang persekitaran dan suasana bilik darjah sewaktu saya menjalankan PBS di SK Kapa Tamparuli. Antara pemerhatian yang telah saya perhatikan di sekolah tersebut ialah pelan bilik darjah semasa mambantu mentor melaksanakan PdP di dalam bilik darjah. Pelan bilik darjah pada sekolah tersebut adalah seperti berikut: PAPAN HASIL KARYA MURID
SUDUT BACAAN
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA PELAJAR
MEJA GURU
PAPAN TULIS
Selain itu, saya juga telah membuat pemerhatian bagaimana cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan dan digunakan secara berkesan di bilik darjah tersebut. Guru tersebut telah menggunakan alat bantu mengajar semasa menjalankan PdP dalam bilik darjah. Alat bantu mengajar yang digunakan adalah seperti carta yang digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid dapat melihat dengan mudah. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru tersebut telah menutupnya terlebih dahulu kemudian menunjukkan kepada muridmurid bahagian demi bahagian mengikut penerangan guru tersebut. Dengan ini, ia boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka. Guru tersebut juga telah menggunakan kaedah audio-visual dengan penggunaan radio apabila mengajar pendidikan muzik di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan strategi ini, guru tersebut akan menyampaikan pelajarannya dengan mudah, lebih menarik serta lebih berkesan manakala murid-murid akan memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sendiri atau secara berkumpulan.
5.2) SENARAI SEMAK
Setelah menjalankan Program PBS di SK Kapa Tamparuli selama 5 hari, satu senarai semak telah saya buat mengenai pelbagai aspek. Tujuannya ialah untuk menyemak sama ada bahan dan sumber PdP mudah digunakan oleh murid di dalam bilik darjah atau sebaliknya. Melalui senarai semak yang telah saya lakukan, saya mendapati bahawa kesemua bahan dan sumber PdP sangat mudah digunakan oleh murid di dalam bilik darjah. Murid-murid juga akan lebih mudah memahami pembelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut.
Saya juga telah membuat senarai semak sama ada murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan Teknologi dan Maklumat (TMK) atau sebaliknya. Sepanjang saya menjalankan program PBS ini, saya mendapati guru-guru sekolah tersebut tidak menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK. Hal ini disebabkan oleh kekurangan kemudahan seperti komputer dan pacaran projektor. Sekolah ini belum mendedahkan penggunaan TMK dalam bilik darjah. Oleh itu, guru sangat memainkan peranan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses PdP dan menggunakan kemahiran TMK sebagai alat bahan mengajar.
5.3) TEMU BUAL
Semasa melaksanakan PBS di SK Kapa Tamparuli, saya telah menjalankan temu bual dengan guru, Puan Jamilah Binti Ensin. Melalui sesi temu bual ini, saya lebih memahami sejauh mana program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Temu Bual Dengan Guru Media Nama guru
: Puan Jamilah Binti Ensin (Puan Jamilah)
Nama guru pelatih
: Jacquelyn Jackol (Jacquelyn)
Tempat temu bual
: Pusat Sumber di SK Kapa Tamparuli, Sabah
Masa
: 10.00 pagi – 10.30 pagi
Tarikh
: 20 September 2016
Jacquelyn
: Selamat pagi, puan.
Puan Jamilah : Selamat pagi. Jacquelyn
: Bolehkah puan meluangkan masa untuk saya menjalankan temu bual?
Puan Jamilah : Silakan. Jacquelyn
: Terima kasih, puan. Berapa kerapkah murid-murid akan datang ke pusat sumber untuk membaca buku?
Puan Jamilah : Murid-murid akan masuk ke dalam pusat sumber mengikut jadual Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang telah disediakan mengikut masa yang diberikan. Dengan itu, murid-murid akan masuk ke dalam pusat sumber dengan pemantauan guru pusat sumber. Jacquelyn
: Bagi puan, adakah program NILAM membantu murid-murid untuk meningkatkan pembacaan mereka ?
Puan Jamilah : Pada pendapat saya, program NILAM yang dilaksanakan di sekolah ini sangat membantu untuk meningkatkan pembacaan murid-murid di sekolah
ini. Hal ini kerana, murid-murid dapat meningkatkan pengetahuan mereka melalui pembacaan seterusnya dapat meningkatkan akademik mereka dalam bilik darjah. Jacquelyn
: Sekian sahaja temu bual saya pada hari ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan kerana sudi meluangkan masa bersama saya untuk menjalankan temu bual ini. Banyak yang dapat saya pelajari dalam perbualan ini.