8.3 KAWALAN KEHAKIMAN KE ATAS KUASA BUDIBICARA Keputusan berdasarkan kuasa budibicara boleh dibuat r ayuan ke mahkamah jika undang-undang berkaitan memperuntukkan perkara tersebut dalam peruntukannya. Contohnya, seksyen 17(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 memperuntukkan memperuntukkan pihak yang terkilan disebabkan Pendaftar enggan mendaftar kesatuan sekerja boleh merayu kepada Menteri dan kemudiannya kepada Mahkamah Tinggi yang mana akan mengeluarkan mengeluarkan perintah yang difikirkan sesuai. Walaupun begitu, mahkamah tidak akan c ampurtangan dalam keskes di mana pentadbir melaksanakan kuasa budibicaranya dan bertindak dalam bi dangkuasa yang dibenarkan oleh undangundang. Dalam kes National Union of Hotel Bar & Restaurant Workers lwn Minister of Labour and Manpower (1980) MLJ 189 yang berkaitan dengan seksyen 26(2) Akta Perhubungan Industri 1967, iaitu jika seorang Menteri berpuashati bahawa ianya memanfaatkan, maka Menteri bolehlah dengan kuasa budi bicaranya merujuk sesuatu kes ke Mahkamah Perusahaan. Tindakan Menteri yang tidak mahu merujuk kes pihak persatuan tersebut ke Mahkamah Perusahaan telah dicabar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan kuasa budibicara adalah hak Menteri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta dan Mahkamah hanya akan campurtangan jika kuasa budibicara tersebut telah disalahgunakan. Dalam kes Minister of Home Affairs lwn Persatuan Aliran Kesedaran Negara (1990) MLJ 351, seksyen 12(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memberikan kuasa mutlak kepada Menteri D alam Negeri untuk tidak memberi lesen atau permit. Permohonan 134 responden untuk menerbitkan majalah dalam Bahasa Malaysia di bawah nama Seruan Aliran telah ditolak oleh Menteri. Mahkamah Tinggi telah membatalkan keputusan yang dibuat oleh Menteri. Apabila Menteri Dalam Negeri membuat rayuan kepada Mahkamah Agung, Mahkamah Agung telah membenarkan rayuan tersebut dan menolak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Hakim Ajaib S.C.J. berpendapat Menteri Dalam Negeri t idak bertindak secara salah dalam melaksanakan kuasa budibicaranya dalam menolak permohonan permit oleh Aliran. Tiada sebarang bukti oleh Aliran menunjukkan Menteri Dalam Negeri telah prejudis atau berat sebelah atau bertindak dengan motif yang tidak baik atau bertindak berlawanan dengan peraturan keadilan asasi. Anda juga boleh merujuk kes The Minister for Human Resources lwn Thong Chin Yoong & Another (2001) 3 CLJ 933. Tetapi jika pentadbir bertindak diluar bidangkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang semasa melaksanakan kuasa budibicaranya, maka mahkamah berhak untuk campurtangan dalam keputusan pentadbir tersebut. Contohnya, dalam kes Minister of Labour lwn National Union of Journalists, Malaysia (1991) 1 MLJ 24, tuduhan salahlaku telah dibuat terhadap seorang wartawan semasa beliau mengikuti kursus di Jepun. Majikan beliau, ia itu sebuah syarikat suratkhabar telah menggantung pekerjaan beliau dan meminta beliau memberi penjelasan. Wartawan tersebut menyatakan ianya adalah sia-sia untuk beliau memberi penjelasan kerana penggantungan kerja beliau oleh syarikat menunjukkan syarikat telah prejudis terhadap isu tersebut. Beliau kemudiannya telah dipecat. Perkara ini dibawa ke Pengarah Urusan Perhubungan Industri yang kemudiannya merujuk hal tersebut kepada Menteri Buruh. Menteri Buruh telah membuat keputusan dan tidak menggunakan kuasa budibicaranya untuk merujuk kes tersebut ke Mahkamah Industri. K es ini telah dibawa ke
Mahkamah Agung yang menyatakan “Soalan yang perlu ditanya adalah sama ada Menteri telah melaksanakan kuasa budibicaranya mengikut undangundang.”
Dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa Menteri telah memberi l ebih perhatian kepada publisiti, jawapan wartawan kepada surat syarikat, dan surat pemecatan wartawan tersebut. Menteri tidak langsung atau kurang memberi perhatian kepada tuduhan salahlaku terhadap wartawan tersebut, sidang akhbar New Straits Times untuk menafikan tuduhan salahlaku yang diterbitkan pada 30 135 Ogos 1987. Surat penafian tuduhan salahlaku yang dihantar oleh wartawan kepada syarikat dan laporan yang dibuat oleh kesatuan sekerja mewakili wartawan tersebut. Mahkamah juga berpendapat bahawa Menteri perlu mengambilkira kesemua faktor-faktor di atas kerana ianya adalah berkaitan. Menteri mungkin akan memberi keputusan yang berlainan jika perkara-perkara tersebut diambilkira. Oleh itu, Menteri boleh dikatakan telah bertindak berdasarkan fakta yang tidak tepat semasa membuat keputusan dan ini membuatkan keputusannya kurang tepat. Perkara perkara di atas dengan jelas menimbulkan beberapa isu yang perlu diselidik oleh Mahkamah Perusahaan.
8.3.1 Alasan Kajian Semula Kehakiman: Doktrin Ultra Vires
Mahkamah boleh mengkaji semula keputusan yang dibuat berdasarkan kuasa budibicara atas alasan-alasan tertentu. Tidak ada sebarang kuasa budibicara walaupun mutlak tidak boleh dikaji semula oleh mahkamah.
Raja Azlan Shah, H. dalam kes Pengarah Tanah dan Galian lwn Sri Lempah Enterprise Sdn. Bhd. (1979) menyatakan:
“…….setiap kuasa undang-undang perlu ada had kuasanya, jika tidak akan terjadi kuasa diktator …
Dalam perkataan lain, setiap kuasa budibicara tidak boleh lari dari batasnya, jika ia telah dilaksanakan dengan salah, ianya menjadi kewajipan mahkamah untuk menghalangnya……”
(a) Ultra vires prosedur
Ultra vires bermaksud di luar bidang kuasa. Oleh itu, ultra vires prosedur terjadi apabila pentadbir melakukan sesuatu keputusan diluar dari prosedur yang ada, maka tindakan pentadbir boleh dianggap tidak sah. Tindakan pentadbir akan jadi tidak sah kerana gagal mematuhi prosedur mandatori yang dinyatakan oleh statut kerana prosedur mandatori wajib dipatuhi oleh pentadbir dalam membuat keputusan. Tetapi jika pentadbir tidak mengikut prosedur direktori, ia tidak akan membatalkan keputusan yang dibuat kerana prosedur direktori hanyalah sebagai garis panduan sahaja kepada pentadbir dalam membuat keputusan. Pentadbir boleh untk mematuhinya ataupun tidak berdasarkan kuasa budibicara beliau. 136 Dalam kes V. Sinnathanboo lwn Minister for Manpower (1981) 1 MLJ 251, mahkamah memutuskan bahawa kegagalan pemohon mematuhi prosedur mandatori, iaitu mengambil tindakan dalam masa sebulan dari tarikh pemecatannya yang tidak adil sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 20 Akta Perusahaan Industri 1967, telah menafikan haknya sebagai pemohon kerana tempoh permohonan tersebut adalah mandatori.
(b) Ultra vires substantif
Dalam ultra vires substantif, mahkamah ingin memastikan bahawa pentadbir melaksanakan kuasa budibicaranya dalam bidangkuasa yang ditetapkan oleh statut. Biasanya perundangan memberikan kuasa budibicara yang luas kepada pentadbir tanpa memberikan satu garispanduan untuk melaksanakan kuasa tersebut. Jika mahkamah hanya mengaplikasikan doktrin ultra vires kepada perkataan dalam statut sahaja, maka ia akan menghadkan kuasa penyemakan semula oleh mahkamah. Oleh itu, mahkamah telah meluaskan maksud doktrin ini supaya mereka boleh membuat penyemakan semula terhadap penggunaan kuasa budibicara dengan lebih meluas. D i bawah ultra vires substantif, alasan untuk mahkamah menyemak semula kuasa budibicara di bahagikan kepada dua kategori, iaitu apabila
(i) Pentadbir menyalahgunakan kuasa budibicara; atau (ii) Pentadbir tidak melaksanakan kuasa budibicara.
1. Pentadbir menyalahgunakan kuasa budibicara
Pentadbir dikatakan menyalahgunakan kuasa budibicaranya dalam keadaan-keadaan berikut:
(a) Mala fide
Mala fide bermaksud pentadbir melaksanakan kuasa budibicara dengan niat jahat atau motif yang tidak baik. Ini termasuklah keskes yang melibatkan permusuhan atau pentadbir mendapat manfaat untuk diri sendiri atau untuk saudaranya dari keputusan yang dibuat berdasarkan kuasa budibicara tersebut. Beban pembuktian adalah terletak ke atas pemohon untuk membuktikan pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicaranya dengan mala fi de. Walau bagaimanapun, masih belum ada kes di Malaysia berkenaan dengan 137 mala fide oleh pentadbir dalam melaksanakan kuasa budibicaranya yang dapat dibuktikan dan diterima mahkamah.
Dalam kes Kerajaan Malaysia lwn Jagdis Singh (1987) 2 MLJ 185, responden telah menerima notis tambahan cukai pendapatan yang dikeluarkan di bawah seksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan untuk tahun 1979 hingga tahun 1984 bernilai lebih dari satu juta ringgit. Responden menyatakan notis ini dikeluarkan dengan niat jahat kerana hubungan antar a responden dan pegawai penilai berkenaan adalah tidak baik. Ini disebabkan responden telah membuat laporan terhadap pegawai penilai berkenaan kepada Agensi Anti Rasuah dan pegawai tersebutlah yang mengeluarkan notis penilaian responden. Mahkamah Tinggi telah membatalkan notis penilaian tersebut tetapi apabila rayuan dibuat ke Mahkamah Agung, keputusan Mahkamh Tinggi dibatalkan dan Mahkamah Agung menerima notis yang dikeluarkan oleh pegawai penilai berkenaan. Mahkamah Agung beranggapan bahawa pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicara dengan suci hati dan untuk kebaikan umum. Responden juga gagal membuktikan tuduhan mala f ide yang dibuatnya.
Rujukan juga boleh dibuat dalam kes Ramesan lwn Menteri Pendidikan (1987) 1 MLJ 160, di mana seorang guru dibuang kerja kerana menyertai dalam pilihanraya umum. Mahkamah memutuskan bahawa tiada bukti mala fide yang jelas dan hanya tuduhan semata-mata dibuat.
(b) Tujuan yang tidak betul
Keadaan ini biasanya berlaku apabila pentadbir membuat keputusan berdasarkan kuasa budibicara yang mana berlainan dari tujuan kuasa yang diberikan oleh statut.
Contohnya dalam kes Sydney Municipal Council lwn Campbell (1925) A.C. 338, di mana statut memberikan kuasa kepada Majlis Perbandaran Sydney untuk mengambil tanah secara paksa jika diperlukan untuk tujuan membuat atau meluaskan jalan at au untuk memperbaiki atau mengindahkan bandar tersebut. Majlis Perbandaran Sydney telah mengambil tanah responden atas
alasan untuk mengindahkan bandar. Majlis Privy memutuskan pengambilan tanah responden adalah tidak sah kerana minit mesyuarat Majlis Perbandaran menunjukkan tanah responden diambil untuk kepentingan kewangan disebabkan jalan berhampiran 138 tanah tersebut akan dibesarkan. Malah tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan Majlis Perbandaran telah membuat rancangan untuk mengindahkan bandar cengan pengambilan tanah tersebut.
Dalam kes Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan lwn Sri Lempah Enterprise (1979) 1 MLJ 135, seksyen 124(5)(c) Kanun Tanah Negara membenarkan Kerajaan Negeri meletakkan syaratsyarat lain yang difikirkan patut semasa meluluskan permohonan untuk mengubah syarat atau sekatan kepentingan di atas dokuman hakmilik. P ermohonan dibuat kepada Kerajaan Negeri untuk memecahkan sempadan tanah bagi membangunkan tanah hakmilik kekal di Kuala Lumpur. Kerajaan Negeri meluluskan permohonan tersebut tetapi dengan syarat hakmilik kekal tadi ditukarkan kepada hakmilik pajakan. Syarat ini telah dicabar di mahkamah. Mahkamah memutuskan Kerajaan Negeri haruslah bertindak secara menasabah dan hanya meletakkan syarat yang berkaitan dengan kelulusan memajukan tanah tersebut. Oleh itu, keputusan Kerajaan Negeri dibatalkan.
(c) Semasa menjalankan kuasa budibicara, perkara-perkara tidak berkaitan diambilkira atau perkaraperkara yang berkaitan tidak diambilkira
Kadangkala statut menyenaraikan perkara-perkara yang perlu diambilkira oleh pentadbir dalam melaksanakan kuasa budibicaranya. Dalam keadaan begini, jika pentadbir melaksanakan kuasa budibicaranya tanpa mengambilkira perkara-perkara tersebut atau pentadbir mengambilkira perkara-perkara yang di luar dari statut, maka pelaksanaan kuasa budibicara pentadbir adalah tidak sah. Dalam keadaan statut memberikan kuasa budibicara yang luas tanpa menyenaraikan perkaraperkara yang perlu diambilkira dalam menlaksanakan kuasa tersebut, maka pentadbir hanya boleh mengambilkira perkara-perkara berkaitan dengan tujuan kuasa budibicara itu diberikan.
Kes pertama berkaitan isu ini adalah kes Padfield lwn Minister of Agriculture and Fisherie (1968) 1 All. ER. 694. Kes ini adalah berkenaan skim pemasaran susu yang dilaksanakan di bawah Agriculture Marketing Act. Di bawah skim tersebut, pengeluar mesti menjual susu mereka kepada Badan Pemasaran Susu yang menetapkan harga dari masa ke semasa yang perlu dibayar pada pengeluar. Pengeluar susu dari satu kawasan telah mengadu kepada 139 Menteri bahawa harga yang ditetapkan tidak mengambilkira kos yang berlainan bagi tempat yang berlainan untuk penghantaran susu dan memohon Menteri menyiasat perkara tersebut. Undang-
undang memberikan kuasa kepada Menteri untuk melantik sebuah jawatankuasa penyiasatan tetapi Menteri tidak mahu berbuat demikian. House of Lords telah memutuskan bahawa Menteri telah menggunakan kuasa budibicaranya tidak mengikut tujuan yang diberikan oleh statut kerana jika sesuatu aduan itu adalah benar, maka statut menghendaki ianya disiasat dengan menubuhkan satu jawatankuasa penyiasat.
Dalam kes Congreve lwn Secretary of State for Home Affair (1976) 1 All ER 697 pula, di bawah Wireless Telegraphy Act 1949, Menteri diberi kuasa untuk membatalkan lesen televisyen. Dengan kuasa tersebut, Menteri telah membatalkan banyak lesen individu yang telah m enyerahkan lesen lama yang mereka ada dan mengambil lesen baru sebelum kenaikan mendadak harga lesen. Mahkamah memutuskan bukti mendapati Menteri berbuat demikian untuk memungut lebih wang dengan harga kenaikan lesen baru, iaitu ia mengambilkira perkara yang tidak berkaitan dengan tujuan statut, oleh itu keputusan Menteri telah dibatalkan oleh mahkamah.
Apa akan jadi jika kuasa budibicara ini adalah dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara yang berkaitan dan juga tidak berkaitan?. Hakim Abdoolcader dalam kes Mak Sik Kwong lwn Minister of Home Affairs Malaysia (1975) 2 MLJ 175 menyatakan prinsip am yang dipakai apabila keputusan pentadbiran berdasarkan perkara-perkara yang berkaitan dan juga perkara-perkara yang tidak berkaitan ialah keputusan tersebut akan sah jika mahkamah mendapati pentadbir membuat keputusan berdasarkan perkaraperkara yang berkaitan dan perkara-perkara yang tidak berkaitan tidak akan memberi kesan kepada keputusan yang dibuat.
(d) Keadilan
Ketidakadilan dalam melaksanakan kuasa budibicara boleh menyebabkan keputusan yang dibuat oleh pentadbir menjadi tidak sah. Ini kerana ketidakadilan adalah dianggap sebagai satu penyalahgunaan kuasa. Perkara ini tidak akan dibincangkan disini kerana ia telah dibincangkan dalam bab keadilan asasi. Sila rujuk bab berkenaan.
140 (e) Tidak munasabah
Lord Greene dalam kes Associated Picture Houses Ltd. lwn Wednesbury (1948) 1 K.B. 223 menyatakan ujian kepada tidak munasabah bukanlah apa y ang mahkamah fikirkan munasabah tetapi ia bermaksud sesuatu yang mustahil atau tidak masuk akal yang tiada orang yang munasabah akan membuat keputusan seperti itu.
Dalam kes Wheeler lwn Leceister City Council (1985) 2 All ER 151, di mana tiga ahli Leceiter Rugby Football Club telah menyertai satu pertandingan di Afrika Selatan. Leceister City Council menentang kuat Dasar Apartheid dan tidak berpuashati dengan penyertaan kelab rugbi di Afrika Selatan, lebihlebih lagi kegagalan kelab untuk mengutuk dan menyekat ahli mereka dari menyertai pertandingan tersebut. Mereka kemudiannya telah menghalang kelab dari mengguna tanah yang dipunyai oleh mereka yang mana kelab telah menggunakannya selama beberapa tahun dengan persetujuan mereka. House of Lords memutuskan Leceiter City Council telah membuat keputusan secara tidak munasabah dan bertindak secara tidak adil dalam mencapai objektifnya, kelab telah dihukum walaupun tidak membuat sebarang kesalahan.
(f) Tujuan yang samar
Apabila pentadbir membuat Sesuatu keputusan yang mana t ujuannya adalah samar atau mengelirukan, maka keputusan pentadbir boleh menjadi tidak sah.
Dalam kes Yew Lean Finance Development (M) Sdn. Bhd. lwn Director of Lands and Mines, Penang (1977) 2 MLJ 45, Seksyen 3 Akta Perngambilan Tanah 1960 memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri bagi mengambil tanah untuk kegunaan awam, perumahan, pertanian, industri dan komersil. Notis yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri di bawah seksyen ini telah dicabar sebagai tidak sah atas alasan tanah diambil untuk tujuan y ang samar. Notis menyatakan tanah diambil untuk tujuan perumahan, industri dan kepentingan awam. Mahkamah memutuskan ia adalah hak kerajaan untuk menentukan apa yang dikatakan sebagai kepentingan awam dan perkara ini tidak boleh dipersoalkan di mahkamah sivil.
141 (g) Kesilapan dari segi fakta dan undang-undang
Keputusan berdasarkan kuasa budibicara adalah tidak sah jika pentadbir melakukan kesilapan dalam mentafsirkan undang-undang atau fakta sesuatu kes.
Contohnya kes Metal Industries Employees Union lwn Registra of Trade Unions Malaysia (1982) 1 MLJ 46, seksyen 26 (3) Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 memperuntukkan pekerja syarikat yang menjadi ahli kesatuan sekerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti haram industri adalah tidak
layak untuk menjadi ahli semula kecuali mendapat kel ulusan dari Pendaftar. Berdasarkan seksyen tersebut, Pendaftar Kesatuan Sekerja telah mengeluarkan arahan untuk memecat 61 orang ahli kesatuan sekerja yang menyertai aktiviti haram syarikat. Mahkamah memutuskan Pendaftar tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut kerana kuasa P endaftar hanyalah untuk meluluskan semula keahlian bagi ahli-ahli yang telah dipecat. Ianya adalah hak kesatuan sekerja untuk mengambil tindakan memecat ahlinya yang menjalankan aktiviti haram industri dan bukan kuasa Pendaftar. SOALAN DALAM TEKS 8.2
1. Nyatakan keadaan-keadaan yang dianggap pentadbir menyalagunakan kuasa budibicaranya.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2. Pentadbir tidak melaksanakan kuasa budibicara
Di bawah sub topik ini, ada beberapa alasan yang boleh digunakan untuk mencabar keputusan yang dibuat berdasarkan kuasa budibicara.
142 (a) Pentadbir bertindak atas arahan pihak lain
Pentadbir hendaklah mengaplikasikan fikirannya sendiri untuk setiap fakta dan keadaan sesuatu kes sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan kuasa budibicara. Jika tidak, pentadbir akan dianggap gagal dalam melaksanakan kuasa budibicaranya. Pentadbir tidak boleh bertindak atas arahan pihak lain. Ini bermakna pentadbir tidak boleh menyuruh orang lain membuat keputusan bagi pihaknya.
Dalam kes Simms Motor Units lwn Minister of Labour (1946) 2 All ER 201, Pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai kuasa budibicara telah mengeluarkan perintah atas arahan seorang Menteri. Perintah tersebut telah dibatalkan oleh mahkamah atas alasan jika Menteri hendak mengeluarkan sesuatu polisi, dia hendaklah berbuat demikian melalui peraturan dan bukannya perintah pentadbiran. Menteri tidak boleh mengehadkan tanggungjawab atau kuasa budibicara yang ada pada pegawai perkhidmatan awam berkenaan. Pegawai berkenaan hendaklah mengaplikasikan fikirannya sebelum membuat keputusan.
Prinsip ini diaplikasikan dalam kes di Malaysia, contohnya dalam P Patto lwn Chief Police Offic er, Perak (1986) 2 MLJ 204. Fakta kes ini ialah perayu telah memohon kepada OCPD berkenaan dengan lesen untuk mengadakan makan malam dan tarian singa di tempat awam. OCPD telah membawa permohonan tersebut ke pihak yang lebih tinggi, iaitu Ketua Pegawai Polis yang telah menolak permohonan tersebut. Perkara ini telah dicabar kerana OCPD tidak menggunakan kuasa budibicaranya untuk membuat keputusan. Mahkamah Agong telah memutuskan bahawa di bawah seksyen 27(2) Akta Polis, kuasa untuk meluluskan permohonan lesen adalah terletak pada OCPD sebagai pegawai perlesenan. Dalam kes ini, OCPD sebagai pegawai yang berkuasa meluluskan lesen telah tidak melaksanakan kuasa budibicaranya apabila beliau membawa permohonan tersebut ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu Ketua Pegawai Polis untuk diluluskan. Hanya apabila OCPD telah membuat keputusan dan perayu tidak berpuashati dengan kes tersebut, barulah rayuan boleh dibuat kepada Ketua Pegawai Polis yang kemudiannya akan membuat keputusan. Ketua Pegawai Polis hanya mempunyai bidang kuasa rayuan dan bukannya membut keputusan atas permohonan yang asal.
143 (b) Pentadbir bertindak berdasarkan pengaruh dari pihak lain
Jika seseorang pentadbir membuat keputusan berdasarkan pengaruh dari pihak lain tanpa mengaplikasikan fikirannya sendiri, keputusan yang dibuat juga akan menjadi tidak sah.
Dalam kes Emperor lwn Sibnath Banerjee (1945) A.I.R. 156, Menteri telah mengeluarkan perintah tahanan pencegahan atas nasihat polis tanpa m engaplikasikan fikirannya sendiri kepada bukti yang ada dan tidak menggunakan kuasa budibicaranya. Sebaliknya, Menteri terus membuat keputusan berdasarkan cadangan yang diberikan oleh pihak polis. Majlis Privy telah membatalkan keputusan Menteri dan menyatakan ianya adalah syarat penting untuk Menteri berpuashati dalam sesuatu kes berdasarkan keadaan kes tersebut sebelum mengeluarkan perintah tahanan pencegahan tersebut.
(c) Fettering discreation
Apabila pentadbir membuat satu garispanduan dan menggunakan dengan ketat untuk semua kes tanpa melihat kepada merit atau situasi kes secara berbeza sebelum membuat sesuatu keputusan berdasarkan kuasa budibicara, ia dipanggil fettering discreation dan ia adalah tidak sah. Apabila sesuatu kuasa budibicara diberikan kepada pentadbir, diharapkan pentadbir akan membuat keputusan bagi setiap kes berdasarkan merit dan bukannya menaplikasikan garis panduan secara tidak fleksibel kepada semua kes.
Lord Denning dalam kes Sagnata Investments lwn Norwich Corporation (1971) 2 All E.R. 14 41 menyatakan bahawa setiap badan pentadbiran termasuklah yang mengeluarkan lesen, yang harus mempertimbangkan banyak permohonan, adalah dibenarkan untuk membuat polisi/garis panduan yang boleh diikuti dalam membuat keputusan dengan syarat ia adalah munasabah dan adil. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir tidak boleh mengaplikasikan garis panduan tersebut secara ketat sehingga menolak permohonan tanpa mendengar apa yang diperkatakan oleh pemohon. Pemohon berhak untuk memberikan alasan bahawa garis panduan tersebut patut diubah atau garis panduan tersebut tidak patut diaplikasikan untuk kesnya. Pentadbir boleh membuat keputusan berdasarkan garis panduan yang telah dibuat, tetapi dia hendaklah mendengar dahulu alasan yang diberikan oleh pemohon.