Topi
2
Permintaan dan Penawaran
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menerangkan hukum permintaan dan penawaran;
2.
Melakarkan keluk permintaan dan penawaran;
3.
Menerangkan keluk permintaan dan penawaran;
4.
Mengaplikasikan empat penentu permintaan dan penawaran; dan
5.
Membandingkan peralihan keluk permintaan dan penawaran dan pergerakan di sepanjang keluk permintaan dan penawaran.
PENGENALAN
Dalam Topik 1, anda telah mempelajari tentang ekonomi pasaran bebas. Di dalam ekonomi pasaran bebas, tiada sebarang badan pusat yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkenaan pengeluaran dan penggunaan. Sebaliknya, setiap individu bebas untuk mendapatkan barangan yang memaksimumkan kepuasannya dan pengeluar bebas menjual barangan yang dapat memaksimumkan keuntungan mereka. Sistem pasaran yang kompleks akan mengawalselia keputusan kedua-dua pihak untuk menentukan keseimbangan pasaran. Konsep permintaan dan penawaran adalah konsep asas dalam ekonomi pasaran. Sistem harga akan menentukan bagaimana sumber, barangan dan perkhidmatan diagihkan. Pengagihan dilakukan berdasarkan kepada kehendak dan kesanggupan untuk membayar. Sesiapa yang ada kehendak dan sanggup untuk membayar akan memperoleh apa yang diingini.
TOPIK TOPIK 2
PERM INTAAN IN TAAN DAN PENAWARAN PENAWARAN
29
Dalam topik ini, kita akan membincangkan operasi sistem pasaran melalui konsep permintaan dan penawaran. Kita juga akan cuba untuk memahami faktor yang mempengaruhi pasaran.
2.1
PERMINTAAN
Dalam analisis ekonomi, konsep permintaan digunakan untuk menghurai, menganalisa dan meramalkan gelagat pembeli di pasaran. boleh didefinisikan sebagai jumlah barangan yang diperlukan dan boleh dibeli oleh pengguna pada tahap harga yang berbeza pada satusatu masa.
Permintaan boleh diterangkan dengan menggunakan jadual dan keluk yang menunjukkan kuantiti barangan yang diperlukan dan yang boleh dibeli oleh pengguna pada satu-satu masa dan pada harga yang berbeza. Pada masa yang sama, pemboleh ubah yang lain dianggap sebagai kekal dan tidak berubah (sesetengah penulis menggunakan terma ceteris paribus untuk menghuraikan keadaan di mana pemboleh ubah lain tidak berubah). Dua fakta penting yang perlu anda fahami mengenai definisi di atas adalah hubungan antara kuantiti permintaan dengan: dengan: (a)
Harga; dan
(b)
Pembolehubah yang berkaitan.
Permintaan tidak hanya merujuk kepada kuantiti tetapi juga kepada hubungan antara kuantiti diminta dan harga. Oleh itu, permintaan boleh diterangkan dalam bentuk jadual dan keluk yang menghubungkan kuantiti dengan harga. Untuk mengukur perubahan dalam kuantiti diminta, kita andaikan bahawa pemboleh ubah lain yang mempengaruhi permintaan tidak berubah apabila harga berubah. Antara pemboleh ubah yang lain adalah pendapatan, citarasa pengguna, harga barangan lain yang berkaitan dan ramalan pengguna tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
30
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
AKTIVITI 2.1 Bagaimanakah harga sesuatu barangan atau perkhidmatan ditentukan di pasaran? Kenapa sesetengah barangan mempunyai harga yang berbeza pada masa yang berbeza? Bincangkan di dalam kelas.
2.1.1 Hukum Permintaan
Keluk Permintaan
Keluk permintaan dengan kecerunan yang negatif menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang antara kuantiti diminta dengan harga. Apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun dan apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan naik. Hubungan songsang ini dikenali sebagai . Terdapat dua penerangan untuk hukum permintaan iaitu: (a)
Kesan penggantian; dan
(b)
Hukum utiliti sut berkurangan.
Kesan penggantian berlaku apabila perubahan harga menyebabkan pengguna menggantikan barangan yang terhad dengan barangan yang lain pada harga yang lebih rendah tetapi yang masih lagi menghasilkan tahap utiliti yang sama. Hukum utiliti sut berkurangan pula menerangkan hubungan negatif ini dengan menggunakan konsep utiliti dan kepuasan. Hubungan antara harga dan kuantiti diminta digambarkan melalui Jadual 2.1. Jadual permintaan dan keluk permintaan pula diilustrasikan pada Rajah 2.1.
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
31
Jadual Permintaan
1
60
2
50
3
40
4
30
5
20
6
10
SEMAK KENDIRI 2.1 Bagaimanakah harga sesuatu barangan memberi kesan kepada kuantiti yang diminta?
2.1.2 Permintaan dan Kuantiti Diminta Kita perlu memahami perbezaan antara terma berikut: dan (a)
menggambarkan hubungan antara harga dan kuantiti pada satu-satu masa sahaja; dengan andaian faktor lain tidak berubah. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat menunjukkan hubungan untuk jangka masa yang lebih panjang disebabkan oleh perubahan lain penentu permintaan.
(b)
menunjukkan perubahan kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan dalam harga barangan itu sendiri. Pergerakan ini berkait dengan hukum permintaan. Apabila harga berubah, pembeli akan mengubah kuantiti barangan yang mereka sanggup beli.
(c)
merujuk kepada peralihan keluk permintaan disebabkan oleh perubahan pemboleh ubah yang lain (seperti harga barangan lain, jangkaan dan citarasa pengguna).Pergerakan keluk permintaan ke kanan menunjukkan peningkatan permintaan, manakala penurunan permintaan menyebabkan keluk permintaan bergerak ke kiri.
Rajah 2.2(a) menunjukkan konsep perubahan kuantiti diminta. Pergerakan dari titik A ke titik B menunjukkan peningkatan kuantiti diminta. Manakala pergerakan dari titik A ke titik C menunjukkan penurunan kuantiti diminta. Rajah 2.2(b) pula menunjukkan perubahan permintaan. Peralihan dari titik A ke
32
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
titik B menunjukkan peningkatan permintaan dan peralihan dari titik A ke titik C menunjukkan penurunan permintaan.
Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan
2.1.3 Penentu Permintaan Setelah kita memahami perbezaan antara perubahan permintaan dan perubahan kuantiti diminta, kita akan lihat pula dengan lebih mendalam apakah faktor yang mempengaruhi permintaan (penentu permintaan). (a) Perubahan harga barangan berkaitan akan menyebabkan keluk permintaan beralih. Terdapat dua jenis barangan berkaitan; barangan pengganti dan barangan penggenap.
Dua jenis barangan berkaitan
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
33
adalah barangan yang boleh digunakan sebagai pengganti kepada barangan yang sedang digunakan. Contoh barangan pengganti adalah mentega dan marjerin atau daging dan ikan.
Andaikan barangan Y merupakan pengganti kepada barangan X. Apabila harga Y meningkat, pengguna akan kurang membeli Y dan menggantikannya dengan barangan X. Akibatnya, kuantiti Y yang diminta menurun, manakala kuantiti X yang diminta meningkat. Sebaliknya akan berlaku apabila harga Y jatuh. Rajah 2.4 menunjukkan keadaan ini. Dalam kedua-dua diagram, A adalah titik asal dan B adalah titik baru selepas perubahan harga berlaku. Harga marjerin (Y) yang meningkat dari P1 ke P2 akan mendorong pengguna untuk mengurangkan penggunaan marjerin dan menggantikannya dengan mentega (X). Di sini, kita dapati bahawa walaupun harga mentega tidak berubah, permintaan mentega telah meningkat disebabkan oleh peningkatan harga marjerin.
Perubahan harga barangan pengganti
34
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
adalah barangan yang perlu digunakan bersama untuk mendatangkan sebarang kepuasan. Contoh barangan penggenap adalah kereta dan minyak atau pen dan dakwat.
Andaikan sekarang barangan Z adalah penggenap bagi barangan X. Peningkatan harga Z akan menyebabkan kuantiti diminta bagi kedua-dua barangan Z dan X jatuh. Sebaliknya akan berlaku sekiranya harga Z jatuh. Keadaan ini digambarkan oleh Rajah 2.5. Sebagai contoh, andaikan harga minyak (Z) naik dari P1 ke P2. Ini akan menyebabkan kuantiti minyak yang diminta berkurangan. Akibat daripada kenaikan harga minyak, pengguna akan mengurangkan permintaan untuk kereta (X) walaupun harga kereta tidak berubah.
Perubahan harga barangan penggenap
Apabila penggunaan sesuatu barangan tidak memberi kesan kepada penggunaan barangan yang lain, kedua-dua barangan tersebut dikatakan sebagai tidak berkaitan. Contohnya, perubahan harga gula tidak akan memberi kesan kepada permintaan terhadap kereta kerana kereta dan gula tidak mempunyai sebarang hubungan.
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
35
(b) Kebiasaannya, pendapatan berhubung secara positif dengan permintaan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan akan meningkat dan sebaliknya. Namun, hubungan ini hanya terpakai untuk barangan normal. Kadangkadang, peningkatan pendapatan akan menyebabkan permintaan untuk sesetengah barangan jatuh. Ini berlaku khususnya untuk barangan bawahan. Oleh itu, hubungan antara permintaan dan pendapatan boleh menjadi petunjuk kepada jenis sesuatu barangan sama ada ia barangan keperluan, bawahan, normal atau mewah.
Hubungan antara pendapatan dan permintaan dan jenis barangan
Walaupun kebiasaannya pendapatan akan menentukan jenis barangan, kita boleh juga mengkategorikan barangan secara umum. Sebagai contoh, beras hancur dianggap sebagai barangan bawahan. Manakala barangan berjenama antarabangsa seperti kereta sport ataupun pakaian berjenama dianggap sebagai barangan mewah. Barangan keperluan pula adalah barangan yang permintaannya tidak bergantung kepada harga seperti gula, garam atau beras biasa. (c) Pengguna memiliki citarasa yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Apabila citarasa pengguna terhadap sesuatu barangan meningkat, mereka akan meningkatkan penggunaan barangan tersebut. Oleh itu, keluk permintaan barangan tersebut akan beralih ke kanan. Sebagai contoh, kita boleh lihat yang penduduk Malaysia semakin menggemari makanan segera seperti KFC atau McDonaldÊs. Pada masa dahulu, agak sukar untuk penduduk Malaysia untuk hanya makan ayam goreng tanpa nasi. Namun, dengan perubahan masa dan iklan yang berkesan di media massa, kesemuanya telah mengubah citarasa penduduk Malaysia terhadap makanan segera.
36
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
(d) Pengguna mungkin dapat menjangka perubahan harga dan pendapatan yang akan berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh, pengguna mungkin dapat meramal yang harga akan meningkat semasa musim perayaan. Sekiranya harga dijangka akan meningkat, permintaan semasa akan turut meningkat. Sebaliknya, permintaan semasa akan turun jika harga dan pendapatan dijangka akan jatuh pada masa hadapan. Untuk memahami dengan lebih baik apa yang telah kita bincangkan di atas, mari kita gunakan contoh permintaan untuk mentega. Dalam contoh ini, kita akan lihat apa yang akan menyebabkan permintaan mentega meningkat dan seterusnya menyebabkan keluk permintaan untuk mentega bergerak ke kanan. Seperti yang kita ketahui, mentega bukanlah makanan tradisional negara kita tetapi melalui pendedahan masyarakat terhadap makanan luar negara, mentega telah dapat diterima oleh kebanyakan penduduk negara ini terutamanya untuk dimakan bersama roti atau sebagai salah satu bahan untuk membuat kek.
Marjerin adalah pengganti kepada mentega. Oleh itu, sekiranya harga marjerin naik, permintaan untuk mentega akan jatuh. Roti pula boleh dianggap sebagai pelengkap kepada mentega. Maka, sekiranya harga roti naik (atau turun), permintaan untuk mentega akan turun (atau naik). Begitu juga dengan pendapatan, sekiranya pendapatan meningkat, orang ramai mungkin akan menggantikan marjerin dengan mentega kerana marjerin dianggap oleh sesetengah pengguna sebagai barangan bawahan. Rajah 2.7 di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan mentega disebabkan oleh beberapa faktor.
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
Peralihan keluk permintaan mentega
AKTIVITI 2.2 Untuk meningkatkan kefahaman anda tentang permintaan, bincangkan bagaimana faktor berikut mempengaruhi permintaan kopi: (a)
Citarasa.
(b)
Harga barangan berkaitan (barangan pengganti dan barangan penggenap).
(c)
Pendapatan.
(d) Jangkaan perubahan harga dan pendapatan pada masa hadapan. Bentangkan jawapan anda semasa kelas tutorial.
37
38
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
2.1.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran Pasaran terdiri daripada sekumpulan individu. Oleh itu, jadual atau keluk permintaan pasaran adalah hasil campur semua jadual dan keluk permintaan individu yang ada di dalam pasaran tersebut. Kita boleh memperoleh jadual atau keluk permintaan pasaran dengan mencampurkan kuantiti diminta oleh setiap individu pada setiap tahap harga. Hubungan antara harga dan kuantiti di pasaran dipengaruhi oleh pemboleh ubah atau penentu yang sama seperti yang mempengaruhi permintaan individu. Jadual 2.2 dan rajah 2.8 menggambarkan bagaimana kita boleh mendapatkan jadual dan keluk permintaan pasaran daripada jadual dan keluk permintaan individu. Andaikan terdapat hanya dua orang pengguna di pasaran. Pada harga RM2 seunit, kuantiti diminta oleh Pengguna 1 adalah 25 unit manakala kuantiti diminta oleh Pengguna 2 adalah 50 unit. Oleh itu, kuantiti diminta di pasaran ini pada harga RM2 seunit adalah 75 unit dan seterusnya untuk tahap harga yang lain. Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran
1
30
60
90
2
25
50
75
3
20
40
60
4
15
30
45
5
10
20
30
6
5
10
15
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
39
Permintaan individu dan permintaan pasaran
LATIHAN 2.1 Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah
atau
1.
Permintaan adalah jumlah barangan atau komoditi yang mampu dimiliki dan dibeli dengan relahati pada harga tertentu oleh pengguna.
2.
Keluk permintaan akan beralih ke kanan jika semua penentu permintaan kecuali harga barangan itu sendiri kekal tidak berubah.
2.2
PENAWARAN
Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran? Dalam teori permintaan, kita telah melihat bagaimana gelagat pengguna di pasaran. Walau bagaimanapun, pasaran bukan hanya terdiri daripada pengguna sahaja; ia juga melibatkan penjual dan pengeluar. Seterusnya, kita akan lihat gelagat penjual di pasaran. Dalam analisis ekonomi, gelagat penjual di pasaran dianalisis dan diramal dengan menggunakan konsep penawaran.
40
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
boleh didefinisikan sebagai jadual atau keluk yang menghubungkan kuantiti barangan yang akan dijual pada satu-satu masa pada tahap harga berbeza dengan mengandaikan faktor lain tidak berubah.
Semasa kita mengukur perubahan kuantiti yang ditawarkan, faktor lain yang boleh mempengaruhi jumlah barangan yang sanggup ditawar oleh penjual dianggap sebagai tidak berubah (andaian ceteris paribus ). Faktor ini yang juga dipanggil sebagai penentu penawaran terdiri daripada harga input atau faktor pengeluaran, harga barangan lain, teknologi dan jangkaan masa hadapan pembekal/penjual.
AKTIVITI 2.3 Anda mungkin pernah mendengar ungkapan „Jika tiada permintaan, maka tiadalah penawaran.‰ Adakan anda bersetuju bahawa penawaran sangat berkait rapat dengan permintaan? Sekiranya harga turun, apakah yang akan berlaku kepada jumlah permintaan? Adakah anda bersetuju yang permintaan akan naik jika harga jatuh? Bagaimana pula dengan penawaran? Adakah penawaran juga akan naik ika harga jatuh?
2.2.1 Hukum Penawaran Jika anda adalah seorang penjual atau pengeluar sesuatu barangan, anda mungkin akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika harga jualan anda naik. Sebaliknya akan berlaku jika harga jualan anda jatuh. Oleh itu, kuantiti barangan yang anda jual akan naik sekiranya harga naik dan ianya akan jatuh jika harga jatuh. Hubungan positif antara harga dan penawaran ini dikenali sebagai hukum penawaran. Jadual 2.3 adalah contoh jadual penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan oleh penjual atau pengeluar pada tahap harga yang berbeza. Rajah 2.9 pula adalah contoh keluk penawaran yang dilakarkan berdasarkan kepada Jadual 2.3. Rajah 2.9 menunjukkan keluk penawaran bercerun positif.
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
41
Jadual Penawaran Barangan X
1
10
2
20
3
30
4
40
5
50
6
60
Keluk penawaran barangan X
Terdapat tiga sebab yang menerangkan hubungan positif antara penawaran dan harga: (a)
Peningkatan pengeluaran akan membawa kepada peningkatan kos disebabkan oleh masalah pulangan berkurangan. Konsep ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Topik 5;
(b)
Peningkatan harga akan menyebabkan keuntungan meningkat. Ini seterusnya akan mendorong firma untuk meningkatkan pengeluarannya; dan
(c)
Jika harga kekal pada tahap yang tinggi untuk jangka masa yang lama, ia akan menarik lebih ramai pengeluar untuk memasuki pasaran tersebut yang seterusnya akan meningkatkan jumlah penawaran. Teori ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam Topik 8.
42
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
2.2.2 Penawaran dan Kuantiti Ditawarkan Sama seperti yang telah dibincangkan sebelum ini di teori permintaan, penawaran dan kuantiti ditawarkan adalah dua konsep yang berbeza. Perubahan kuantiti ditawarkan berlaku apabila terdapat perubahan harga barangan itu sendiri. Harga barangan mempengaruhi secara positif kuantiti ditawarkan. Jika harga naik, kuantiti ditawarkan akan naik dan sebaliknya. Perubahan dalam kuantiti ditawarkan yang berlaku disebabkan oleh perubahan harga ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama. Sebaliknya, perubahan permintaan merujuk kepada peralihan keluk penawaran yang disebabkan oleh perubahan penentu penawaran. Penentu penawaran terdiri daripada kos pengeluaran, jangkaan penjual dan harga barangan lain. merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama, manakala digambarkan dengan peralihan keluk permintaan ke kiri atau ke kanan.
Pergerakan di sepanjang keluk dan peralihan keluk permintaan
Rajah 2.10(a) menggambarkan perubahan kuantiti ditawarkan yang berlaku disebabkan oleh perubahan harga barangan itu sendiri. Apabila harga naik, kuantiti ditawarkan akan naik dari titik A ke titik B. Manakala apabila harga jatuh, kuantiti ditawarkan akan jatuh dari titik A ke titik C. Perhatikan bagaimana kedua-dua
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
43
pergerakan ini berlaku di atas keluk yang sama. Ini dikenali sebagai perubahan kuantiti ditawarkan. Rajah 2.10(b) pula menunjukkan perubahan permintaan yang berlaku disebabkan oleh perubahan penentu penawaran seperti harga barangan lain, kos pengeluaran, jangkaan harga masa hadapan dan jumlah pengeluar. Sebagai contoh, kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan penawaran berkurangan dan ini akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari titik A pada keluk S0 ke titik C pada keluk S2. Sebaliknya, penurunan kos penawaran akan menyebabkan penawaran di pasaran naik dan keluk penawaran beralih ke kanan (S0 S1). Perhatikan di sini yang perubahan penawaran bukan disebabkan oleh perubahan harga, tetapi oleh penentu penawaran yang lain. Pergerakan atau peralihan keluk penawaran ini dikenali sebagai perubahan penawaran.
2.2.3 Penentu Penawaran Seterusnya kita akan membincangkan penentu penawaran dengan lebih lanjut. (a) Penawaran boleh dipengaruhi oleh harga barangan berkaitan dalam proses pengeluaran. Terdapat dua jenis hubungan yang wujud semasa proses pengeluaran: (i)
Pengganti dalam penawaran; dan
(ii)
Penggenap dalam penawaran.
Pengganti dalam penawaran merujuk kepada barangan yang boleh dihasilkan untuk menggantikan pengeluaran barangan yang lain tanpa perlu melakukan sebarang perubahan yang besar ke atas proses pengeluaran. Sebagai contoh, pengeluaran tepung beras dan tepung pulut boleh dilakukan dengan menggunakan mesin dan peralatan yang sama. Sekiranya keuntungan atau harga barangan pengganti dalam penawaran meningkat, pengeluar akan beralih ke barangan tersebut dan mengurangkan pengeluaran barangan yang satu lagi. Contohnya, jika harga tepung beras naik, pengeluar akan mengurangkan pengeluaran tepung pulut untuk menggantikannya dengan tepung beras bagi meningkatkan keuntungannya. Penggenap dalam penawaran pula merujuk kepada barangan yang dihasilkan bersama-sama semasa proses pengeluaran. Contohnya, dalam proses pengeluaran minyak petrol daripada minyak mentah, beberapa produk lain seperti gas dan minyak diesel juga akan dihasilkan. Jika harga
44
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
minyak petrol naik, peningkatan penawaran minyak petrol yang terhasil juga akan menyebabkan peningkatan penawaran minyak diesel dan gas. (b) Kos pengeluaran boleh berubah disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan harga faktor pengeluaran, perubahan teknologi, pungutan cukai dan pemberian subsidi oleh kerajaan (sila lihat Rajah 2.11).
Faktor yang membawa kepada perubahan kos pengeluaran
Semasa proses pengeluaran, pengeluar akan menggunakan kombinasi input atau faktor pengeluaran. Harga faktor pengeluaran ditentukan oleh pasaran faktor pengeluaran. Perubahan harga faktor pengeluaran akan mempengaruhi kos pengeluaran. Oleh itu, jika harga faktor pengeluaran jatuh, kos pengeluaran juga akan jatuh. Keadaan ini akan mendorong pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran walaupun tiada sebarang kenaikan pada harga barangan itu sendiri. Justeru, penurunan harga faktor pengeluaran akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan disebabkan oleh peningkatan penawaran. Perubahan dasar kerajaan berkaitan dengan cukai dan subsidi juga akan mempengaruhi keluk penawaran. Apabila pengeluar perlu membayar cukai, kos pengeluaran akan meningkat dan ini akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri. Sebaliknya, apabila pengeluar mendapat bantuan subsidi, kos pengeluarannya akan berkurangan dan keluk penawaran akan beralih ke kanan. Penemuan teknologi baru yang dapat mengurangkan kos pengeluaran juga akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan.
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
45
(c) Sekiranya pengeluar menjangka harga barangan yang dikeluarkannya akan meningkat pada masa hadapan, beliau akan meningkatkan penawaran dan keluk penawaran akan beralih ke kanan. Sekiranya harga dijangka akan jatuh, pengeluaran akan jatuh dan keluk penawaran akan beralih ke kiri. (d) Keluk penawaran akan bergerak ke kanan apabila bilangan pengeluar bertambah. Sebaliknya akan berlaku apabila bilangan pengeluar berkurangan.
AKTIVITI 2.4
KLANG: Minat untuk membeli kereta di Malaysia tidak akan berkurangan walaupun harga petrol dan diesel meningkat, menurut pakar automotif, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Menurut beliau, kenaikan harga minyak di Malaysia tidak seteruk negara lain di Eropah, Jepun dan Korea, di mana jualan kereta terus meningkat walaupun harga minyak meningkat secara mendadak. Beliau juga berkata, cadangan untuk mengurang atau menghentikan cukai jalan akan memudahkan penjualan kereta di negara ini, terutamanya semasa kenaikan harga minyak. „Ianya satu perkara yang baik kerana ia akan mengurangkan beban,‰ kata Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang menyokong cadangan penghapusan cukai jalan untuk semua jenis kenderaan. Kumpulan Naza yang beroperasi sejak tahun 1975, terlibat dalam perniagaan import dan jualan kereta yang memerlukan AP. Nasimudin ditemubual selepas menghadiri upacara pembukaan bilik pameran Kia Motors milik Perstimas Sdn Bhd oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Ng Yen Yen di sini semalam.
Harian Metro Online (2005)
Berdasarkan keratan akhbar di atas, nyatakan pendapat anda tentang kesan kenaikan harga petrol kepada penawaran kereta dan barangan lain. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga petrol?
46
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
2.2.4 Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran Sama seperti permintaan pasaran, penawaran pasaran diperoleh dengan mencampurkan kuantiti yang ditawarkan oleh semua penjual pada setiap tahap harga. Jadual 2.4 dan Rajah 2.12 menunjukkan bagaimana keluk penawaran pasaran diperoleh. Andaikan hanya terdapat dua penjual di pasaran. Pada harga RM1 seunit, Penjual 1 akan menawarkan 10 unit manakala Penjual 2, lima unit. Oleh itu, kuantiti ditawarkan pada RM1 adalah 15 unit. Begitu juga untuk harga yang seterusnya. Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran
1
10
5
15
2
20
10
30
3
30
15
45
4
40
20
60
5
50
25
75
Penawaran individu dan penawaran pasaran
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
47
Berikut adalah peta konsep yang boleh membantu anda untuk menggambarkan isi kandungan yang dibincangkan di dalam topik ini.
Permintaan adalah kuantiti yang diminta dan yang mampu dibayar oleh pengguna pada tahap harga yang berbeza. Permintaan ditentukan oleh harga barangan itu sendiri, harga barangan berkaitan, pendapatan, citarasa dan jangkaan masa hadapan. Hubungan negatif antara kuantiti diminta dan harga dikenali sebagai Hukum Permintaan. Perubahan kuantiti diminta yang disebabkan perubahan harga barangannya sendiri akan membawa kepada pergerakan di sepanjang keluk permintaan. Manakala perubahan permintaan yang disebabkan oleh perubahan faktor lain selain harga barangan tersebut akan membawa kepada peralihan keluk permintaan.
48
TOPIK 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
Peningkatan permintaan akan mengalihkan keluk permintaan ke kanan, manakala penurunan permintaan akan mengalihkannya ke kiri. Penawaran adalah kuantiti yang sanggup dijual oleh penjual pada tahap harga yang berbeza. Penawaran ditentukan oleh harga barangan itu sendiri, harga barangan yang berkaitan, kos pengeluaran dan jangkaan masa hadapan. Hubungan positif antara kuantiti ditawarkan dan harga dikenali sebagai hukum penawaran.
Perubahan kuantiti ditawarkan yang disebabkan perubahan harga barangannya sendiri ditunjukkan oleh pergerakan disepanjang keluk penawaran.
Perubahan penawaran yang disebabkan oleh perubahan faktor lain selain harga barangan tersebut akan membawa kepada peralihan keluk penawaran. Peningkatan penawaran akan mengalihkan keluk permintaan ke kanan, manakala penurunan penawaran akan mengalihkannya ke kiri. Permintaan pasaran adalah hasil campur kesemua permintaan individu manakala penawaran pasaran adalah hasil campur kesemua penawaran individu.
Barangan pengganti
Keluk permintaan
Barangan penggenap
Penawaran
Hukum penawaran
Penentu penawaran
Hukum permintaan
Penentu permintaan
Keluk penawaran
Permintaan