2. ESEI - BONEKA 2.1
Pengenalan
Boneka adalah sejenis sejenis hasil kerja tangan yang yang berbentuk permainan. Boneka juga merupakan suatu punca yang baik untuk menimbulkan kuasa imaginasi kanak – kanak, dan ia memberi peluang untuk mencipta suatu alam khayalan. Ia juga boleh menghidupkan watak ciptaan seperti haiwan dan benda – benda lain. Boneka tangan merupakan jenis boneka yang popular sekali di sekolah. 2.2
Definasi
Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh boleh menjadi boneka selagi selagi ia digerakkan oleh pemain. Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. 2.3
Tujuan Penggunaan Boneka
Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan komunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, merangsang daya imaginasi dan memberi murid m urid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. 2.4
Jenis – jenis Boneka
2.4.1 Boneka Piring Kertas Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai, sesuai untuk kanak – kanak peringkat rendah.
2.4.2 Boneka Sarung Tangan Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
2.4.3 Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.
2.4.4 Boneka Wayang Kulit Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayangbayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
2.4.5 Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan konsep wayang.
2.4.6 Boneka Bertali Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster atau kayu.Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk m embuat angota angooota badan itu bergerak
2.4.7 Boneka jari Boneka jari diperbuat daripada kain yang lembut atau benang b ulu kambing. Saiz bersesuaian dengan jari.
2.5 Pentas Boneka Semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh digunakan. Pentas kerusi merupakan salah satu daripada pentas boneka.Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai tir ai. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa menggeraklakonkan boneka.
Penggunaan kain hitam juga boleh dijadikan pentas rentang .Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding.
Tingkap yang terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru duduk di luar dan murid di dalam kelas. Ini dipanggil pentas tingkap. Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas. Kain, papan atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah. Pentas ini dipanggil pentas pintu. Meja juga boleh dijadikan pentas boneka. Pentas meja memerlukan beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka.
Contoh Pentas Boneka Pentas berlipat boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya kemudian ditutup dengan kain. Selain itu, teknik overhead projektor (OHP) juga boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP dipancar ke dinding atau kain layar.
2.6
Kebaikan menggunakan Boneka
Penggunaan boneka memberikan peluang kepada murid-murid belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka. Cara ini memberikan kesan yang amat berkesan dalam proses pembelajaran murid-murid terlibat.Pembelajaran menggunakan boneka akan melibatkan pengunaan pelbagai deria secara serentak, iaitu deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan.
Sebelum persembahan, murid-murid diberi peluang untuk merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti. Semasa persembahan pula, murid -murid berpeluang membaca, menghafal dan menggunakan pelbagai dialog. Manakala selepas persembahan, mereka digalakkan pula berbincang dan bersoal jawab tentang cerita
tersebut bersama-sama rakan di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, muridmurid terlibat akan menggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak tanpa disedari oleh mereka.
Persembahan boneka melibatkan penggabungjalinan mata pelajaran seni visual terutama semasa membina boneka. Jika lagu digunakan semasa simulasi, maka mata pelajaran muzik juga berjaya diserapkan. Oleh sebab boneka boleh dimainkan secara individu, berpasangan dan berkumpulan, peranan murid adalah pelbagai dan bergantung kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat dan motivasi murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan boneka sama ada pada peringkat set induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuan pengukuhan. Penggunaan boneka dalam pelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah banyak memberikan pelbagai pengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid.
2.7
Kesimpulan
Boneka adalah objek yang terdiri daripada bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu mudah dan ringkas, sederhana dan rumit. Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan pengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat.