21 Jenis Selawat Nabi
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
HIMPUNAN 21 SELAWAT NABI
Klinik Muallij Islamiah http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani 25 Jun 2010 (12 Rejab 1431)
1 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
Asas Selawat Nabi
Firman Allah
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56] Pengertian Selawat Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa, rahmat dari allah, memberi berkah dan ibadat . Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nab . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 ) Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :
1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya, istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya . 2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan. 3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya . Hukum Membaca Selawat
Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya : 1. Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam . 2. Imam Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan akhir.
2 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir. 4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya. 5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali. 6. At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W 7. Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis. 8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja. 9. Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat k pd Nabi adalah suatu ibadah wajib. Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W. Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat
1.Sabda Nabi S.A.W “Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat AtTrimidzi) 2. Sabda Nabi s.a.w: “Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus. “ (Hadis Riwayat Ahmad & AlKhatib) 3. Sabda Nabi s.a.w: “Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.“ (Hadis Riwayat Abu Daud) 4. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya.“ (Hadis Riwayat Abu Daud) Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin. Waktu-Waktu
berselawat
Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya: 3 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku (selawat dan salam). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” (Hadis Riwayat Abu Daud) Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad “ 2. Sesudah Azan . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku .” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim) 3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang . 4. Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.” 5. Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku.“ 6. Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu.“ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi) 7. Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad.“ 8. Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “ (Hadis Riwayat Thabarani) 9. Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat . 10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ (Hadis Riwayat Abu Daud)
4 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
11. Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan. “(Hadis R iwayat Syafi’i &Daraquthni) 12. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud) 13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “ (Hadis riwayat Ibnu Sunni) 14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi) 15. ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w: “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi) 16. Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni) 17.Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ (Hadis Riwayat Ahmad) 18. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “ ( Hadis Riwayat Thabarani ) Kelebihan selawat mengikut para ulama
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah. 2) Ditulis sepuluh kebajikan. 3) Dihapuskan sepuluh kesalahan. 4) Diangkat sepuluh darjat. 5) Memperolehi kesempurnaan iman. 6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan. 7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh. 8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. 9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w. 10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. 11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan m elapangkan rezeki. 12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa. 13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib. 5 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat. k iamat. 15) Menjadi sedekah bagi yang tidak t idak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah) 16) Terhindar dari kefakiran. 17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w. 18) Memperolehi keberkatan dalam hidup. 19) Terhindar dari orang-orang bakhil. 20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t. 21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga. 22) Menjadi zakat dan pembersih diri. 23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat. 24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit. 25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas t ugas ibadah. 26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati. 27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w. 28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar. 29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat. 30) Terkabul segala hajat dan cita-cita. JENIS-JENIS SELAWAT
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, maka ia akan ak an memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” Hadith Riwayat Thabarani “Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku.” Hadith Riwayat Ibnu Adi dan Al-Baihaqi “Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa.” Hadith Riwayat Ibnu Hibban “Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadamu dari umatmu, ALLAH s.w.t mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan ALLAH mengangkat baginya sepuluh darjat dan ALLAH menolak atasnya yang seumpamanya.” Hadith Riwayat Ahmad “Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa).” Hadith Riwayat Ibnu Murdawaih “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka ALLAH menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.”Hadith Riwayat Muslim Dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w mengandungi 10 macam faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu: Memperoleh selawat dari Tuhan Penguasa Alam. Memperoleh syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w. Memdapat pimpinan dari malaikat yang baik baik. Menghapuskan dosa. Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup. 6 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
Mempunyai perbezaan dengan orang munafik dan kafir. Memperoleh nur zahir dan batin. Mendapat keselamatan dari azab neraka. Membolehkan memasuki syurga. Memperoleh ucapan selamat dari ALLAH s.w.t. Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadith, bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w akan memperoleh berbagai-bagai faedah yang amat besar diantaranya: Memperoleh limpah rahmat dari ALLAH. Ditulis sepuluh kebajikan. Dihapuskan sepuluh kejahatan. Diangkat sepuluh darjat. Memperoleh kesempurnaan iman. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh. Mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. Memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki. Memperoleh hubungan rapat dengan Rasulullah s.a.w. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib. Terselamat dari kebingungan di hari kiamat. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah. Terhindar dari kefakiran. Dipandang sebagai orang yang mencintai Rasulullah s.a.w. Meperoleh keberkatan dalam hidup. Terhindar dari orang-orang yang bakhil. Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH s.w.t. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga. Menjadi zakat dan pembersih diri. Memperoleh selawat dari ALLAH dan para malaikat. Memperoleh pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
1. SELAWAT SYIFA
Terjemahan:
7 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
“Ya
Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”
Khasiat: Medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca pada air atau ubat tradisional Khasiat Selawat Syifa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka : 1. Menyihatkan jasmani dan rohani. 2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat. 3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah. 4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.
2. SELAWAT TAFRIJIAH.
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami, Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.” Selawat Nariyah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ert inya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali. Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu 8 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai. -Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat m endapat kedudukan yang tinggi. -Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. -Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
3. SELAWAT MUNJIYAT/SELAWAT MUNJIYYAH
Ya Allah limpahkanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dengan suatu selawat yang menyebabkan kami semua selamat dari ketakutan dan malapetaka dan yang menyebabkan Engkau tunaikan hajat kami, yang menyebabkan Engkau menyucikan hati kami dari segala kejahatan, yang menyebabkan engkau angkatkan kami ke darjat yang tinggi di sisiMu dan yang menyebabkan engkau menyampaikan semua cita-cita kami dalam bentuk kebaikan semasa hidup atau mati, di dunia dan di akhirat. Dibaca 40 kali, ,maka Allah SWT. menghilangkan segala kesusahan, memudahkan semua pekerjaan, mudah memperoleh rezeki, menerangkan hati, menaikkan pangkat, memperbaiki tingkah laku, membuka semua pintu kebaikan, mengindahkan ucapan, menjauhkan dari semua malapetaka, setiap orang (baik laki-laki maupun perempuan) yang melihatnya menjadi senang dan cinta. Tetapi harus dibaca setiap hari. Keterangan: Syeikh Al-Buni dan imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat, samada hajat dunia mahupun hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali dan waktu tengah malam, maka insyaALLAH tuhan akan menunaikan hajatnya dengan segera. 9 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
Imam Dainuri menerangkan, jika pada suatu waktu umat islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau adanya suatu pengharapan agar tercapai cita-cita, hendaklah membaca selawat atas nabi Muhammad s.a.w. Selawat Munjiyah baik juga diamalkan dibaca sekali setiap selesai solat fardhu.
. 4. SELAWAT FATIH
"Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung". Penjelasan: Selawat ini berasal dari Sayyid Abu Al-Mukarim Syed Muhammad Syamsuddin bin Abi Hassan Al-Bakri r.a. Diantara kelebihannya ialah diampunkan dosa kecil, tenteram jiwa dan hati, dimurahkan rezeki, diselamatkan keluarga dan kesusahan seterusnya memudahkan jodoh 5. SELAWAT SYAFI
10 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
6. SELAWAT JIBRIL
7. SELAWAT AR-RAUF AR-RAHIM
11 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
8. SELAWAT TASYAHUD/SELAWAT IBRAHIMIAH (PALING AFDAL)
9. SELAWAT AL-INAM
12 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
10. SELAWAT JUWAIRIAH/SELAWAT JAWAHIR
11. SELAWAT IMAM SYAFIE 1
" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH ! Rahmatilah ke atas nabi kami Muhammad setiap kali orang-orang yang mengingatinya berselawat keatasnya dan orang-orang yang lalai terlupa untuk berselawat keatasnya" Fadhilatnya: Menurut Imam Syafi'e, selawat ini mempunyai kedudukan yang tinggi,mendatangkan keutamaan dan mendapat keampunan ALLAH.
13 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
12. SELAWAT IMAM SYAFI'E 2
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. " Wahai ALLAH ! Rahmatilah Muhammad dengan bilangan barangsiapa yang berselawat ke atasnya dan rahmatilah Muhammad dengan bilangan sesiapa yang belum berselawat ke atasnya dan rahmatilah Muhammad sebagaimana yang Engkau telah perintahkan untuk mengerjakan untuk mengerjakan solat dan rahmatilah Muhammad sebagaimana Engkau sukakan orang yang berselawat ke atasnya dan rahmatilah Muhammad sebagaimana layak selawat itu untuknya." Fadhilatnya: Menurut Imam Syafi'e selawat ini mendatangkan keampunan dan kerahmatan dari ALLAH . 13. SELAWAT MUKAFA'AH
" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH ! Rahmatilah penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dengan rahmat r ahmat yang berkekalan, yang diterima dan dengan rahmat itu akan menunaikan haknya bagi pihak kami." Fadhilatnya: Barangsiapa membaca selawat ini setiap hari akan tergolong sebagai orang-orang yang cintakan Nabi Muhammad s.a.w.
14 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
14. SELAWAT SA'ADAH
" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH ! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu ALLAH, rahmat yang berkekalan dengan kekalnya kerajaan ALLAH." Fadhilatnya: Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, barangsiapa membaca selawat ini 100 0 kali pada malam Jumaat akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Menurut As-Syahwi, barangsiapa membaca selawat ini sekali dapat menyamai pahala membaca 600,000 selawat.
15. SELAWAT IBNU ABBAS
“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH ! Wahai yang memiliki kelebihan yang berterusan keatas sekelian makhluk,wahai pemilik kedua tangan yang sentiasa terbuka dengan kurniaan, wahai Tuhan yang mempunyaipemberianpemberian yang mulia, limpahkanlah rahmat atas Muhammad, sebaik-baik manusia dengan penghormatan dan ampunilah kami, wahai Tuhan Yang Maha Tinggi di petang ini. Fadhilatnya:
15 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
1) Menurut Ibnu Abbas r.a., barangsiapa membaca selawat ini 10 kali pada malam Jumaat atau siangnya, ALLAH akan mencatat baginya 1,000,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000,000 kejahatan dan mengangkat 1,000,000 darjat dan memperoleh rahmat dari doa Nabi Ibrahim K halilullah pada hari kiamat. 2) Barangsiapa sentiasa membaca selawat ini akan dapat menyinarkan hati dan mudah memahami sesuatu yang dipelajari serta mencerdaskan fikiran. 16. SELAWAT SAIDINA ALI
“ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi. Wahai o rang-orang beriman berselawatlah keatasnya dengan sesempurna selawat. Wahai ALLAH ! Tuhanku dan keberkatan-Mu. Rahmat ALLAH yang baik dan pengasih dan malaikat-malaikat muqarrobin, para anbiya, para sidiqqin, syuhada dan para solihin dan barang apa bertasbih kepada-Mu dari sesuatu, wahai Tuhan pemilik sekelian alam keatas penghulu segala rasul, imam orang-orang yang bertakwa dan rasul Tuhan sekelian alam, yang menyaksikan,pemba m enyaksikan,pembawa wa berita gembira,penyeru kepada-Mu dengan keizinan-Mu, lampu yang menyinari dan kesejahteraan keatasnya.” Fadhilatnya : Menurut Syeikh Zainudin Bin Hussain Al-Maraghi, selawat ini diajarkan oleh Saidina Ali k epada para sahabatnya setelah jenazah Rasulullah s.w.a selesai disembahyangkan sebagai suatu penghormatan 16 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
yang amat besar dan mulia. Barangsiapa membaca selawat ini, maka telah melahirkan penghormatan dan memohon rahmat dari ALLAH bagi Rasulullah s.a.w. 17. SELAWAT JIBRIL 1
" Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH ! rahmatilah ke atas Muhammad, seorang nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau merahmati Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim dan berkatilah Muhammad nabi yang ummi dan berkatilah ahli keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Limpahkanlah kasih sayang dan rahmat-Mu ke atas Muhammad sebagaimana Engkau mengasihi dan merahmati Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! kasihkanlah Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kasihkan Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Sejahterakanlah Muhammad dan ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kurniakan kesejahteraan ke atas Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia". Fadhilatnya: Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa membacanya akan mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan juga syafaat dari baginda.
17 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
18. SELAWAT JIBRIL 2
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH ! Rahmatilah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad di kalangan orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dan di kalangan penduduk langit hinggalah ke hari kiamat. Fadhilatnya: Menurut imam Sya'rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau mengajarkan kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca selawat ini akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w di hari kiamat. 19. SELAWAT BADAWI (WALI QUTHUB SIDI AHMAD AL-BADAWI)
Ertinya: Ya Allah, berkati penghulu kami Muhammad sinar penerang, dan dari misteri ke misteri, dan ubat penawar bagi orang yang bukan Yahudi, dan kunci ke pintu kiri, Penghulu Muhammad yang terpilih dan keluarga yang dimuliakan dan teman-temannya, semua orang yang baik akan menikmati keberkatan Allah. Inilah selawat Wali Quthub Sidi Ahmad al-Badawi dan. Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani dalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut: Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali. 18 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Selawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu bahkan selawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridnya 100 kali setiap hari. 20. SELAWAT BADRIYAH/ BADRIYAH/ BADARIAH BADARIAH
Limpahan Selawat Allah, Limpahan Salam Sejahtera dari Allah Kepada Thaha (Muhammad SAW) Rasulillah utusan ALLAH SWT, Limpahan Selawat Allah,dan Limpahan Salam sejahtera dari Allah Kepada Yasin (Muhammad SAW) Rasulillah kekasih ALLAH SWT.
Kami bertawasul dengan Bismillah dan dengan sang Penyampai Hidayah, Rasulillah (SAW), dan demi semua para mujahid di jalan Allah, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Wahai tuhanku selamatkanlah umat, dari kejahatan dan kemurkaanMu, Dan dari kegundahan serta kesusahan, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Wahai Tuhan Ku selamatkanlah kami, dan tolonglah kami dari segala gangguan, dan singkirkanlah siasat-siasat musuh, dan berlemah lembutlah kepada kami, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
19 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
Wahai Allah singkirkanlah singkirkanlah bencana-bencana dari para pendosa, dan kebinasaaan, Dan segala musibah dan wabah penyakit, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Betapa banyaknya rahmat yang telah tercurah, dan betapa banyaknya kesulitan yang telah tersingkir, Dan betapa banyaknya kenikmatan yang sampai, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Betapa banyaknya engkau cukupkan usia-usia (dengan hidayah), dan betapa banyaknya engkau santuni orang-orang faqir (dengan kemuliaan dan pengampunan), Dan betapa banyaknya engkau sembuhkan orang yang sakit (dengan tawassul dan keberkahan), Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Sungguh telah tersempitkan hati sanubari para penduduk bumi, maka selamatkanlah musibah dan kesulitan, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Kami datang mengemis kasih sayang, dan munculkanlah kebaikan dan kebahagiaan, kebahagiaan, Maka Luaskanlah Anugerah dikedua tangan kami, Demi Ahlul Badr Wahai Allah 20 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
Maka janganlah engkau tolak (wahai Allah SWT) hingga membawa kekecewaan, dan jadikanlah kami selalu dalam kebaikan, Dan dilimpahi kehormatan dan kewibawaan, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Jika engkau menolak kami (wahai ALLAH SWT) maka pada siapa kami meminta, untuk mendapatkan semua hajat-hajat kami, dan tersingkir segala kesedihan, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Wahai Tuhan Ku ampunilah dan muliakanlah kami, dengan mendapatkan apa-apa yang kami minta, dan terhindarnya keburukan dari kami, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Wahai Tuhan Ku engkau Pemilik Kasih sayang, Pemilik segala Anugerah dan Pemilik segala Kelembutan, Dan betapa banyaknya kesusahan yang sirna, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
Dan limpahan selawat semoga tercurah pada Nabi Y ang Mulia tiada terhitung dan tiada terbatas beserta keluarga Beliau para pembesar yang bercahaya, Demi Ahlul Badr Wahai Allah, 21 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
21. SELAWAT AZIMIAH
22 Muallij Islamiah
21 Jenis Selawat Nabi
23 Muallij Islamiah